Setiap tahun bila tibanya acara tahunan Sepetang Bersama Blogger di anjurkan oleh team Denai Hati Network, bergelora rasa hati ingin sangat nak menyertainya. Namun macam biasa belum ada keyakinan untuk bertemu mata dengan blogger-blogger hebat se Malaysia ni. Maklumlah diri ini terlalu kerdil dibandingkan dengan nama-nama hebat yang menerajui dunia penulisan blog tanahair. Saban tahun hanya menyimpan harapan andainya satu hari nanti, ana juga bisa berada di sana dan bersua insan-insan hebat ini.

Tahun lepas, pertama kali ana keluar dari sebalik dunia maya apabila memnuhi undangan Khir Khalid ke Forum Blogger di PWTC, Kuala Lumpur .Entrinya di SINI .Masa tu, Tuhan sahaja yang tahu berdebarnya jiwa raga.Siapa lah ana di mata dunia blogger, kenal tak mereka dengan wanita 40-an ini. Namun, Alhamdulillah bila bersua dan berbicara, bagai dah lama kenal mestipun inilah pertama kalinya dipertemukanNya. Ketika itu ana bertemu insan-insan hebat dunia blogger seperti Tuan Haji Amir Denaihati, Khir Khalid, Bro Framestone, Cik Pinz, Afzal Sukasuki, Shamiera Osman, Cekgu Norazimah, Pendekar Berkuda dan ramai lagi yang sudi berbual, menyapa dan bergambar kenang-kenangan. Ini antara pembakar semangat untuk ana ke dunia nyata bersua sekali lagi penulis-penulis blog tanahair dari pelbagai niche di SBB2017.

Dengan lafaz Bismillah, ana gigihkan diri mendaftar ke SBB2017. Tambahan pula adinda ARZ Moha, beriya mengajak untuk ke sana kerana beliau sendiri turun dari Penang. Tambah meyakinkan bila Shuhaida Kabdy berbual dengan ana di mesenger dan bagitahu, kami boleh je tumpang Khir ke sana nanti. Lega laa sikit, sebab ada kawan nak ke sana nanti, tak lah sengsorang kan. Dan hari yang dinantikan muncul jua, 13 hb Mei 2017 ana menjejakkan kaki ke Matic, Kuala Lumpur untuk menjadi sebahagian dari catatan kenangan SBB2017.




Sepetang Bersama Blogger SBB2017 


Seperti yang ana nyatakan di awal tadi, bertambah positif bersemangat nak ke SBB2017 ni apabila berbual dengan Sue Kabdy di Mesenger yang ajak temankannya ke SBB2017 dan bakal tumpang Khir ke sana nanti. Ini memudahkanlah kerana kami ni tinggal tak jauh antara satu sama lain, ana di BCH dan mereka di BTP. Pagi tu ana ke BTP dengan suami dan berjumpa Sue buat pertama kali, sambil minum dan seketika kemudian Khir pun sampai dan kami bergerak ke Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Sampai agak awal juga, ana dan Sue ke cafe alas perut dahulu sebab program bakal bermula jam 2 petang. Kami pun daftar di kaunter. Antara yang awal ana jumpa di sana ialah team Projek Blogger Utara. Depa ni mai dari utara sana naik ETS lagi.Awal-awal dah meriah apabila berjumpa El Darweena, Sue Izeyda dan Zai Zamree. Pastu jumpa kali kedua Encik Boss mereka, siapa lagi kalau bukan Cik Pinz kita la.. dah jumpa selpiaq la kan..


Bersama El Darweena yang happening sangat..

Cuaca masa tu dah mula hujan turun rintik-rintik, kemudian bertambah lambat. Ramai peserta SBB2017 terperangkap dalam kesesakan trafik di tengah bandaraya ni. Ana dan Sue masuk ke dewan terlebih dahulu dan ermmm cakk!! Kami nampak blogger Eny Yusnizar Abdullah yang femes amos dengan blog masakannya. Alhamdulillah setelah bertahun saling mengenali di group EFG dahulu dan juga di dunia penulisan blog dapat juga bersua wajah. 

Shuhaida Kabdy, Eny Abdullah, AJ dan Tuan Haji Amir Denaihati


Dan sementara program belum bermula, seorang demi seorang blogger tanahair muncul dan sessi bergambar pun bermula lah dengan meriahnya. Alhamdulillah, mereka mengenali wajah ini, biarpun ana jarang berswafoto di FB mahu pun IG, sesekali sahaja itupun untuk memenuhi task produk review dan advertorial :) Ana abadikannya disini sebagai kenang-kenangan bersama, walaupun banyak lagi gambar-gambar kami, selebihnya di FB ana kongsikannya.


Bakal Pengantin Blogger manis Zaza Iman 

Bersama blogger Mia Liana wakil team JDT blogger dari Johor
Amat meminati penulisan beliau dari awal pembabitan ana dalam penulisan blog,dipertemukanNya
dengan Kakcik Nur Seroja

Okay, sebenarnya ramai lagi yang ana temui dan bergambar sakan. Program bermula sekitar jam 2;30 mestipun ada lagi yang belum sampai kerana sangkut dalam trafik jem. Majlis di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Amir Denaihati sebagai penganjur majlis. Agenda pertama petang itu ialah mini forum bersama dua orang panel iaitu blogger hebat tanahair dari niche mereka yang popular iaitu saudara Mahadi dari Mahamahu (blog makanan yang popular tu ) dan lifestyle blogger Cik Lily Putih. 




Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman dari kedua-dua panel petang itu, antaranya menjawab pelbagai persoalan dari peserta mengenai kadar bayaran untuk iklan dan review, etika ke majlis atau event yang dijemput, latar belakang dan sejarah awal mereka serta kejayaan yang diraih. 

Selesai mini forum, kami break dalam lima minit sebelum disambung denga slot yang paling awesome petang itu bersama Ibu Hanim yang berkongsi kisah hidupnya dan memberi pengetahuan yang amat menarik iaitu perbezaan generasi dan prospek penulisan untuk golongan sasar. Slot ini paling seronok kerana kita didedahkan tahap perbezaan generasi dari zaman tradisional hinggalah Gen Y masa kini dan apa yang perlu kita sebagai blogger menerokai zaman demi zaman dengan gaya penulisan yang boleh menarik Gen Y membaca dan memahami.

Suasana dewan bertambah segar bugar bila, Ibu Hanim mengajak kami semua menyanyi lagu Gemuruh sambil berjoget hilangkan rasa mengantuk. Dan di akhir slot, kami di ajak pula menyanyikan lagu Hero yang meninggalkan kenangan manis di SBB2017. Terima kasih Ibu Hanim seorang wanita hebat yang melalui pelbagai pengalaman kehidupan.



Acara berehat seketika untuk solat Asar dan diluar disediakan minuman tajaan Yeos dan juga aiskrim coklat sedap dari Upin Ipin. Waktu break ni juga, kami teruskan dengan sessi bergambar lagi bersama blogger-blogger yang hadir sambil beramah mesra.


Blogger cantik manis dari Utara, Zaf (Siti Nurzafira )
kredit foto Zaf 

Mommy Aimi, blogger Ohh Fara yang cantik sangat ni 

Masuk semula ke dewan untuk meneruska agenda SBB2017. Mengisi slot seterusnya ialah tutorial tudung dari Ibawal.Rezeki juga untuk ana kerana dapat berpeluang mereview dua helai tudung bawal dengan trademark mereka ' gosok-gosok wangi '. Kemudian Saudara Norman Danish mengambil alih pentas dengan pengisian tentang 'personal branding 'di media sosial. Satu topik yang amat menarik dengan pelbagai tips untuk dikenali di dunia media sosial. Antaranya waktu-waktu yang sesuai untuk posting, kisah like dan komen, engagement dan lain-lain. Terima kasih ND dari team Misi Viral.

Sempat gak layan Mommy Irra berselfie dalam dewan, bagaikan adik dah Irra ni ,
lama mengenalinya ketika di EFG lagi
Irra merupakan founder EFG dan kini dikenali sebagai AFB
(kredit foto : Irrayan.com )

Slot terakhir ialah tentang affiliate dan perkongsian content dalam penulisan oleh Dr Wan. Bagus sangat yang diceritanya walaupun ada juga menyentuh aspek teknikal dan seo. Sesuatu yang setiap blogger perlu tahu serba sedikit untuk menjana income dari blog sebaik mungkin, In Shaa Allah. Program SBB2017 berakhir sekitar jam 7:30 petang untuk solat Maghrib dan diteruskan acara Gala Dinner di sebelah malamnya. Namun ana cuma mengambil sessi siang sahaja. Kempunan jugalah nak jumpa Adi Putra di Gala Dinner. Mujur juga ada hadiah surprise dari Arz Moha buat kakaknya. Apakah ia?Baca di SINI .

Sebelum balik terjumpa blogger femes Emas Putih ( Uzu )


Pada ana, Sepetang Bersama Blogger adalah acara tahunan yang wajar diteruskan di masa hadapan.Inilah  peluang untuk kami blogger berkumpul, berkenal-kenalan menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim disamping menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dari mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Alhamdulillah, ana bersyukur sangat menjadi salah seorang peserta buat kali pertama dan In Shaa Allah akan cuba mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dalam dunia media digital masa kini, merebut setiap peluang yang ada dan berkongsi kebaikan buat semua pembaca.SBB2017 akan kekal menjadi satu lagi coretan kenangan buat blogger picisan seperti ana dalam melakari kanvas kehidupan.Terima kasih SBB2017.





14 Comments

  1. wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnyaaa k.ana.. pengisian pon menarik.. bukan setakat bertemu mata dgn blogger2.. kalo ada peluang rasa nak pii jerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Wani, ada rezeki boleh lah join di tahun-tahun akan datang nanti kan :)

      Delete
  3. sebuah majlis yang menghimpunkan pelbagai jenis blogger dan pengamal social media serta usahawan usahawan. Semoga di tahun hadapan ada lagi majlis seperti ini...insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, semoga akan ada lagi SBB di masa-masa akan datang :)

      Delete
  4. alhamdulilah dapat juga jumpa idola el..comel je k.ana ni..tp xabis2 duk kata dia gemuk haha..xpuas kut jumpa ari tu..xpelah insyallah ada jodoh kita berjumpa lagi
    best event ni mcm2 kita boleh perolehi ilmu dan kawan..kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, in shaa Allah El jika diizinkanNYa pasti kita akan bertemu lagi di lain-lain ketika..Aamiin :)

      Delete
  5. Meriah! Tahun ni tak berpeluang nak pergi sebab Nani ada exam petang tu. Bila lah dapat jumpa kak Ana ni. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Nani, mungkin kalau ada AFB Gathering nanti boleh lah roger2 kak ana kan :)

      Delete
  6. Seronok nampaknya K.Ana walaupun pertama kali.

    Teringin tapi malu ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa malu apa pula Mrs A, ada rezeki nanti join kay :)

      Delete
  7. Sebenarnya masih ada gambar di SBB2017 ini yang belum kakcik kongsikan di blog... iaitu gambar di sebelah malam, tapi rasa lemau sangat nak menulis sekarang ini... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye Kakcik, ana tak pergi event Gala Dinner tu,balik awal..pasti lebih meriah kan Kak cik :)

      Delete