Wow!! Berita hebat buat semua penghuni IJM LAND Seremban 2 dan kawasan sekitar. Acara tahunan yang dinantikan oleh semua residen dan seluruh rakyat Malaysia akan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan tawaran hadiah yang menarik tidak lama lagi. Ini kerana baru-baru ini, telah di adakan majlis pelancaran rasmi IJM LAND HALF MARATHON 2017 di Seremban, pada 31 Mac 2017 yang lalu. 



IJM LAND HALF MARATHON 2017



Majlis pelancaran IJM LAND HALF MARATHON 2017 dimulakan dengan sidang media yang disampaikan oleh Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar IJM Land Berhad (central region) dan Mr Minoru Osada, Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd. Yakult merupakan Platinum Sponsor IJM LAND HALF MARATHON 2017.

Menurut Dato' Hoo, acara marathon ini semakin mendapat sokongan menggalakkan dari seluruh komuniti dan masyarakat setempat . Ia juga merupakan satu landasan untuk  ‘fundraising’ amal untuk tahun ke-3 berturut-turut disalurkan kepada dua pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).




Pada hari tersebut juga, Dato’ Hoo Kim See (kiri), Senior General Manager,IJM Land Berhad ketika meyerahkan t-shirt rasmi IJM Land Half Marathon 2017 kepada Mr Lim Khon Seng (tengah), peserta terpantas dalam acara  IJM Land Half Marathon 2016 dan juga peserta terawal mendaftar untuk  IJM Land Half Marathon 2017. Turut bersama ialah Mr Minoru Osada (kanan), Sales and Marketing Director Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Platinum Sponsor of IJM Land Half Marathon 2017.




Masih dengan  visi dan matlamat asal penganjuran  IJM LAND HALF MARATHON 2017 juga diharapkan terus menjadi platform dalam mengetengahkan gaya hidup sihat, semangat perpaduan disamping keperihatinan membantu pertubuhan amal sebagai tanggungjawab sosio-komuniti dan masyarakat.

Secara tidak langsung dapat membudayakan gaya hidup sihat dikalangan peserta juga akan menjadi amalan residen sepenuhnya sepanjang tahun. Acara buat kali ke enam itu bakal berlangsung pada 13 Ogos 2017, di Dataran Centrio, Seremban 2 dengan mensasarkan penyertaan seramai 7000 peserta dari seluruh negara.

Tarikh : 13 Ogos 2017

Tempat : Dataran Centrio, Seremban 2


Kelihatan dalam foto di atas, Dato’ Hoo Kim See (empat darikiri), Senior General Manager IJM Land Berhad bersama IJM Land Half Marathon 2017 para penaja rasmi acara  (dari kiri) Mr Leong Fook Nyen, Negeri Sembilan Manager of China Press & sebagai rakan media; Mr Damian Cheah, mewakili Ultron penaja rasmi pakaian; Dato’ Chong Khin Sang, Corporate Liason Advisor IJM Land; Mr Minoru Osada, Sales and Marketing Director of Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, penaja Platinum; Mr Nicholas Lee, Head dari Sales of BMW Millenium Welt Seremban, penaja rasmi kenderaan , Encik Muhammad Fauzi Bin Ahmad, mewakili  100 Plus, penaja minuman Isotonic Drink; Mr Lee Yee Fo, Area Manager of Sin Chew Daily juga rakan media; Mr Selverajah dari TDK Malaysia, Gold Sponsor; Ms Christine Wong, Senior Manager - Sales and Marketing of IJM Land dan Ms Iris Yap, Assistant Manager - Brand Communication and CSR of IJM Land ketika majlis pelancaran IJM Land Half Marathon 2017 baru-baru ini.



Acara Marathon dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’ menyediakan beberapa kategori larian seperti 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita (18 tahun ke atas) dan 10KM lelaki dan perempuan (12 tahun ke atas - kategori junior). Pelari terpantas akan dianugerahkan ‘Grand IJM Land Half Marathon Trophy’, manakala pelari antara terpantas dalam kategori masing-masing untuk 3 tahun berturut-turut akan dianugerahkan 'Challange Trophy'. Tahun 2017 merupakan tahun yang ke-2.

Selain itu, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang goodie bag dengan pelbagai cenderahati daripada Yakult dan penaja yang lain, bersama custom-made Finisher Medal serta sijil penyertaan. Terdapat juga hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi. Bagi peserta yang menamatkan larian 21KM pula akan menerima t-shirt custom-made Ultron- Micro-dry Finisher Tee.



Pada hari tersebut nanti, karnival marathon bakal dimeriahkan dengan popcorn, cotton-candy, aiskrim dan belon percuma, badut serta pelbagai lagi acara menarik termasuk photo booth dan peluang bergambar bersama selebriti Malaysia dan duta Yakult, Jack Lim.Best kan!! 

Di samping itu, bakal diadakan juga pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, Glucose Test, Cholesterol Test dan rawatan Physio oleh Columbia Asia Hospital Seremban bersama Befrienders Seremban.

IJM Land Half Marathon 2017 bakal meriah dengan rangkaian rakan penaja-penaja hebat seperti TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

JANGAN LUPA TEMUJANJI kita, bersama kita sertai IJM Land Half Marathon 2017. Pendaftaran dibuka sekarang hingga 31 Mei 2017

Info lanjut dan pendaftaran layari sahaja www.ijmlandrun.com.

4 Comments

  1. assalamualaikum ana...mama dtg singgah ke sini...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, terima kasih berkunjung ke sini :)

      Delete
  2. dekat penang ni...boleh dikatakan hampir setiap minggu ada macam maca acara larian....I Love Penang, AADK...meriah juga sambutannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriahkan sekarang ni pelbagai acara larian yang di anjurkan pasti mendapat sambutan :)

      Delete