Sibuk, sungguh sibuk khasnya bagi warga kotaraya yang sentiasa di buru masa dalam setiap urusan seharian. Nak kejar waktu ke pejabat, urusan anak-anak, urusan kerja sehingga lewat malam, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, masalah tol dan parkir malah seribu satu kekangan dalam melewati urusan seharian. Akhirnya, urusan cuci pakaian dan perhiasan rumah pun tergendala, tak sempat nak uruskan. Mesti ada yang berhadapan masalah sebegini kan? Langsir tu dah bertahun tergantung lupa nak cuci, bila hujung minggu pakaian tuu diaa..berlambak, sampai tak muat mesin dan dryer. Tapi jangan duk kalut dah..sebab apa? Sebab hari ini, ana nak share dengan korang satu servis atau perkhidmatan dobi yang bakal memudahkan korang membasuh pakaian dan kelengkapan rumah. Mudah sebab, korang cuma booking, mereka datang ambil di rumah, cuci dan lipat pastu hantar semula ke rumah. Wahhh!!!Mudahnya...ada ke? Ada.. hanya di MAMA WOSH. 




Pickup & Delivery Laundry dari MAMA WOSH


Memang memudahkan sungguh urusan laundry atau dobi mendobi dengan MAMA WOSH ni. Pertama kali juga ana mendengar adanya perkhidmatan seperti ini. Maklumlah, dalam kesibukan urusan seharian warga kota, kadang-kadang terkejar-kejar saban hari. Ada ketika bagikan tak cukup masa untuk urusan laundry ni. Nak membasuh tu satu hal, kemudian kalau ke dobi layan diri, kena juga tunggu sampai selesai prosesnya, tinggal di apartment atau kondo pula, nak gantung baju bagi kering pun ambil masa, melainkan ada mesin dryer di rumah. Dan part paling malas sekali ialah menggosok dan melipat kain.. memang tahap malas maksimum. Jadi apa kata kita cuba menggunakan servis dari MAMA WOSH ni.




Jom, ana cerita dengan korang serba sedikit servis pickup & delivery dari MAMA WOSH ni. Ia menawarkan beberapa pakej menarik untuk korang pilih mengikut bajet dan keperluan masing-masing. Semudah lima langkah mudah untuk mendapatkan servis dari mereka. 




Langkah-langkah untuk berurusan dengan MAMA WOSH: 




1. Proses booking atau tempahan yang mudah 24jam sehari 7 hari seminggu, bermakna korang boleh buat tempahan pada bila-bila masa sahaja. Tentukan lokasi untuk urusan pickup dan delivery dalam masa 60 saat, tempahan korang akan dipenuhi. 



2. Lazimnya MAMA WOSH akan datang mengambil pakaian dalam tempoh masa 1 jam dari masa tempahan online. Tapi biasa la kan, bandaraya kita ni tak boleh jangka kelewatan atas faktor kesesakan trafik. Pengambilan atau pick-up ni boleh di buat sama ada dari rumah, pejabat atau hotel sekali pun. Mudah kan..dari mana-mana pun boleh. Kawasan yang meliputi kawasan coverage ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya. Korang boleh cuba tengok coverage area di laman web MAMA WOSH yang akan ana berikan atau klik sahaja di mana-mana gambar yang ada di dalam entri ini..ada back link ke MAMA WOSH.



3. Perkhidmatan cucian dari MAMA WOSH ni memang sangat profesional dengan peralatan mesin dobi dan dry cleaning yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam servis laundry. Mereka juga menggunakan kurang bahan pelembut pakaian serta tidak memudaratkan untuk  mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif pada bahan pencuci. Ia juga sesuai untuk bayi. Jadi jangan risau dengan proses cucian dengan MAMA WOSH ni dan di jamin keselamatan kain korang dari sebarang kerosakan.




4. Cara pembayarannya pula, sangat lah mudah. Setelah mempastikan cucian korang benar-benar berpuas hati, mereka akan menghantar email berserta invoice kepada korang. Korang boleh sahaja membuat bayaran secara online atau bayaran tunai sahaja (COD) sahaja. 


5. Penghantaran pun sangat fleksible di mana setiap hari , 7 hari seminggu mulai jam 8:00 am - 10:00 pm setiap hari bekerja dan 9:00 am - 9:00 pm di setiap hujung minggu. Untuk kawasan coverage Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ianya PERCUMA namun surcharge RM5 atau RM 10 dikenakan untuk kawasan Shah Alam dan Subang Jaya.

Berapakah harga untuk servis Pickup & Delivery di MAMA WOSH ?





Ermmm..berikut adalah senarau harga untuk servis di MAMA WOSH. Dan kalau korang nak yang lebih detail lagi boleh lah klik ke SINI . Walaubagimana pun , korang perlu membuat tempahan dengan bayaran minimum serendah RM25 sahaja. Dan sekiranya korang mendaftar sebagai ahli dengan MAMA WOSH ni, korang akan dapat diskaun sebanyak 20% ke atas setiap tempahan. Boleh lah gunakannya selalu kan.. berbaloi tu. 

Kawasan Coverage MAMA WOSH Pickup & Delivery




Untuk panduan korang semua coverage area bagi perkhidmatan Pickup & Delivery MAMA WOSH ialah seperti berikut :

Kuala Lumpur : 
Bangsar
Bukit Bintang
Bukit Damansara Heights
KLCC
KL Sentral
Mont Kiara 
Sentul

Petaling Jaya :
Ara Damansara
Bandar Utama
Damansara Perdana
Damansara Utama
Kota Damansara
Mutiara Damansara

Untuk lebih infomasi korang boleh sahaja klik ke SINI



Mama Wosh (Malaysia) Sdn. Bhd. 
No 8, First Avenue, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Mobile: 017 370 1074

Email: hello@mamawosh.com

2 Comments

  1. MamaWosh reminds me of a guy yang juga buat servis ni juga but only specific for carpets. Memudahkan betul. You know, how heavy carpet is and agak leceh to bring 'em to laundromat all by yourself.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh memudahkan urusan kita kan Panphila :)

      Delete