Sup Cendawan Campur

by - Tuesday, February 28, 2017





Cendawan ni ramai yang menggemarinya kan.. ana sendiri peminat cendawan. Tak kira lah cendawan jenis apa pun. Kalau di kampung dahulu, ana suka cendawan kikir, cendawan busut dan cendawan hitam tu, tak ingat lak namanya. Cuma sekarang ni, payah nak jumpa cendawan-cendawan semua tu. Yang ada di pasaraya sekarang ni, kebanyakannya cendawan tiram dan yang diimport dari luar-luar negara.




Untuk sup cendawan kali ini, ana gunakan cendawan tiram bersama cendawan enoki tu yang halus-halus tu. Kalau ada cendawan butang pun sedap masukkan sekali dan buh je laa segala neka cendawan yang korang ada. Ana tumis kan dahulu bawang merah, hirisan cili dan bawang putih. Masukkan fishball dan masukkan kiub pati ikan bilis kalau nak. Masukkan cendawan dan tuangkan kicap manis. Masukkan sedikit air dan renehkan seketika.

Setelah mendidih, rasakan dengan garam.Kalau suka boleh juga letakkan serbuk lada sulah. Akhir sekali, padam kan api dan masukkan hirisan daun bawang. Senang kan... selamat mencuba resepi simple dan cepat dari www.anajingga.com .

You May Also Like

6 comments