Jonas..nama penuhnya Jonas Alexandro,kan main nama dia kan, sempena drama Pinoy, Losing Heaven yang ana tonton sedikit masa dahulu tu,  anak mak tam. Entah kali ke berapa mak tam beranak ana pun tak ingat dah. Tapi satu pun tak hidup lama. Mak tam memang ana tak bela dalam rumah, begitu juga anak-anaknya. Depa-depa ni setakad datang makan di luar rumah, di bahagian belakang rumah sahaja. Tapi hari-hari juga datangnya, makan dan kadang-kadang tidur di ruang belakang rumah ana. Ruang membasuh ni berbumbung jadi sesuailah untuk tempat mereka berteduh.



Jonas ni bulu dia gebu macam baka bapak dia,kami panggil Bapak Jonas je.Ada juga datang makan sini, sebiji sama kaler macam Jonas tapi memang kucing kacukan.Entah siapa punya pun ana tak tahu. Tapi bila tengok rupa, memang sah lah dia bapak kepada Jonas ni.


Mula-mula beranak, mak tam letak kat rumah jiran ana, Man. Selalu dengar bunyi anak kucing menangis je, tak pernah nampak anak-anak mak tam ni.Dah beberapa minggu baru mak tam bawa ke rumah ana. Sekali tengok tiga ekor, dua hitam macam mak tam, satu lagi Jonas ni laa, gebu geban. Seronok bukan main dapat main anak kucing. Anak-anak ana apa lagi angkut bawa masuk rumah main. 



Namun..Jonas tak lama dengan mama dan kakak-kakak. Semalam 29 Mac 2017, Jonas tinggalkan mama, sama macam Jingga.. Baru kami nak bermanja bermain dengan Jonas, Jonas dah pergi buat selama-lamanya. Seminggu sebelum tu , Jonas dah tak berapa nak main, tak berapa nak makan. Kak Long dengan Adik Ika cuba Google dan dapat info untuk bagi air kelapa muda. Adik Ika ke Aeon dan beli sebiji kelapa muda. Mama cuba tebuk dan bagi air kelapa pada Jonas. Alhamdulillah..Jonas kembali makan.Berebut makan canfood Mia feveretnya dengan dua lagi adik beradiknya. Lega hati mama dan kakak. Jonas juga mula main semula, habis jatuh pasu-pasu mama kena langgar. 




Tapi dua tiga hari yang lalu, Jonas mula tak ada selera makan semula. Mata mula bertahi, Jonas berak-berak cair. Tapi dia pandai berak masuk tandas dan di atas lantai bilik air. Badannya tiba-tiba kurus. Ana dah mula tak sedap hati. Kisah sedih kematian Jingga dan Bunga kembali menghantui ana. Inilah tanda-tanda anak kucing terkena penyakit. Ana sampai hari ni tak tahu apa puncanya.

Badan mula kurus dan makan langsung tak nak. Ana gaulkan nasi dengan ikan goreng pun tak nak, canfood pun tak nak. Sekali lagi ana beli air kelapa muda, cuba bagi Jonas tapi tak berkesan nampaknya. Dia ke hulu hilir,kejap datang kejap hilang dari pandangan.Dan dua hari lepas, ana dapati bontot Jonas berlubang dan bengkak. Allah..kesiannya, ana tak daya nak membantu.Ana cuci juga bontotnya dengan air suam untuk hilangkan kotoran sebab lalat dan mula urung badan Jonas.

 Ana cuba bertanya pada blogger Cik EN, seorang pegawai veterina, ana hantar gambar Jonas, dari pandanagn Cik EN kena bawa Jonas jumpa vet. Ana cuba call vet swasta berhampiran taman kami ni, dan dapatkan info harga. Allahu..memang mahal kos rawatan klinik haiwan lebih kurang RM100 katanya setelah dihubungi Kak Long. Ana dapatkan info klinik haiwan kerajaan di Bandar Rawang, buka pagi sahaja dan kos rawatan agak murah juga mengikut rawatan.




Pagi semalam, mama keluar rumah nak basuh kain, Jonas terbaring kaku di luar pintu rumah. Jonas dah tiada. Mama sentuh, badan Jonas dah sejuk dan keras, air mata laju mengalir. Ya, memang mama doakan pada Allah swt supaya cepat-cepat ambil nyawa Jonas. Mama tak mampu nak tengok Jonas kesakitan tapi mama tak daya nak tolong. Mama tak mampu nak bawa Jonas ke vet, maafkan mama Jonas. Mama tahu ini sahaja jalan untuk Jonas tak sakit lagi. 

Kehilangan Jonas sama macam Jingga ,kisahnya di SINI dan juga Bunga. Kamu semua sakit depan mata mama, tapi mama tak berdaya nak tolong. Mama sedih sangat tapi mama redho. Allah swt pinjamkan anak-anak kucing comel kesayangan sekadar seketika. Mama tak akan serik nak beri makan mana-mana anak kucing lagi. In Shaa Allah selagi ada daya dan rezeki mama akan kongsikan bersama anak-anak kucing semua. 

Jonas,Jingga, Bunga dan banyak lagi anak-anak kucing yang pernah hadir menemani hari-hari mama. Maafkan mama Jonas... Mama sayang sangat dengan Jonas...Mama sedih sangat, tapi mama tahu..Jonas dah tak sakit lagi....

0 Comments