GOGOPRINT MALAYSIA - PILIHAN UTAMA UNTUK CETAKAN PRODUK

by - Friday, March 31, 2017


Dalam cabaran ekonomi masa kini, ramai memilih untuk menjana pendapatan tambahan selain dari gaji bulanan dan sebagainya. Antara yang paling dominan pilihan mendapatkan side income datangnya dari perniagaan laa kan. Tak kira lah secara online atau jualan secara langsung..semuanya memerlukan hebahan atau dikenali ramai supaya mendapat kepercayaan dan mencipta satu jenama tersendiri. Selain dari dunia media social, kita khasnya para peniaga boleh memiliki pelbagai jenis bahan cetakan untuk mempamerkan bisnes masing-masing. Antaranya terbitan bisnes kad, flyers, poster, poskad dan pelbagai lagi jenis gift seperti greeting card, booklet dan lain-lain yang boleh dijadikan hadiah untuk para pelanggan dan sahabat mengikut keperluan masing-masing.




Ana sendiri sebagai pemain media social dan lifestyle blogger sering kali memerlukan pelbagai bahan dengan jenama www.anajingga.com sebagai hadiah untuk pembaca setia, bisnes kad juga untuk diberikan buat pr, pelanggan yang memilih untuk menerbitkan advertorial dan review dan sebagainya agar nampak lebih professional. Cuba tengok terbaharu dari www.anajingga.com ialah ana memilih untuk mencetak poskad. Ia akan ana gunakan sebagai gift buat pembaca blog dan boleh juga dijadikan kad ucapan untuk hari lahir followers dan sahabat, dan tak lama lagi nak Hari Raya boleh juga dijadikan kad ucapan. Kat mana ana buat tempahan poskad dengan design sendiri dan yang penting cantik, mudah dan cepat....jawapannya di www.gogoprint.com.my.

Gogoprint Malaysia




Cuba korang tengok tu, cantik-cantikkan beberapa design poskad yang ana tempah dari Gogoprint ni. Haha sebenarnya dua design lagi tu milik anak-anak ana. Mereka pun ingin mempunyai poskad sendiri dengan design sendiri sebagai gift untuk kawan-kawan mereka. 




Yang serba pink ni sah sah design dari Kak Long sebab dia memang obses dengan warna pink dari pakaian sampailah hiasan bilik tidur semua pink. Kak Long nak gunakan poskad ni untuk di beri kepada kawan-kawan ketika majlis graduasi nanti sebagai kenang-kenangan.




Dan yang hitam ni milik Adik Ika,dia mengabadikan lukisan digital atau masterpiece katanya di design poskad miliknya. Kesemua design poskad di atas kami tempah di www.gogoprint.com la...best sebab ianya mudah, cepat dan berbaloi.




Korang, Gogoprint.com.my ni ada menyediakan pelbagai perkhidmatan cetakan secara online. Dan yang paling best sekali ia menawarkan penghantaran secara PERCUMA.. ye FOC tak payah bayar postage. Mana nak dapatkan.. Bukan sahaja korang akan dapat design yang korang nak dengan cepat dan mudah tapi FREE postage tu yang awesome sangat tu,jimat dah kan..kalau bandingkan dengan lain-lain portal.



Antara produk cetakan yang korang boleh tempah dari Gogo Print ialah Business Cards, Leaflets, Presentation Folder, Gift Voucher, Tags, Flyers, Booklet, Poscard, Stickers, Greeting Cards, Table Tents dan macam-macam lagi. Pendek kata semua ada laa..


Jadi kalau korang berminat nak buat tempahan, layari sahaja ke www.gogoprint.com.my.  Daftar dengan email dan buat pilihan produk yang ingin dicetak. Jangan risau kerana khidmat pelanggan di Gogoprint akan sentiasa membantu jika kita menghadapi sebarang masalah dalam urusan pembelian dan tempahan. 


Korang cuma perlu melakukan empat steps mudah dan produk cetakan akan terus sampai ke tangan korang dengan cepat dan kualiti yang sangat memuaskan hati. Kalau korang nak tahu, ketika ana membuat tempahan mengikut jadual pembelian akan sampai dalam masa seminggu tapi percaya lah dalam masa tiga ke empat hari sahaja ana telah pun menerima produk cetakan. Cepat dah laa Free Postage kan..memang best sangat la tu... 



Lepas register tu, korang pergi je kat product yang bahagian side bar atas website Gogoprint, klik kat sana boleh pilih dari kategori mana pilihan korang dan dia akan keluarkan jenis-jenis produk yang ada di sana. Korang klik dan ia akan paparkan harga dan tempoh jangkaan siap cetak.




Pastu,korang masuk ke ruang pembayaran mengikut harga produk. Jangan risau disediakan pelbagai kaedah pembayaran di sana seperti Internet Banking dari pelbagai bank, Credit atau Debit Card dan juga Offline Transfer.

Settle pembayaran, hantarkan sahaja file yang korang dah design tu dalam bentuk PDF File. Jangan teragak-agak untuk menghubungi Customer Support mereka sekiranya ada kemusykilan. Dan selang beberapa hari bekerja, produk korang akan sampai dengan selamatnya ke depan pintu. Yeay!!! Sukaaa...



Apakah Keistimewaan Gogoprint ?


1. Hasil cetakan dengan kualiti yang tinggi pada harga yang rendah dan telus.

2. Tetapan kadar harga dengan segera.

3. Penghantaran PERCUMA dan CEPAT.

4. Proses tempahan yang mudah dan selesa.

5. Khidmat pelanggan 24 jam dan efisyen.


Jadi kalau korang bercadang dan tercari-cari di mana untuk menempah produk cetakan secara online, hanya perlu ke : 

LAMAN WEB : www.gogoprint.com.my

FACEBOOK :  Gogoprint Malaysia

EMAIL : info@gogoprint.com.my

ALAMAT : 

MY Gogoprint Sdn. Bhd. 
Suite 2.03, Level 2, Wisma E & C,
 No.2 Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur

Tel : 03-2856 0791

You May Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. Jomm NH dah boleh tempah kad raya dah ni :)

      Delete
  2. Replies
    1. Nad pun boleh tempah di Gogoprint kay :)

      Delete
  3. Ccl pun dah banyak kali tengok-tengok laman web gogoprint ni memang murah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan CCL,murah dan mudah untuk di tempah :)

      Delete