Silera Chia Seed Diet Sihat,Enak dan Berkhasiat

by - Tuesday, February 07, 2017


Viral! Viral sana sini seribu satu khasiat dan manfaat dari pengambilan Chia Seed sebagai salah satu alternatif untuk diet secara sihat di samping menjaga kesihatan dalaman tubuh badan. Siapa tak nak kurus kan, tapi biarlah kurus dan sihat. Baru betul.. Jangan suka hati je nak makan ubat pelangsingan tanpa usul periksa, bahaya tau. Ini tubuh badan kita, bukannya enjin yang boleh repair dan ada spare part boleh ganti. Korang kalau nak kurus, carilah kaedah yang selamat dan kesannya mendapat tubuh badan yang ideal serta kesihatan yang sempurna, In Shaa Allah.

Mesti ramai dah tahu, khasiat dan kebaikan Chia Seed ni sebagai ajen pelangsingan badan disamping menjaga kesihatan sistem dalaman badan kita semua. Ana bukanlah ahli atau pakar pemakanan yang boleh bercerita khasiat dan nutrisi ni. Namun ana dapatkan rujukan terlebih dahulu dari sumber-sumber yang boleh diyakini dan ana kongsikan dengan korang semua, satu lagi cara diet sihat yang bermanfaat iaitu dengan pengambilan Chia Seed keluaran Silera yang berkualiti premium.




Apa itu Chia Seed?


Ramai yang dah tahu kan apa itu Chia Seed ? Tapi rasanya ada yang pernah dengar tapi tak berapa pasti apa sebenarnya Chia Seed ni. Meh..ana nak cerita dengan korang serba sedikit yang ana tahu pasal Chia Seed ni. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, kita kenal-kenal dulu kay...😉😉

Chia Seed ini merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan seperti kaya dengan Omega 3 disamping mengandungi segala macam vitamin dan nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting iaitu antioxidants. Nama saintifiknya ialah SALVIA HISPANICA dan dikatakan berasal dari Brazil, Mexico dan Chicago.Korang boleh sahaja cuba cari dari Google detail yang banyak tentang Chia Seed ni.

Apa yang lebih istimewa, ianya adalah bahan semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan terus atau di campur ke dalam minuman atau masakan. Ermmm.. tentu korang tertanya-tanya kan, apa rasa Chia Seed ni? Ana dah mencubanya sendiri... pada deria rasa ana, Chia Seed ni tidak ada rasa dan bau, ianya tawar sahaja. Bila korang campurkan dalam minuman, ia akan mengembang dan jadi seperti biji selasih tu. Teringat dulu-dulu bila berbuka puasa mak selalu masukkan selasih dalam sirap. Betul juga tu, bila ia mengembang, ia mengenyangkan, jadi ia satu cara diet yang sihat kan. Positif sangat. 

Kelebihan Silera Chia Seed 




Kenapa Silera Chia Seed ni yang perlu jadi pilihan korang semua? Antaranya ialah kerana :

~ 100% pure organic.

~ Kualiti terbaik dan segar dari ladang nya.

~ Diimport terus dari negara asal bijian Chia iaitu dari Mexico.

~ Packaging di dalam botol yang ekslusif dan tahan lasak.

~ Setiap pembelian akan mendapat Free Gift.

~ Penutup kedap udara bagi mengelakkan bijian Chia terdedah kepada udara.

~ Silera juga menyediakan tester bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu.

~ Harga mampu milik di dalam kelasnya.

~ Mempunyai sijil organik, sijil USDA & OTCO.

~ Diiktiraf JAKIM dan mempunyai sijil HALAL.


1001 manfaat dan khasiat Silera Chia Seed 


1. Rasa cepat kenyang dan kenyang berpanjangan. Ia pastinya baik untuk diet.

2. Membekal fiber yang banyak untuk keperluan harian.

3. Melawan lemak di dalam badan.

4. Sumber Omega 3,asid lemak  yang sangat penting untuk kesihatan otak.

5. Sumber Manganese membantu badan untuk menggunakan nutrien, biotin dan thiamine.

6. Fosforus membantu menyerap kalsium secara optimum dan mengelakkan timbunan kalsium penyebab batu karang dan sakit jantung.

7. Kaya dengan protein dan menurunkan tahap kolestrol.

8. Menguatkan gigi dan tulang.

9. Melawan diabetes dengan melambatkan penghadaman.

10. Selaput lendir Chia Seed bila bertindak dengan air boleh mengelakkan 'blood sugar spikes'.

11. Membaiki tahap kesihatan jantung, kajian klinikal Cleveland Clinic, Chia Seed baik untuk membaiki tekanan darah untuk pesakit diabetis,meningkatkan kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol jahat , LDL dan triglyceride kolestrol.


Secara umumnya bolehlah dirumuskan Silera Chia Seed :

5 x ganda lebih dari Kalsium Susu

7 x ganda lebih dari vitamin C buah oren

2 x ganda lebih anti oksida berbanding buah Blueberry

3 x ganda lebih zat besi dari bayam

8 x ganda lebih Omega 3 dari ikan salmon

(Sumber rujukan : FB Silera Chia Seed Hq )

Cara penggunaan Silera Chia Seed 


* Sehari cuma 1-2 sudu makan sahaja (Max)

* Tak perlu cuci, terus gunakannya.

* Chia Seed yang lembut ini dapat dengan mudah dijadikan bahan makanan, terutama bila dicampur dalam cereal, sayur-sayuran, nasi, yogurt, roti dan pelbagai minuman.

* Cara yang paling umum adalah dengan mencampurkannya ke dalam air minuman 1.5L dan minum seperti minuman biasa.

* Ditaburkan di atas buah-buahan potong yang akan kita makan.



* Dijadikan menu masakan dan desert pun enak juga. 

Antara menu-menu yang boleh dijadikan dari Chia Seed:



Ana taburkannya di atas salad buah-buahan. Boleh juga gantikannya dengan salad sayuran.



Ana juga jadikannya taburan di dalam jus epal hijau dengan asam boi. Air tu nampak putih sebab ana gunakan asam boi putih tu 😊😊

kredit foto FB  Silera Chia Seed Hq
Sedap dijadikan puding dan di makan bersama cereal dan buah-buahan.


kredit foto Silera Chia Seed Hq

kredit FB Silera Chia Seed Hq


Ermmm ana pasti korang dah teruja sangat nak berdiet secara sihat dengan menu-menu sedap dari Silera Chia Seed ni kan. Jadi bagi yang tertanya-tanya kat mana nak beli Silera Chia Seed ni jangan risau. Korang hubungi sahaja nombor dan media sosial yang ana berikan di sini...In Shaa Allah, akan sampai laa Silera Chia Seed di depan pintu rumah nanti... All the best 💗💗

Whatsapp : 

SHA - 017 9154 696

Instagram :


Facebook : 



You May Also Like

16 comments

  1. Sedapnya..Sue suka makan chia seed dengan buah dan susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan Sue makan dengan salad dan susu :)

      Delete
  2. Sally selalu guna masa buat overnight oat je

    ReplyDelete
  3. Chiaseeds memang bagus.. ena pun skrg tak boleh minum air kosong tanpa chiaseeds

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin cun laa Ena dengan diet sihat ni :)

      Delete
  4. aritu jer beli n smgt buat..skrng mcm lupa jer nak masukkan dlm air takpun mknan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi mulakan semula Lin :) bagus untuk diet ni

      Delete
  5. Replies
    1. jom pasti berkesan kalau kita konsisten kan Sha :)

      Delete
  6. Memang bagus chiaseed ni. Nani selalu kalau air kosong campur sekali dengan chia seed ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua sudu makan sehari dah memadaikan Nani :)

      Delete
  7. Chia Seed mmg bagus lama sudah amalkan! sedap pulak tgk menu-menu kat atas tu...

    ReplyDelete
  8. sy cmpur chea seed dlm air susu sy.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan MAY, kenyang berpanjangan kita :)

      Delete