J Revolusi - Filem Aksi Yang Memang Best

by - Thursday, March 09, 2017


Semalam ana ke Karnival Pendidikan Mara di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Habis sahaja sessi lawatan di sana, terus naik Putra LRT ke Sunway Putra Mall. Sememangnya kami bercadang nak menonton filem aksi J Revolusi ni sementara menunggu suami habis waktu bekerja. Ana, Kak Long dan Adik Ika terus ke TGV dan membeli tiket untuk tayangan filem ni. Excited kan main, sebabnya ana ni kalau filem aksi tu minat juga nak tonton seperti sebelum ni kami menonton, KL Gangster, Balistik dan Polis Evo semuanya tidak mengecewakan, Best sangat.Kali ni ana nak review pula filem J Revolusi ni dari kaca mata www.anajingga.com.




Review Filem J Revolusi 


Okay, sekarang ni dari pandangan pribadi ana, filem J Revolusi setanding hebat dengan beberapa filem aksi Melayu yang ana sebut di atas tadi. Dari sudut action pack dia sangat menarik dan padat. Ketangkasan watak pergaduhan antara Zul Ariffin dan Farid Kamil di atas gayutan kren antara scene yang paling best dan mendebarkan. Cuma ketika aksi gaduh Izara dan Zul di bilik tu agak kurang impak kerana banyak nampak di perlahankan pergerakan, dalam erti kata lain kurang real sangat.




Lain-lain scene memang best tak nampak kekurangan, seperti adegan kejar mengejar di jalan dan tembak-menembak, ketangkasan pasukan UTK yang canggih dan sebagainya. Semangat pula menontonnya sehingga ke akhir. Kisah percintaan juga tidak cliche seperti mana-mana filem Melayu dan perasaan cinta itu hanya dapat dirasai pada watak Eddie yang berkorban untuk Jay. Lebih berat kepada kasih seorang adik kepada kakaknya.



Fazura berjaya dalam wataknya yang penuh dendam dan keliru namun berjaya membuatkan ana dan Kak Long menitiskan airmata kemudiannya. Namun watak Skodeng memang menghiburkan dalam kita sedang stress dengan konflik Jay, Dian dan Andra. Apapun ana suka sangat menonton filem J Revolusi ni, pemilihan Zul Ariffin membawa watak Jay Zulkarnain memang tepat sekali. Tak rugi menonton sebuah filem yang hebat seperti ini, ana bagi 4 dari 5 bintang..cewahhh memandai je ko ana ;)




J Revolusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini akan ditayangkan di pawagam mulai pada 3 Mac 2017.

Treler rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi Grand Brilliance pada 22 Januari 2017. Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017.


Pelakon Filem J Revolusi 

Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain
Iedil Putra sebagai Jiman
Izara Aishah sebagai Eddie
Farid Kamil sebagai Andra
Nur Fazura sebagai Dian
Azad Jazmin sebagai Skodeng
Hans Isaac 

Sinopsis Filem J Revolusi

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat Dian, Jay terperangkap dan dituduh mengkhianati pasukannya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay. Jay terpaksa bertindak sendirian untuk membersihkan namanya dan menumpaskan pengganas, namun akhirnya di bantu oleh Eddie dan Skodeng. Berjayakah Jay dalam misinya? Kena lah tonton sendirikay, kalau tak spoiler lak nanti kan... Kalau korang tanya, best tak filem J Revolusi ni? Jawapan ana memang BEST!!!


Bukti kami menonton filem J Revolusi :)


 Sumber rujukan : wikipedia 
Kredit foto : Google Image

You May Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. CCL masih sempat kut nak pi tonton :)

      Delete
  2. memang bestlah citer nie...tmbh pulak ada fazura...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah geng laa kita LA, Kak ana pun suka sgt dengan FAZURA ni :)

      Delete