LaWO By Anita Jamal - Kecantikan Berasaskan Bahan Organik

by - Tuesday, March 07, 2017




Ana pasti sering kali kita sebagai pengguna diperkenalkan dengan pelbagai rangkaian produk terkini di pasaran. Pada ana, ia sesuatu yang positif kerana kita di berpeluang memilih dari pelbagai tawaran yang ada.Perlu di ingatkan, jenis kulit wajah kita adalah berbeza-beza antara setiap insan. Jadi mungkin ada yang sesuai dengan wajah kita, malah ada juga yang tidak sesuai. Tak salah mencuba sesuatu yang baru, mungkin serasi dengan permasaalahan kulit wajah anda. 




Lawo By Anita Jamal


Sesuatu yang anda perlu tahu bahawa skincare LaWO By Anita Jamal ni 100% berasaskan bahan-bahan organik antaranya seaweed, L-Glutathione, kolagen serta Vitamin E. Ia terdiri daripada Set 4 dalam 1 iaitu :

Sabun Flawless by Anita Jamal 



Ana sendiri telah mencuba Sabun Flawless By Anita Jamal selama dua minggu untuk cucian wajah. Mungkin kesan nya tidak begitu ketara sangat kerana kulit wajah ana memang cerah semulajadi, namun ia memberi kesan kecerahan pada parut-parut jerawat lama yang sebelum ini agak kusam pada bahagian dahi. Alhamdulillah dan yang best tentang Sabun Flawless ni, ianya sangat wangi. Sebelum tidur ana akan mencuci wajah terlebih dahulu dan baunya kekal hingga bangun keesokkan harinya. 

Ia juga tidak mengeringkan kulit dan tidak memberi kesan seperti kelupasan dan sebagainya. Nampaknya ia sesuai untuk kulit wajah ana buat masa ini. 


Whitening Night Cream



Treatment Night Cream




Kedua-dua rangkaian Night Cream di atas berfungsi untuk membaik pulih kulit berminyak dan kering, di samping menstabilkan PH kulit, mencerahkan serta merawat jerawat dan tompok hitam jeragat sambil mengecilkan liang roma pada wajah.

Kesan penggunaan pada wajah ana, ia memberi kelembapan dan parut-parut lama kian pudar. Nampaknya agak sesuai juga pada kulit wajah ana. Untuk hasil yang lebih positif,gunakan set 3 dalam 1 ni untuk rawatan wajah malam iaitu sabun flawless, whitening night cream dan treatment cream. 

Day Cream SPF 30



Sebagai pelengkap untuk skincare di siang hari pula, cuci wajah dengan Sabun Flawless kemudian sapukan Day Cream. Day Cream LaWo By Anita Jamal adalah untuk mencerahkan kulit serta melicinkannya agar kelihatan 'glowing'. Ia juga mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV. 



Inilah dia set 4 dalam 1 yang ana gunakan.Antara kebaikan Skincare LaWo By Anita Jamal ialah:

~ Menjadikan kulit lebih anjal

~ Menjadikan kulit lebih halus

~ Mencerahkan kulit wajah (glowing)

~ Menjadikan kulit gebu dan sekata

~ Bertindak sebagai Antioksida dan Anti penuaan

~ Membantu mengurangkan masalah jerawat

~ Membantu mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi

~ Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus


Namun semua bergantung kepada keserasian jenis kulit wajah kita kerana setiap insan mempunyai jenis kulit yang sangat berbeza. Tak salah mencuba dan mana tahu mungkin ianya serasi dengan wajah anda.


Testimoni Skincare LaWO By Anita Jamal








 Sumber dan rujukan : https://www.facebook.com/itaderoza/


Satu lagi produk hebat dari LaWO by Anita Jamal ialah :

Losyen putih Gebu By Anita Jamal





Losyen Pemutih dari LaWO By Anita Jamal ni bertindak untuk memutih, gebu dan melembutkan kulit. Gunakan setiap hari sebagai losyen tangan dan badan.




Ana suka menggunakan losyen LaWo By Anita Jamal disetiap malam dan pagi. Ye laa, walaupun sebagai suri rumah sekalipun kita wanita dan juga seorang isteri ni perlu sangat menjaga kecantikan kulit dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Biarpun usia kian hari kian meningkat, kecantikan perlu di jaga dari awal agar kulit sihat, cantik dan menawan, In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan layari ke 

Facebook : 

atau hubungi terus :

Puan Anita ( 018-471 4161 )

You May Also Like

0 comments