Sebagai suri rumah ni, ana pasti setiap hari buntu memikirkan apa menu yang hendak di masak untuk sajian keluarga. Buka pintu peti ais, duk menung depan tu nak masak apa? Sampai kedai runcit pun sama, buka penutup kotak ikan satu persatu sambil fikir nak masak apa? Ye laa, dah hari-hari masak, hasrat hati tu nak juga tukar-tukar selera. Sejak harga ikan naik tanpa belas ehsan sekarang ni, lagi lah pening memikirkan sajian harian untuk keluarga kan.

Sebagai alternatif jalan penyelesaian mengurangkan stress fikir menu harian, ana selalu bertanya kepada suami dan anak-anak, nak makan apa esok? Mudah sikit bila kita tahu apa yang mereka teringin nak makan. Macam dua hari lepas, suami tiba-tiba minta ana masakkan kari ikan sardin. Wallaaaa..memei feveret laa makan sardin ni. Sardin tin, bukan sardin hidup tu, sebab sesetengah orang keliru juga bila kita sebut ikan sardin.Jadi hari ini, ana coretkan disini, menu pilihan suami, bagaimana nak masak kari ikan sardin tin..kut-kut ada yang mencari kan...



Cara masak kari ikan sardin tin


Bahan-bahannya mudah sangat sama sahaja kaedah kita masak kari ikan biasa tu. Yang penting sekali pilihan ikan sardin la, ikut citarasa masing-masing. Ana cuma makan ikan sardin cap King Cup dan juga cap Ayam Brand. Tapi serius dua-dua brand ni harga boleh tahan sekarang ni...setengah kedai mencecah RM8 ke RM9 se tin dah. Dah tak sesuai kata-kata,bila tak ada duit makan ikan sardin dah kan..sebab sardin pun dah mahal, habis tu nak makan apa, apa yang murah laa nii... redho je lah selagi mampu..

Bahan masak kari sardin tin:


Ikan Sardin Tin 
Rempah Kari Daging
Ubi Kentang
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Santan
Cili Api
Garam dan Minyak Masak 

Cara masak kari ikan sardin tin :


~ Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.Halia tu jangan banyak sangat setengah inci cukup dah. 
~ Gaulkan bersama bancuhan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air.Ana tidak menggunakan air asam jawa untuk bancuhan rempah kerana ana akan masukkan sos sardin sekali ke dalam masakan, cukup rasa kemasaman dari sos sardin sahaja nanti.
~ Panaskan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan rempah sehingga pecah minyak.
~ Masukkan ubi kentang yang telah di potong empat dan gaul rata.




~ Kemudian masukkan santan dan kacau selalu sehingga ubi kentang empuk sepenuhnya.
~ Bila ubi kentang dah empuk, barulah masukkan perlahan-lahan ikan sardin tin bersama sos tomatonya sekali. Masukkan cili api untuk menambah kepedasan dan rasakan dengan garam.
~ Masakkan seketika sahaja dan jangan terlalu mengacaunya bimbang isi ikan akan hancur.

Dan siaplah menu ringkas ana tengahari tu, sardin tin masak kari.Sebelah petangnya, suami membeli roti dan makan pula dengan cicah kari ikan sardin ni. Memang awesome laa kan, roti cicah kari sardin. Selamat mencuba kay resepi tukar-tukar selera dari www.anajingga.com.

4 Comments

  1. Sedapnya kak Ana. Nani selalu buat goreng berlada aje lepas ni boleh try masak kari pulak :)

    ReplyDelete
  2. Menarik ni ... boleh cuba selalu ccl masak padprik & sambal sardin je .lepas ni boleh olah buat kari sardin

    ReplyDelete