PHARMATON - MULTIVITAMIN NO 1 DIYAKINI RAKYAT MALAYSIA

by - Wednesday, March 29, 2017


Setiap manusia memerlukan makanan yang berkhasiat untuk mempastikan kesihatan dalaman badan terperlihara. Memang mudah untuk berkata diet,makan seimbang, senaman dan pelbagai teknik penjagaan fizikal untuk mendapatkan kesihatan tubuh. Namun ia tak semudah yang di kata, cabarannya ialah untuk merealisasikan keberkesanan sesuatu yang kita ingin kecapi dalam kesihatan tubuh badan. Cara yang paling efektif dan berkesan ialah dengan mengambil supplement atau makanan tambahan dalam bentuk multivitamin. Dan pastinya di kalangan rakyat Malaysia pilihan multivitamin yang utama ialah dari keluaran produk ​Pharmaton​® .





PHARMATON® MEMBERI GANJARAN TERHADAP PENCAPAIAN ANDA 


Macam yang ana nyatakan di atas tadilah, cakap memang mudah nak berazam untuk sihat ni, tapi nakmerealisasikannya tu lah cabaran yang sebenarnya. Namun baru-baru ini, ​Pharmaton​®  telahpun melancarkan satu kempen yang pada ana boleh memberikan inisiatif dan galakan untuk kita bersama-sama menjalahi kehidupan sihat cara ​Pharmaton​® .

Pada 2017, Pharmaton​® ​ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini! Disebabkan​Pharmaton​® memahami bahawa suatu pengiktirafan mudah dilupakan, jenama berkenaan memperkenalkan kempen baharu, “GanjaranPencapaianAnda”, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya. 

"Kami di  Pharmaton ​ ®  benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki  Pharmaton ​ ® , menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan diri mereka.  Pharmaton ​ ®  hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang, " kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.

  


15 orang rakyat Malaysia akan ditaja ​Pharmaton​® dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka.Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan :

💗 kesihatan

💗 pembangunan diri

💗 memanjakan diri

💗 mengembara

Bukan setakad itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama ​Pharmaton​® , SHERSON LIAN yang mana beliau akan mengajar hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.




 Sherson Lian, yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personfikasi sempurna seorang pengguna ​Pharmaton​®​, komited untuk mengambil bahagian dalam kempen ini. 

“​Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan disebabkan itu, ​ Pharmaton ​ ® ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini ​ ,” kata chef selebriti, Sherson Lian.

Bagaimana untuk menyertai Ganjaran Pencapaian Anda?

Untuk menyertai peraduan “GanjaranPencapaianAnda”,
isi borang yang ,disediakan dan kongsikan bersama kami 
mengapa anda patut menang 
dalam 30 patah perkataan 
atau kurang. 

Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau  menerusi 
Whatsapp ditalian 017 235 2960

Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! 

Untuk lebih maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my.



Mengenai Pharmaton​® 



Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, ​Pharmaton​® merupakan jenama  multivitamin dewasa No. 1 di Malaysia. Kapsul/caplet makanan tambahan semua  dalam satu yang menggunakan formulasi Swiss itu mengandungi vitamin dan mineral penting, di samping Ekstrak Ginseng G115® piawai.
  
Aspek kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® piawai telah diuji dan dikaji  dengan teliti menerusi lebih 30 kajian klinikal. Menerusi penstandardan yang ketat, Pharmaton​® ​memastikan setiap kapsul/caplet mengandungi kuantiti ramuan yang  tepat dan sama. Gabungan Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin serta mineral penting diuji secara klinikal untuk mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan dengan pengambilan 1 kapsul sehari.  

You May Also Like

8 comments

  1. wah.. nak try la. mana tau bertuah .hehee

    ReplyDelete
  2. pharmaton mmg vitamin yg darii dulu terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan El dari dulu lagi Pharmaton di yakini ramai :)

      Delete
  3. Dulu2 setiap kali bolan posa kak mesti makan sebiji vitamin ni masa sahur untuk kekalkan tenaga.Waktu tu tak lalu makan time sahur. beberapa tahun lepas tu dah stop tak ambil lagi sebab selera makan sudah Ok waktu bersahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke Kak Mala, ternyata ia memberi tenaga sepanjang hari kita berpuasa kan Kak, Alhamdulillah :)

      Delete
  4. bagus..bgi semangat dekat mereka yang berazam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, satu inisiatif yang terbaik dari Pharmaton :)

      Delete