Mengambil Parcel di Skynet, Rawang

by - Saturday, May 06, 2017


Ana ni hampir setiap minggu ada sahaja van, motor atau lori courier service datang berkunjung ke rumah. Antaranya dari Pos Laju, Gdex, City Link, Skynet,  Nationwide Express dan macam-macam lagi la. Yang tak pernah dengar pun ada. Semua ni kerana saban minggu ada sahaja kiriman parcel dari client dan pr untuk di iklankan atau di review di blog picisan www.anajingga.com. Alhamdulillah dan terima kasih di atas kepercayaan kalian semua memilih blog kesayangan ana ni untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk.

Ada ketikanya,parcel sampai depan rumah, ana tiada di rumah atas pelbagai urusan. Dan setiap kali ditinggalkan slip penghantaran, ditemani suami ana ke pejabat courier yang diberikan untuk mengambil sendiri parcel-parcel. Bukan apa, boleh sahaja kita call untuk penghantaran kali kedua atau second delivery, tetapi ia akan memakan masa lebih lama lah untuk diterima semula. Dan salah satu lagi masalah dengan syarikat kurier nii...payah beno nak angkat telefon.Bersangka baik..busy la gamaknya ye...




Yang terkini dan yang ingin ana kongsikan disini, parcel dari pr melalui Skynet. Skynet ni agak efisyen dari lain-lain courier service kerana selalunya, penghantar hanya meninggalkan slip di peti surat jika tiada penghuni. Skynet ni, lebih bagusnya, mereka menghubungi ana dan bagitahu berada di depan pagar tetapi tiada penghuni. Ana terima panggilan tersebut ketika di bilik hotel di Ipoh, menghadiri majlis akad nikah anak buah suami.Efisyen sangat kan.

Pejabat Skynet Rawang

Ana beritahu pada adik tu, minta tinggalkan sahaja slip di dalam posbox dan ana akanambil sendiri apabila balik dari Ipoh nanti. Memandangkan cuti umum sambutan Hari Pekerja , hanya hari Selasa berikutnya baru ana berkesempatan ke pejabat Skynet cawangan Rawang. Ini kali pertama ana dan suami nak ke Skynet. Berdasarkan alamat tertera di slip,suami dah tahu lokasi Skynet di Rawang ni,walaupun tercatat di sana cawangan Batang Kali.

Kami sampai dan memberikan slip kepada kerani di kaunter yang kemudiannya menyuruh ana ke kaunter kecil di sebelah kiri. Adik manis yang menguruskan pemberian parcel di Skynet ni sangat sopan dan tersenyum manis. Bagus servisnya..terima kasih ye adik manis. Mudah sahaja untuk berurusan di kaunter Skynet Rawang. Alhamdulillah.

Bagi yang tercari info dimana pejabat Skynet Rawang? Ia terletak di Rawang Mutiara. Sebaris je dengan pejabat Pos Laju sahaja. Iaitu di jalan utama Rawang menuju ke Sungai Choh di sebelah kanan jika kita dari bandar Rawang. Pejabat Skynet terletakdi lot paling tepi kay. (Info ini berdasarkan tarikh entri diterbitkan )

Alamatnya adalah seperti berikut : 


2B-1-7, Batang Kali Branch,
Jalan Mutiara 3, Rawang Business Centre, Rawang, 
48000 Selangor
Tel : 0 3-6091 2233

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat :(9:00am - 6:00pm)
Sabtu (9:00am - 1:00pm) 
*Tutup : Ahad dan cuti umum

You May Also Like

0 comments