Sebut sahaja produk kecantikan dari Korea yang femes amos, apa lagi kalau bukan Tony Moly pasti teruja sangat gadis-gadis dan wanita jelita di luar sana. Produk K-Beauty, Tony Moly ni kegemaran anak ana, Kak Long.. dari produk penjagaan wajah hinggalah kosmetik, Tony Moly menawarkan pelbagai pilihan mengikut trend terkini. Outlet Tony Moly juga terdapat di beberapa pusat membeli belah utama tetapi kini lebih mudah dengan adanya E-Store Tony Moly di Malaysia. Lebih senang dan cepat untuk kita membeli belah secara online.

Bercakap tentang Tony Moly, hari ini ana nak share dengan korang satu produk terkini dari Tony Moly yang Kak Long gunakan baru-baru ini. Ianya ialah Floria Nutra Energy Skin Care Set. Memang awesome dan banyak membantu memelihara kelembapan kulit wajah Kak Long. 




Tony Moly Floria Nutra Energy Skincare Set


Tony Moly Floria Nutra Energy Skincare Set ini amat sesuai untuk mereka yang memiliki kombinasi jenis kulit wajah kering dan sensitif macam Kak Long. Mungkin atas faktor usia remaja dan bergelar penuntut IPTA, Kak Long mudah ditumbuhi jerawat di wajahnya. Jangan silap makan atau tidur lewat mudah naik jerawat di sekitar wajah. Dia perlu berhati-hati menggunakan produk kecantikan dengan situasi kulit sensitif. 



Namun ana tak bimbang untuknya mencuba Tony Moly Floria Nutra Energy Skincare Set ,kerana ianya di hasilkan dari bahan-bahan semulajadi seperti witch hazel,safflower water, argan oil,resurrection plant, eternal P, phyto oligo dan naturally-derived oil complex.

Tony Moly Floria Nutra Energy Skincare Set ini mengandungi : 

i) Tony Moly Floria Nutra Energy Toner 145ml
ii) Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion 145ml
iii) Tony Moly Floria Nutra Energy Toner ( Trial/Travel) 20ml
iv) Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion (Trial/Travel) 20ml

Produk yang didatangkan dari Korea ini amat disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah wajah kulit kering yang memerlukan kelembapan lebih dari toner biasa dan mereka dari jenis kulit wajah kering dan sensitif. Cara penggunaanya ialah selepas membersihkan wajah sapukan toner pada wajah dan leher.Kemudian, sapukan pula Emulsion rata ke bahagian wajah dan muka.



Tony Moly Floria Nutra Energy Toner merupakan hydrating toner yang memberi tenaga kepada kulit.Ia juga mengandungi hazel yang merawat kulit sensitif.Ia bertindak sebagai nutrasi kepada kulit wajah yang kelesuan.




Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion pula bertindak sebagai pelembab. Membekalkan nutrisi dan kelembapan dan menggantikan sel kulit mati kepada kulit yang lebih sihat.

Dan di mana untuk kita membeli pelbagai produk kecantikan dari Tony Moly ni? Jangan risau kay, walaupun Tony Moly mempunyai rangkaian store di kebanyakan shopping mall, bagi mereka yang sukar memdapatkannya di luar Kuala Lumpur contohnya, ana nak share dengan korang, kini mudah membelinya di E-Store Tony Moly Malaysia.

E-Store Tony Moly Malaysia





Layari sahaja www.tonymoly.com.my dan korang boleh lah shopping secara online pelbagai tawaran yang ada di sana dengan puluhan produk dari Tony Moly. Kesemua produk adalah dari Korea dan ada pelbagai tawaran penghantaran percuma dengan pembelian RM60 ke-atas serta hadiah-hadiah percuma mengikut tempoh masa promosi tertentu.




Sebut sahaja korang nak beli apa kat sini, kerana Tony Moly bukan sekadar mempunyai rangkaian penjagaan kulit malahan komestik dan alat solekan juga.Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kualiti setiap produk. Peminat K-Beauty pasti excited nak shopping di sini kan..macam Kak Long laa..rambang mata setiap kali masuk ke www.tonymoly.com.my ni.





Jangan lupa kay..cuci mata dahulu di sini dan kalau ada yang berkenan tu sambar terus masuk ke dalam cart. Ikuti update dari Tony Moly di :


Laman web : www.tonymoly.com.my

atau 


atau 







JOMMM SHOPPING!!! 

2 Comments