MANDIAN AIKEN BAHARU - MEMBUNUH BAKTERIA DAN KEKAL HARUM BERPANJANGAN

by - Thursday, May 25, 2017


Cuaca panas membahang di siang hari, kadang-kala sehingga ke lewat malam nak tidurpun kurang selesa sejak dua menjak ni. Bagi ana sendiri nak tidur mesti nak kena mandi dahulu barulah segar rasa tubuh badan untuk direhatkan sepanjang malam. Begitu juga di siang hari yang penuh dengan aktiviti seharian, boleh dikatakan hampir setiap masuknya waktu solat, ana mesti nak mandi bersihkan tubuh badan terlebih dahulu. Bertabahlah kan, jangan terlalu banyak merungut, semua itu pasti ada hikmatnya yang tanpa kita sedari. Hikmah yang pasti, setiap kali kita mandi, badan akan kembali segar dan bersih dari segala bakteria. Ana nak kongsikan dengan korang satu lagi rangkaian penjagaan peribadi iaitu mandian terbaharu dari AIKEN dengan antibakteria dan yang paling best berbau wangi dengan 8 variasi yang berbeza.



AIKEN adalah produk penjagaan diri antibakteria yang telah dipercayai berkesan selama tiga dekad yang lalu dan telah melancarkan Rangkaian Produk Mandian Antibakteria pada tahun 2013. Sejak pengenalan itu, AIKEN memberikan pengalaman mandian antibakteria yang selesa dan menenangkan, dipadankan dengan haruman yang memberi rasa kesegaran untuk seluruh ahli keluarga. Rangkaian Mandian AIKEN membasmi 99.9% kuman berbahaya untuk perlindungan 24 jam dalam setiap mandian dan sesuai untuk kegunaan sesisi keluarga.


Sejak dari dahulu lagi AIKEN telah dipercayai sebagai salah satu jenama penjagaan kebersihan diri yang terbukti berkesan. Macam yang ana katakan sebelum ini, ketika cuaca panas di siang hari, khasnya bagi kanak-kanak yang aktif , berpeluh dan boleh mengganggu keselesaan mereka. Sebagai langkah kebersihan diri, gunakan Rangkaian Mandian AIKEN dapat memberi kesegaran dan kebersihan pada kulit. Pasti segar dan wangi setiap kali lepas mandi. 


Ana sendiri telah mencuba menggunakan 8 variasi rangkaian mandian AIKEN ni di rumah. Boleh dikatakan kesemuanya ana suka. Dan yang paling feveret sekali ialah Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise Minyak Yuzu dan Daun Pudina. Buih mandian yang kaya dengan buih terasa segar dan membersihkan sungguh. Gabungan Daun Pudina dan Limau Yuzu ni memberi bauan semulajadi yang menyegarkan setiap kali melangkah keluar dari bilik mandi. Bauan segar ini pula segar sehingga ke mandian seterusnya. Best!! Ana suka sangat dan pasti akan terus menggunakannya nanti. 


1.Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise

Diperkaya dengan ramuan semula jadi Limau Yuzu dan Daun Pudina (Mint), Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise membantu memulihkan dan memberi tenaga serta mencerahkan kulit dengan manfaat Vitamin C dari sitrus Limau Jepun Yuzu. Menurut tradisi terdahulu, amalan turun temurun menggosok hirisan Limau Yuzu pada kulit mampu mencerahkan kulit. Seiring dengan ramuan Daun Pudina (Mint) yang mendinginkan, Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Energise adalah pilihan tepat untuk kegunaan harian selepas seharian di bawah pancaran matahari.. 



Satu lagi pilihan anak-anak ana ialah Mandian AIKEN Antibakteria Protect and Brightening gabungan Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root). Setiap kali mereka selesai mandi harum semerbak bau satu rumah harumannya. Ana pun suka dengan bauannya, dan menurut anak-anak ana, mereka suka dengan kelembutan buih yang mewah dan melembabkan kulit sepanjang hari. AIKEN bukan sahaja melindungi kulit sebagai antibakteria tetapi juga memelihara kelembapan kulit. ternyata ia pilihan yang bijak.

2.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Brightening


Gabungan Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root) mencerahkan secara semula jadi tanpa menghakis kulit. Ekstrak Daun Sakura mengandungi asid caffeic dan antioksidan yang mengukuhkan keupayaan badan untuk menghindari kerosakan oksidatif pada kulit. Gabungan ini diperkukuhkan lagi dengan Pokok Akar Manis (Liquorice Root) untuk membantu mencegah hyperpigmentasi. Anda dapat merasakan kesan spa yang membantu mencerahkan kulit daripada Daun Sakura dan Pokok Akar Manis (Liquorice Root).


Lain-lain variasi Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN diperkenalkan: Pertama seumpamanya untuk mandian antibakteria. Ia kaya dengan gabungan bahan – bahan semula jadi bagi melembap kulit dan menyegarkan serta menjadikannya selamat bagi kegunaan harian. Ternyata para ibu lebih mengetahui pilihan semula jadi yang terbaik untuk seisi keluarga.



3.Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify

Diperkaya dengan arang buluh (Bamboo Charcoal) semula jadi yang membantu membersihkan kulit jauh ke dalam dengan menyerap kekotoran dan meninggalkan kulit lebih bersih dan segar. Arang Buluh (Bamboo Charcoal) telah terkenal dengan kebolehannya menyingkirkan bahan toksin jauh ke dalam kulit daripada kekotoran, toksin dan radikal bebas. Krim Mandian Antibakteria AIKEN – Protect & Purify menyerap kekotoran sedalamnya bagi memberikan kesegaran sepanjang hari.

4.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Moisturize

Diperkaya dengan dua ramuan terbaik pelembap semula jadi: Avokado dan Minyak Argan merupakan kombinasi terbaik bagi mengembalikan kehilangan lembapan dari kulit. Buah Avokado dikenali sebagai ramuan yang memiliki kandungan lemak sihat yang tinggi dalam pulpa yang dipadankan rapat dengan minyak semula jadi dalam kulit. Minyak Argan pula kaya dengan vitamin E yang bertindak sebagai agen penyerap untuk memberi rangsangan kulit secara semula jadi. Oleh itu, kombinasi kedua bahan semula jadi ini merupakan ultra- pelembap bagi memberikan sentuhan bak baldu pada kulit tanpa kesan berminyak.

5.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise

Produk ini mengandungi  Lemon Mirtel, Pokok Kayu Putih (Eucalyptus) dan Pudina (Peppermint). Kombinasi tiga bahan ini mampu membersih kulit jauh ke dalam daripada sebum berlebihan dan kekotoran; dan membantu menghapuskan bau badan yang kurang menyenangkan.



6.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Care

Diperkaya dengan Minyak Pokok Teh dan Taim (Thyme), ia mencegah pembentukan bakteria penyebab jerawat serta meninggalkan kulit dengan haruman menyenangkan.



7.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Extra Protection


Buih – buih berkrim yang diperkaya dengan ekstrak antibakteria semula jadi seperti Rosemary, Bergamot dan Ginseng, memberi perlindungan sepenuhnya daripada sebum berlebihan dan kekotoran.

8.Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Nourish

Ia sesuai bagi yang mahu mengekalkan kelincinan, kelembutan dan kecantikan kulit dengan krim mandian yang diformulasikan bebas sabun dengan pH seimbang bersama buah Pohon Ros (Rosehip) dan Kenanga (Ylang Ylang).


Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN boleh didapati dalam dua (2) saiz, pam botol bersaiz 900gm dijual pada harga RM 18.20 setiap satu manakala pek botol isian semula 850gm dijual pada harga RM 12.30 setiap satu. Kesemua rangkaian Mandian AIKEN ini boleh didapati di semua Farmasi dan Pasaraya seluruh tanahair.Jom dapatkan segera dan kekal sihat dan sepanjang hari.


You May Also Like

6 comments

  1. Mama suka pakai Aiken ni sebab AB properties dia ni

    ReplyDelete
  2. sedap juga bau sabun aiken ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan KN, memang wangi satu rumah bila anak-anak menggunakannya waktu mandi :)

      Delete
  3. suka gak brand Aiken ni..dah lama kan?bolehlah nak try range baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah Sal, masih bertahan ke hari ini, kena cuba tau ,best2 bauannya :)

      Delete