Selamat Pengantin Baru Uncle Joe Kami

by - Tuesday, February 07, 2017


Alhamdulillah 28hb Januari 2017 yang lepas, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan bapa saudara ana, yang kami semua panggil Uncle Joe. Uncle Joe telah selamat di ijab qabul kan pada pagi Jumaat 27hb Januari sehari sebelum majlis resepsinya di Masjid Kampung Bahagia bersama gadis pilihan hatinya Cik Sue. Jodoh adalah rahsia Allah swt, bila tiba saatnya maka jadilah seperti yang ditakdirkan.



Majlis yang cukup sederhana namun penuh kemeriahan dengan kehadiran sanak-saudara, adik beradik, sepupu sepapat serta anak-anak buah yang kebetulan semuanya balik sempena cuti panjang Tahun Baru Cina. Meriah dan ceria dengan senda gurau di kalangan ahli-ahli keluarga yang tak henti-henti menyakat pak sedara kami ni. 




Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga, Aamiin. Pelamin cantik ni adalah hasil kreativiti Cu, Intan dan Nyah Lola mak sedara dan juga sepupu ana. Sebab ikut plan asal memang tak ada majlis bersanding, sekadar doa selamat dan makan tengahari sahaja. Namun last minit plan terhasillah sebuah pelamin yang simple dan cantik mata memandang ni untuk meraikan kedua mempelai. Best sangat, kreatif bila idea bergabung.



Kek perkahwinan dua tingkat berwarna merah tu, sepupu ana , Eja yang beli dari Kedai Kek Happy Angel di pekan Teluk Intan. Serious memang sedap sangat kek tu,rasanya red velvet tapi memang sedap dan moist sangat. Lain kali balik nak pi beli laa kat pekan Teluk Intan. Hihi 😉😉

Antara menu makan tengahari yang disajikan buah tetamu dan saudara mara ialah gulai lemak nanas dengan ikan masin, sambal goreng jawa, ikan masin, ulam-ulaman, ayam goreng, buah-buahan tembikai dan pisang, agar-agar merah dan bubur sum-sum. Tak adalah pula ambik gambarnya sebab seronok berborak bila berkumpul sesekali kan. 



Haha nin diaa, bila dah jadi mak sedara ana dan kami semua yang dah beranak pinak ni, Cik Sue pun dapatlah gelaran Opah Cik segera. Gambar ni sebahagian dari pangkat cucu-cucu nya. Happening gergirl semua ni berposing dengan Opah Cik baru depa.Bertabah laa ye Cik Sue hihi.




Dan ini lah kami, group Piknik Jom sepupu sepapat dengan Cu kami yang happening, tak pernah matang walaupun dah mak-mak. Kadang-kadang sama naik dengan anak-anak. Ini kira pose yang baik sopan laa, ada yang lagi happening hipster bagai, tak leh nak shared kat sini haha. Kami memang akrab lebih dari adik beradik, membesar bersama dikampung halaman. Adik ipar ana pun join sekali dalam group ni. Walaupun hanya bertujuh, Alhamdulillah semoga ikatan ukhuwah kami begini selamanya. Jue, Eja, Intan, Cu, Nyah Nora dan Efa, sayang korang ketat-ketat 💗💗

You May Also Like

4 comments