Mengidam Kuew Teow Kerang

by - Thursday, March 30, 2017





Sedap tak? Sedap tak ? Terliur tak? Aipp!! Tak baik tau buat orang terliur , hihi . Tapi kan, lama dah mengidam nak makan kuew teow goreng kerang yang isi besar-besar gedabak ni. Maklumlah, sejak dua menjak harga kerang melambung tinggi ni.. tapi harga masih kira boleh tahan gagah juga lah kalau dah teringin, cuma kalau isi kerangnya halus-halus memang tak berbaloi kalau nak beli.

Minggu lepas, ana ke kedai runcit, terpandang sekilo kerang berharga RM10 dan yang bestnya isi dia, tuu diaa besar-besar. Terus minta budak kedai tu timbang sekilo. Dalam kepala ni, mula-mula nak buat rendang kerang, tapi teringat balik sekilo tak banyak mana pun dapatnya nanti. Last-last tukar menu kepada kuew teow goreng kerang, walllaaaa... bestnya.


Kuew Teow Goreng Kerang



Menu ni antara menu feveret ana. Dulu kecil-kecil ketika tinggal dengan mak di kampung, Teluk Intan, kalau mak masak kuew teow goreng kerang ni, habis ati sangat. Nak-nak lagi sebagai menu berbuka puasa. Kuew Teow goreng kerang resepi ana ni sempoi je. Bukan macam Char Kuew Teow tu, tapi sekadar kuew teow goreng biasa je.

Bahan-bahan:

Kuew Teow basah
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling
Isi kerang rebus
Kicap pekat manis
Tauhu goreng (didadu)
Fishball
Taugeh
Daun kucai
Garam dan minyak untuk menumis

Caranya :

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masukkan cili giling dan biarkan pecah minyak seketika.
Masukkan kicap pekat dan rasakan dengan garam supaya masakan nanti masin sebati.
Masukkan fishball dan tauhu.
Diikuti masukkan pula kuew teow dan gaul sebati.Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
Masukkan taugeh dan daun kucai dan terus perlahan kan api atau ana tutup terus supaya ada keranggupan pada taugeh tu.
Akhir sekali baru lah ana masukkan isi kerang rebus supaya tak kecut.Gaul sebati dan siap dah kuew teow goreng kerang cara www.anajingga.com. 


You May Also Like

16 comments

  1. Amboi mengidam ke ana jingga. Kerang tu sedap tapi gatal
    .
    Pantang benar makan asyik naik jerawat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. elergik makanan laut ye Mazni, boleh je gantikan dengan lain-lain kan, janji sodapp :)

      Delete
  2. mmg kak..mmg kdg2 mengidam kuey teow kerang ni..el dulu ritu teringin nak mkn kuey teow kerang..terus pi pasor beli kerang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan El masak sendiri baru puas makan kan :)

      Delete
  3. assalamualaikum ana...pehh buat berbuka ptg nanti sedap ni...:)

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, boleh jadikan menu berbuka puasa kan :)

      Delete
  4. Pergh kueytiaw kerang.. sedap tu

    ReplyDelete
  5. ngidam jugak...tapi nak beli kat luar..taknak masak sendiri..heheh
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  6. kak ni pula dah seminggu mengidam nak makan roti canai...hehehe...hujan sentiasa disini...

    ReplyDelete