Nasi Kukus Sedap Di Boraq Boraq Restaurant, Rawang

by - Tuesday, March 14, 2017


Dah lama dah nak try makan nasi kukus kat restoran di Bandar Country Homes ni, tapi kadang-kadang terlepas pandang je. Minggu lepas, balik dari jenjalan kami terus singgah makan kat sini. Saja nak try makan kat sini pula, sebab tengok dekorasi dalam kedai ni ala-ala hipster, sempoi juga la. Kami pun singgah dan try beberapa menu yang ada.. Dan Alhamdulillah, menu nasi kukusnya sedap begitu juga dengan lain-lain menu yang kami cuba malam tu.




Harga set nasi kukus ni ana tak berapa ingat la pulak, tapi kalau tak salah dalam RM6.50 rasanya. Yang best ialah bumbum dia tu, serbuk-serbuk tu memang sedap sangat. Ada rasa garapan serai, lengkuas, rempah ratus dan mungkin ada secret resepi dia agaknya. Ayam goreng berempah ni pun saiz besar disertakan bersama sambal, kuah kari, ulam timun, keropok dan nasi putih. Dihidangkan di dalam bekas raga macam dalam gambar tu. Malam tu ana dan Adik Ika makan set nasi kukus ni, suami dan Kak Long cuba menu lain.


 

Ini pula pilihan Kak Long, Char kuew tiaw special. Sedap dan tidak mengecewakan rasanya. Ada udang juga dalamnya. 



Nasi goreng ayam berlada kalau tak salah nama menu yang suami ana makan ni, ermm nasi dia banyak sungguh aihh. Sedap juga kena dengan selera kami. Ayam tu ada sambal di atasnya. Boleh lah cuba kalau korang datang ke restoran ni nanti kay. Banyak lagi menu-menu lain yang ditawarkan di sini. Western pun ada rasanya. Kalau korang nak lebih info pasal restoran ni , cari sahaja di FB : Boraq Boraq Restoran atau IG :@boraqboraq.restaurant 




Ruang dalaman restoran ni pun selesa, berhawa dingin dan yang penting bersih. Itu yang pentingkan dalam memilih tempat makan ni. 




So kalau korang nak try sendiri, cari je signage Nasi Kukus Mee Jawa tu di Bandar Country Homes,Rawang. Lokasinya  sebaris dengan Farmasi, Kedai YB atau senang cerita di hadapan simpang Masjid BCH tu je, dari tepi jalan tu nampak dah kay.

You May Also Like

10 comments

  1. memangminat nasi ni, simple tapi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Raihanah, kesedapan nasi kukus ni pada kak ana terletak pada ayam berempah tu kan, dan juga kuah kari tu juga, ada setengah tu jual kuah kari dia mak aii cayaq bayaq :(

      Delete
  2. Alhamdullillah.. saya sebagai owner mengucap kan ribuan terima kasih atas writing nie.. Dan terima ksih atas pujian dr pihak tuan or puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Puan, semoga tulisan ni bermanfaat dan semoga perniagaan puan juga semakin hari semakin sukses, Aamiin .

      Delete
  3. Sedapnyaaa kak Ana. Terliur tengok malam malam ni. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Nani dan makanan berpisah tiada ye, masuk sini asyik terlioq jer kan :)

      Delete
  4. kelihatannya sedap tuh. boleh juga klo ditraktir.. by author Peluang Bisnis Indonesia

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete