RESEPI APAM NASI MUDAH

by - Monday, May 22, 2017


Apam nasi ni merupakan salah satu menu makanan pencuci mulut kesukaan ana ketika iftar di bulan Ramadan yang kian menghampiri kita semua dalam beberapa hari lagi. Jika dahulu ana akan membeli sahaja apam nasi ni, tetapi selepas belajar dengan adik sepupu ana, Ija, mudah sahaja rupanya nak sediakan apam nasi ni. Bahan pun tak banyak tapi bila menjadi seronok bukan main menikmatinya. Jadi hari ini ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com resepi muda Apam Nasi..yang pernah ana terbitkannya sebelum ni.



Resepi Apam Nasi 


Bahan-bahan apam nasi

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu yis
pewarna
Kelapa parut (untuk sajian)

Cara-cara menyediakan apam nasi

~Blend nasi sejuk dengan air hingga hancur, seperti menyediakan bubur nasi bayi tu.
~Masukkan gula dan blend semula.
~Ayak tepung gandum,tepung beras dan campurkan yis.Masukkan adunan yang telah di blend tadi ke dalam campuran tepung dan gaul sebati.Masukkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
~Perap selama 3 jam sehingga adunan naik sekali ganda.
~Selepas adunan naik dan gebu, sudukan ke dalam acuan kuih lompang yang telah disapukan minyak supaya ia tidak melekat apabila kita keluarkannya nanti.
~Kukus didalam pengukus dan pastikan menutup acuan dengan kain atau ana menggunakan alluminium foil supaya apam nampak cantik dan gebu.Ini untuk mengelakkan titisan air kukusan masuk ke dalam adunan kuih yang sedang dikukus.
~Keluarkan dari acuan dan sajikan bersama kelapa parut yang di campur secubit garam.
~Selamat mencuba resepi mudah ini.

Tapi kan, ana nak share juga dengan korang, dimana nak beli dengan mudah peralatan dapur dan masakan yang korang boleh gunakan ketika nak masak apam nasi ni. Jom shopping di  LAZADA MALAYSIA kerana mulai 19hb Mei sehingga 25hb Jun sedang berlangsungnya Jualan Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Ria Raya  (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/).

Untuk mengisar bahan-bahan resepi apam nasi di atas, tiba-tiba blender buat hal.. korang boleh je beli dengan harga promosi di LAZADA MALAYSIA. 








Atau bulan Ramadan ni banyak menu-menu kita disediakan secara kukusan, seperti juga resepi apam nasi di atas. Jom beli kukusan di LAZADA yang menawarkan potongan harga hebat sepanjang Jualan Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Ria Raya  (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/). Korang boleh je pilih dari yang moden, pelbagai jenama mahupun mengikut bajet masing-masing.








Tapi jangan lupa tau mencuba resepi Apam Nasi dari ana ni sebagai menu sampingan untuk iftar nanti. Salam Ramadan Karim dari www.anajingga.com.

You May Also Like

0 comments