Kemunculan AJ di FAMEHITZ.COM Sebagai Lifestyle Blogger

by - Sunday, April 09, 2017


Mula-mula terima email dari pihak editor majalan online atau lebih dikenali sebagai e-magazine Famehitz.com beberapa hari yang lepas, ana buat tak peduli sangat pun. Bukan apa, bimbang juga kalau kena menghadirkan diri untuk sessi interview atau photo shoot bagai kan..maklum lah ana ni bukan senang nak bergerak ke sana sini, ada komitmen yang perlu didahulukan. 



Selang beberapa hari, ana terlihat di FB, sahabat blogger Kolin Zainal posting kemunculannya di Famehitz.com...wahh..macam best pula kan..terus ana pm dan bertanyakan dengannya cara interview di jalankan, dan menurut Kolin semuanya secara online email dan kita yang hantarkan foto kepada mereka untuk diterbitkan. Okay lega sikit, dan lebih senang sebab kita boleh pilih gambar mana yang sesuai untuk diterbitkan di e-magazine mereka.

Selepas membalas semula email dari pihak editor, mereka mengirimkan kepada ana 15 soalan untuk dijawab dan dihantar semula kepada editor bersama beberapa keping foto yang ingin diterbitkan nanti. Ana diberi dua pilihan sama ada untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris atau dalam BM sahaja. Memandangkan e-magazine ini dalam English dan soalannya juga dalam English, ana meminta Adik Ika membantu membetulkan English ana yang dah lama berkarat tu. Dengan bantuan Adik Ika maka terjawablah 15 soalan yang diajukan untuk diterbitkan diFamehitz.com.




Excited bukan main selepas pihak editor email dan bagitahu artikel tentang ana telah diterbitkan. Wahh!! Baru masuk e-magazine dah kecoh ko ana yer..hihi..first time kay, ada pihak yang review tentang ana sebagai salah seorang Lifestyle Blogger.Selalunya ana yang review seseorang, produk atau servis, kali ini ana pula di terbitkan dalam satu slot di e-magazine, mesti laa happy kan..sebagai catatan terindah yang ana lalui sebagai seorang blogger. Alhamdulillah.



Kalau ada yang nak baca apakah soalan yang di tanya dan apakah jawapan dari ana, bolehlah klik sahaja di sini -> : http://famehitz.com/aj-lifestyle-blogger/ . Terpaparlah wajah ana di portal e-magazine ini. Kalau tengok di laptop atau pc , punya laa besar gambar ana, tanjatt kita tau!! Hihi..Kalau ada kesilapan grammar English tu pejam mata je lah kay, sebab ana memang tak terre English dah berkarat, itu pun Adik Ika yang banyak betulkan ikut penilaian standard kemahirannya sahaja.



Famehitz.com ni sebuah e-magazine yang mempromosikan fesyen, lifestyle, kecantikan,travel, makanan, parenting  dan pelbagai lagi sebagai satu platform e-magazine. Juga turut memuatkan fotografi, pendidikan,event, gadget,hiburan dan juga selebriti. Ana yakin di masa akan datang, Famehitz.com akan menampilkan lebih ramai lagi lifestyle blogger di dalam terbitan mereka. Jadi rajin-rajinlah gunakan #lifestyleblogger kay... :)



You May Also Like

2 comments