Ana memang membesar dengan cerita-cerita dongeng Fairy Tales. Dari kecil lagi buku cerita Fairy Tales dan kartun Disney Princess ni memang menjadi idola sangat-sangat. Suka dengan kecantikan puteri-puteri Disney seperti Cinderella, Beauty and the Beast, Sleeping Beauty dan Snow White. Jatuh cinta dengan Prince Charming dan kisah sedih mereka. Tahun lepas, berpeluang menonton filem Cinderella bersama anak-anak di TGV (kisahnya di SINI ) dan kali ini pada mulanya agak kecewa bila filem Beauty and the Beast pada awalnya di tangguhkan tayangannya. Namun suka sangat apabila ia akhirnya dibenarkan ditayang di Malaysia. Dan semalam ana dan puteri-puteri sekali lagi ke TGV Aeon Anggun, menoton filem Beauty and the Beast.



Review Filem Beauty and the Beast 2017 


Best tak filem Beauty and the Beast ni? Silap orang lah kalau tanya kat ana kan...kalau dah peminat Fairy Tales Disney, pastilah jawapannya best sangat sangat!! Filem lakonan Emma Watson ini sungguh cantik dari segi karektor, latar belakang, props, kostum, cinematografi dan semuanya seindah didalam kartun Disney asal. 

Bermula dari watak Belle, gadis desa yang suka membaca sering kali dianggap pelik dan ganjil oleh penduduk desanya. Belle seorang gadis pintar yang tinggal bersama bapanya Maurice dan digilai oleh Gaston jejaka desa yang ingin mengahwininya. 



Suatu hari, Maurice ke bandar untuk menjual koleksi jamnya dan dalam perjalanan pulang dia tersesat di hutan di dalam ribut dan tumpang berteduh di sebuah istana lama. Kerana terperanjat dengan keanehan di dalam istana, Maurice lari keluar namun sempat memetik sekumtum bunga ros untuk anaknya Belle. Maurice ditangkap oleh Beast dan mengurungnya di kandang. Namun kuda miliknya kembali ke rumah Belle dan membawa Belle ke istana.



Belle ke istana dan berjumpa dengan Beast, bertukar tempat sebagai tahanan dengan ayahnya.Hari demi hari Belle di istana mengubah sikap bengis Beast kepada lebih penyayang dan akhirnya jatuh cinta dengan Belle. Touching sangat ketika Belle bertukar tempat dengan Maurice dan ketika Belle kembali ke desa meninggalkan Beast. Rasanya korang tahu laa kan, apa sebenarnya yang terjadi pada Beast akibat sumpahan tu. Filem ini tidak mengubah langsung plotnya sama seperti kisah dongeng Disney yang asal dari segi watak dan jalan cerita.Cuma kali ini ia dilakunkan manusia.



Macam biasa, Fairy Tales berakhir dengan happy ending... korang tahukan apa yang menghapus sumpahan dan Beast akhirnya kembali menjadi Prince Charming yang hensem. Kesemua pekerja istana juga akhirnya bertukar menjadi manusia normal ketika berakhirnya sumpahan.



Pada pandangan peribadi ana, filem Beauty and the Beast 2017 sangat sesuai ditonton oleh semua golongan bagaimanapun ianya untuk 13 tahun ke atas. Tiada adengan romance dalam filem ini yang keterlaluan dan pakaian watak juga agak sopan era kolonial France dahulu kala. Mengenai adengan gay yang agak kontroversi diperkatakan sebelum ini, tidaklah begitu menonjol atau mungkin telah ditapis oleh pihak berwajib barangkali. Cuma yang ana perasan terdapat adengan dua lelaki menari bersama di scene akhir.So ana dengan bangganya memberi 4 setengah dari 5 bintang. Jadi korang kena pi tonton sendiri baru boleh dapat feel sepenuhnya, ana tak nak jadi spoiler hihi :)

Pelakon Filem Beauty and the Beast



Pelakon cantik sangat EMMA WATSON sebagai Belle.


DAN STEVENS sebagai Beast/Prince Carming



LUKE EVENS sebagai Gaston 

Lain-lain watak :

KEVIN KLINE sebagai Maurice
JOSH GAD sebagai LeFou
EVEN MCGREGOR sebagai Lumie're
STANLEY TUCCI sebagai Maestro Cadenza
IAN MCKELLEN sebagai Cogsworth
EMMA THOMPSON sebagai Mrs Potts
NATHAN MACK sebagai Chips

Jom ana belanja korang beberapa foto menarik dari filem Beauty and the Beast 2017. Sempat lagi kalau nak pii menontonnya di pawagam berhampiran kay :)






Image result for dan stevens as beast


Image result for dan stevens as beast


Image result for mrs potts and chip 2017


Related image


credit photos :Google Image 

14 Comments

  1. tak tengok lagi emma memang lawa sangat

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun tengok semalam, tak jumpa pulak Ana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya Sue tgk show malam, ana pii kul 1:15 punya show time hihi :)

      Delete
  3. tak sabarnya nak gi tengok citer ni...

    ReplyDelete
  4. Nani tak sempat tengok lagi. Huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lambat nani, nanti tak sempat rugiiii hihi :)

      Delete
  5. tak sabarnyaaa nak pegi tengok jugak..

    ReplyDelete
  6. belum tengok, tapi ramai bagi review best

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kalau peminat fairy tales macam ana Raihanah :)

      Delete