Hai korang..ingat lagi tak kisah Surprise Box yang ana terima dari LAZADA sempena Birthday LAZADA yang ke lima tu, kisahnya ana kongsikan di SINI . Tak habiskan apa yang ana dapat dari LAZADA #surpri5ebox tu, jadi ana sambung kisahnya. Serius, tak sangka sungguh rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. Beginilah rezeki kami blogger, dengan niat berkongsi kebaikan bersama pembaca dan pencari info, mencari keredhaan dan pahala berpanjangan dan pelbagai rezeki yang kami perolehi sebagai hadiah.Alhamdulillah...


So inilah antara yang telah ana unboxing dari Surprise Box dari LAZADA, meriah dan macam-macam ada. Sebahagiannya telah ana dedahkan di dalam entri yang lepas dan selebihnya ana sambung disini.


Cornell Hair Dryer warna gold lagi tu,sejujurnya rumah ana ni memang tak ada mempunyai hair dryer jadi bila dapat satu unit ni memang rezeki anak-anak. Depa yang suka bukan main dan awal-awal lagi dan cop! nak letak dalam bilik depa. Cornell Hair Dryer ni memang ringan dan mempunyai pelbagai function untuk mengeringkan rambut antaranya 2 speed dan 3 pilihan pemanas yang menarik. Bagi yang sedang tercari-cari Hair Dryer dari Cornell ni klik sahaja ke SINI .




Serius memang sedap tak ingat makanan ringan dari Signature Snack,bukan sahaja sedap namun berkhasiat. Ana baru-baru ni terbaca sebuah artikel tentang makanan pencegah penyakit kanser dan salah satu dari yang harus di ambil ialah jenis kekacang ni. Di Signature Snack, korang boleh dapatkan macam-macam jenis kekacang dan snacks yang berkualiti tinggi. Sedap jangan cerita lah tak terkata..meh skodeng pelbagai lagi snacks berkualiti ni di SINI.




Kinohimitsu Collagen Drinks, sebelum ni ana pernah menjadikannya minuman supplement sampingan. Sesuai dengan usia yang kian meningkat ia dapat membantu merawat kesihatan dalaman sambil memberi tenaga dan kecantikan kulit wajah agar lebih awet muda. Mudah di minum terus dan ana mengambilnya sehari sebotol. Rezeki bila ana dapat menggunakannya semula kali ini, terima kasih LAZADA. Haa..korang jangan leka tau dalam penjagaan kesihatan dalaman badan cepat-cepat ke SINI dan carilah mana-mana produk Kinohimitsu yang sesuai dengan keperluan korang kay.




Dan yang terakhir hadiah misteri dari Surprise Box Lazada ialah 2 keping voucher diskaun dari Photobook Malaysia. Ini memang awesome, ana di berikan voucher percuma untuk 2 buah photobook bernilai RM79. Memang berbaloi sungguh apabila dapat mengabadikan foto-foto kenangan di dalam sebuah photobook menarik ini,terima kasih LAZADA dan Photobook Malaysia. Dan korang pun jangan risau sempena Surprise Birthday Sales dari LAZADA ni, Photobook Malaysia menawarkan pelbagai tawaran harga hebat dengan pelbagai produk mereka, tak percaya meh tengok SINI

Okay the best thing..jangan lupa tarikh penting sangat ni, pada 22-24hb Mac 2017 sempena Ulang Tahun LAZADA ke 5 depa nak buat Sales Besar-besaran, harga giler-giler dan macam-macam contest yang khas buat pelanggan setia LAZADA serta kaki shopping semua. JOM SHOPPING SAMPAI PAGI hanya di LAZADA SURPRISE BIRTHDAY SALES. Tak perlu ke mana-mana hanya klik banner di bawah ,sampailah korang ke destinasi yang dituju...


KLIK BANNER UNTUK SHOPPING !!!


4 Comments