ROSETYARA - FOUNDATION TRENDING TERKINI DI MALAYSIA

by - Thursday, April 13, 2017


Foundation hokay....sebut betul-betul naa..susah sangat dalam bahasa Melayu nya bedak asas. Hihi tapi kita dah terbiasa menyebutnya sebagai foundation kan. Tak kiralah yang penting dalam memilih foundation sebagai asas solekan ni haruslah yang sesuai dengan padanan warna kulit wajah, teksturnya yang ringan dan sekata pada wajah. Pernah juga terbeli foundation yang tak sekata bertepek pada wajah bila disapukan dan yang paling tak best muka nampak berminyak dan bila berpeluh habis cayaq kata orang utara.

Seriuosly ana ni jarang memakai foundation kerana ana memang tak pandai bersolek. Dulu-dulu zaman bekerjaya memang hari-hari tepek foundation ni, tapi sejak jadi suri rumah, bila keluar pun ana lebih mudah memakai day cream sahaja. Tapi kannnn...sejak diperkenalkan dengan ROSETYARA RT Foundation ni, macam nak comeback semula pakai foundation sebab ia berbeza dari yang pernah ana gunakan sebelum ini. Meh nak share dengan korang pengalaman ana gunakan ROSETYARA Glow Foundation bersama ROSETYARA Radiance Powder dan CC Creamnya.




ROSETYARA Glow Foundation


ROSETYARA Glow Foundation atau lebih di kenali dengan RT Glow Foundation yang ana gunakan ni, sebagai percubaan keserasiannya ana ambil dari trial/travel setnya terlebih dahulu. Bila dah serasi dan sesuai bila dipakai baru kita beli full setnya kan.. Ia nya walaupun dalam saiz yang comel namun sangat menjimatkan. Setiap penggunaan, korang cuma perlu 1/4 pam sahaja kerana ia pekat. Jadi tak perlu banyak nak sapu di wajah. Cara nak guna pun senang sangat, korang dot-dotkan di empat kawasan wajah dahi, pipi kanan, pipi kiri dan dagu. Kemudian blend atau ratakan di wajah dengan berus atau span dan ia mudah sekata diwajah. Best.







RT Glow Foundation ni ada tiga kod untuk jenis tona kulit yang berbeza iaitu :

Kod Rose : Untuk kebanyakan tona warna wanita Asia atau lebih sesuai untuk kulit sawo matang 

Kod Lily : Untuk wanita yang berkulit cerah tona warna kulit wajahnya.

Kod Violet : Untuk wanita yang lebih gelap tona kulit wajahnya.




Namun begitu, korang juga boleh memiliki CC Cream ROSETYARA dan jika rajin untk mencipta tona warna baru dengannya akan menghasilkan kombinasi yang baharu dengan sendiri. 




Pada tona wajah ana sendiri, memilih rasanya lebih sesuai dengan kod Rose dan ana gunakan CC Cream terlebih dahulu sebelum blend dengan RT Glow Foundation dan hasilnya nampak sangat natural. Pada usia ana ni lebih gemar pada warna-warna lite yang sederhana kerana ana tidak bersolek bermain dengan warna. Lainlah untuk solekan pengantin atau ke majlis-majlis rasanya pasti korang lebih suka warna yang lebih menyerlah kan.Ikut taste masing-masing kerana RT Glow Foundation boleh blend untuk mendapatkan warna tona yang korang suka.

Kemudian ana gunakan Loose Powdernya iaitu RT Radiance Power. Tadaaa!! Cover dah kesan jeragat manja pada wajah ana kan, nasib baik tahi lalat pemanis masih muncul di wajah hihi..inilah trademark Ana Jingga tahi lalat di bibir kiri tu,lama dah bela dari kecil lagi haha :)




RT Radiance Power ni walaupun dalam saiz kecil yang ana miliki ia juga menjimatkan, tak perlu guna banyak untuk dapatkan hasil solekan yang berseri dan cantik. Tepukkan pada berus make-up atau cussionnya dan sapukan rata pada wajah dengan sekata. Hasilkan solekan wajah tanpa cela. 




Kak Long turut mencuba RT Glow Foundation dan RT Radiance Power untuk solekan di wajahnya dan hasil yang amat awesome bila dia berjaya menutup parut-parut jerawat di wajah. Anak remaja kan, masalah utama adalah jerawat di wajah.




Jadi, inilah perkongsian ana sendiri ketika menggunakan ROSETYARA Glow Foundation, CC Cream dan juga RT Radiance Power. Ramai dah yang memberikan feedback positif setelah menggunakan ROSETYARA kosmetik ni, Alhamdulillah..benda yang baik kita kongsikan kebaikannya untuk manfaat bersama. MUA terkemuka juga suka dengan ROSETYARA dan begitu  juga dikalangan andaman solekan pengantin.




Ermmm.. di mana nak beli produk-produk make-up ROSETYARA ni? Haha..dah cerita panjang lebar ni mestilah ana nak korang mencubanya sendiri kan, baru best sama-sama kita cun berseri-seri. Okaylah korang boleh dapatkan info dan keterangan lebih lanjut lagi dengan singgah sendiri ke link-link yang ana berikan di bawah ini atau hubungi terus Puan ALIA di nombor whatsapp disertakan..Bertanya lah pada yang lebih arif tentang produk yang dijualnya ini kerana beliau lebih tahu. 


Hubungi whatsapp : 

013-3363 775 
(Puan Alia)

atau (klik link)


atau (klik link)






You May Also Like

12 comments

  1. Tq kak ana...
    Ohsem kan RT ni...
    Btw pndai kaklong makeup2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq juga pada Alia beri kak ana mencuba produk yang best sangat ni :)

      Delete
  2. bestnya..saya pun tak pandai sangat makeup ni...tapi lately ni macam teringin pulak nak bermake up
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Siti, kak ana pun tak pandai dah nak make up tapi rasanya memang suka tengok orang make up dan sekali sekala pakai juga lah untuk kelihatan cantik kan :)

      Delete
  3. susah nak hadam bab mekap ni...tapi kalau mekap jenis natural memang terbaik...sebabnya tak nampak over sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada usia kak ana ni kena gunakan warna yang natural dan makeup yang simple je arz...agar tak terlalu over kan :)

      Delete
  4. macam2 produk kecantikan sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, banyak pilihan yang ada ikut bajet masing-masing :)

      Delete
  5. Replies
    1. memang trial set Mrs A, kalau serasi baru kita beli yang full setnya kan :)

      Delete
  6. Cantik akak.. always look young... hehe..

    Saya ni dh lama draft entry psl RT tapi xpublish2 lagi .. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tq wawa, cepat-cepat publish kay :)

      Delete