Sebelum ni selalu dengar je suami bercerita tentang Kedai Ustaz yang menjual pelbagai aksesori dan gajet untuk smart phone. Selalu suami sahaja yang pergi bersama staffnya dan beli macam-macam di sana. Dia akan bagitau semuanya berharga jauh lebih murah daripada mana-mana kiosk yang menjual produk yang sama. Tapi ana ni bukan lah ada keperluan sangat pun nak membeli barangan sebegitu, apa yang suami beli ana ambil je lah kan. 




Tapi beberapa minggu lepas, ana dah berjanji dengan Adik Ika nak belikannya earphone, suami pun membawa kami ke Mara Digital Mall, Kuala Lumpur ni untuk ke Kedai Ustaz yang femes amos tu. Mula-mula cadang nak naik LRT Putra je ke Sogo dan menapak sikit ke Mara Digital Mall, tapi dek kemalasan melanda dan rasanya lebih mahal kos tambang untuk kami berempat, suami drive terus je la ke sana dan parkir kereta di Pertama Kompleks. Seberang jalan tu je Mara Digital Mall nya.




Lokasi Kedai Ustaz di Mara Digital Mall ni senang je nak jumpa. Dari pintu masuk mall ni, ambil eskalator sebelah kiri dan naik ke aras dua terus nampak dah kedainya yang pasti penuh manusia berbaris nak membayar dan memilih pelbagai gajet dan aksesori yang dijual.Macam-macam benda alah yang dijual disini dan semuanya murah-murah dan jauh berbeza dengan harga di pasaran di tempat lain. Staffnya pun ramai dan mesra alam dengan pelanggan, tanya je apa yang kita kehendaki dan mereka akan membantu.




Adik Ika dapat juga earphone yang diidamkannya, Kak Long pula tukar screen protector dan suami ana juga beli something,ana ni bukan pandai dan alert sangat bab gajet-gajet ni,tapi dari apa yang di katakan semuanya berbaloi murah. Jadi kalau korang tercari-cari gajet-gajet smartphone ni pergilah ke Kedai Ustaz, di Mara Digital Mall kay.

8 Comments

  1. Pernah 2x jejak kaki kat kedai ustaz ni . Harga kat kedai ustaz ni memang murah2 belaka . Kualiti pun ok tak setanding dengan harga..staff pun mesra macam-macam nyerr promote kt CCL .layan customer dengan bagus.time CCL terjah sana customer diorang banyak jugak .

    ReplyDelete
  2. ade alternatif selain kedai gadget kat plaza lowyatt tuhh kann.,

    ReplyDelete
  3. Klo naik lrt nk prgi cm ne? Nk trun kt ne? Nk jln gne laluan mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LRT Putra turun di stesen SOGO (Bandaraya kalau tak silap ), dari SOGO jalan sikit je sebelah Pertama Kompleks tu terus nampak dah MARA DIGITAL ni Afiqah :)

      Delete
  4. anak saya guna hphone model leagoo s8....LCD screen rosak bleh repair tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai Ustaz ni hanya menjual aksesori setahu saya, mungkin kena hubungi mereka terus dan tanya ye :)

      Delete