SHOPPING LAZADA MALAYSIA, BAYAR DI 7ELEVEN DENGAN MOLPAY CASH

by - Thursday, May 11, 2017


Sekarang  ni dah jadi satu kemestian di kalangan kita membeli belah secara online sahaja dari rumah atau pejabat. Sebab utamanya ialah jimat dan mudahkan..maklum lah diketika ekonomi yang kian mencabar, harga minyak kenderaan turun naik tak menentu, kos parkir lagi, adalah lebih menjimatkan hanya dengan melayari mana-mana laman web jualan online dan shopping, kemudian barangan akan sampai ke depan pintu. Kan seronok dan mudah gitueww..Dan antara online shopping yang paling popular dan utama yang menjadi pilihan kita ialah Lazada Malaysia .

Tapi kan..tak semua berpeluang untuk shopping online ni, antara sebab utama ialah ketiadaan laptop atau desktop dan juga tidak memiliki internet banking. Ini antara keywords search yang sering kali muncul di blog www.anajingga.com, mereka tercari-cari info untuk membuat pembayaran Lazada Malaysia tanpa internet banking. Dan hari ini, ana dah cara untuk di kongsikan dengan pembaca, bagaimana untuk membeli belah di Lazada Malaysia dan membuat pembayaran secara tunai di 7 Eleven. Jom..baca sampai faham tutorial secara step by step kaedah yang perlu dilakukan. Dan bagi mereka yang nak shopping tetapi tak ada laptop atau desktop korang boleh sahaja menggunakan aplikasi LAZADA APPS dengan memuat turun (download ) ke smartphone masing-masing. 




 Cara muat turun LAZADA APPS 


Ana pasti majoriti sekarang memiliki smartphone di tangan masing-masing. Dengan menggunakan LAZADA APPS ni, korang boleh shopping di Lazada Malaysiadengan mudah dan di mana sahaja. Korang boleh memuat turun atau download LAZADA APPS di salah satu links yang ana berikan di bawah : 




Dah ada LAZADA APPS senang dah kan nak membeli belah guna handphone. Okay sekarang ana nak share dengan korang bagaimana nak shopping di Lazada Malaysia dan kemudian membuat bayaran secara tunai di 7 Eleven dengan MOLPay/MOLPay CASH peneraju pembayaran di Asia Tenggara (leading payment in Southeast Asia) melalui pembayaran di kaunter (over the counter payment).

Cara Bayar LAZADA di 7 Eleven Dengan MOLPay CASH 




Kalau korang selalu pergi ke 7 Eleven pasti perasan logo MOLPay/MOLPay CASH  di kaunter kan. Ini antara servis yang di sediakan oleh MOLPay/MOLPay CASH  di mana kita oleh sahaja membuat pembayaran pembelian secara online di Lazada Malaysia di mana-mana cawangan 7 Eleven berdekatan. Jom ana terangkan kaedahnya step by step sebagai panduan kepada yang memerlukan. 




Okay, mula-mula korang kenalah log in dahulu atau yang belum pernah ada akaun tu kenalah daftar dahulu di Lazada Malaysia. Klik ke kat sign-up atau log in di LAZADA APPS yang terpapar di skrin handphone. Dah nama lagi nak shopping kan, korang search lah apa-apa produk yang korang nak beli dan add to cart. 




Contohnya, ana ingin membeli dua barangan produk di atas, jadi ana dah pilih dan ana ADD TO CART kedua-dua produk tersebut. 




Dah confirm barang-barang yang korang nak order pastu dia akan keluar senarai seperti di atas dan korang klik ke PROCEED TO CHECKOUT. 




Steps seterusnya bagi yang pertama kali log in,korang kena isi bahagian maklumat penghantaran/alamat. Tapi bagi yang dah pun memiliki akaun di Lazada Malaysia akan terus di bawa ke bahagian PAYMENT. Dan disini lah korang kena pilih jenis pembayaran. Kalau nak bayar secara tunai di 7 ELEVEN (MOLPay/MOLPay CASH ) korang klik kat logo 7 Eleven seperti gambar di atas.



Bagi yang mempunyai voucher diskaun dari Lazada Malaysia, korang kena masukkan voucher code di ruang seperti di atas dan klik PLACE ORDER. Kemudian korang akan menerima email pengesahan di email korang laah.



Korang akan diberikan dua bar code seperti di atas. Satu di email dan satu di LAZADA APPS. Skrincap gambar Bar Code tersebut untuk membuat pembayaran di mana-mana 7 Eleven berdekatan. Jangan lupa tau bawa gambar Bar Code ni sebab cashier akan scan untuk Transaction ID dan Verification Code pembelian korang. Invoice ini korang kena bayar di 7 Eleven dalam masa 48 jam sahaja tau, kalau tak ia akan terbatal secara automatik. So, cepat-cepat pi bayar naa.. :) 




Taa Daa!! Ana kat 7 Eleven sekarang, untuk membuat pembayaran secara tunai dengan MOLPay/MOLPay CASH. Pergi ke kaunter bagi tahu cashier nak bayar Lazada Malaysia dengan MolPay . Nanti , dia akan scan Bar Code dari handphone korang dan bayarlah jumlah yang perlu di bayar. 





Step terakhir, korang akan diberikan dua keping resit. Satu dari MOLPay/MOLPay CASH dan satu dari 7 Eleven. Done!! Sekarang korang tunggu sahajalah email penghantaran dan beberapa hari nanti (ikut jangka masa penghantaran produk ) produk yang korang order akan sampai ke depan pintu. Yeayy!! 



Inilah hasil shopping ana di LazadaMalaysia dan membuat pembayaran secara tunai dengan MOLPay/MOLPay CASH di 7 Eleven. Bestnya ada wallet untuk suami, lipstik untuk ana dan dua bedak compact untuk Kak Long dan Adik Ika. 

~Thank you Lazada & MOLPay CASH. 💕💕 ~

You May Also Like

16 comments

  1. wah..sampai dah..advance k.ana..saya baru buat payment semalam kat 7e..ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejar dateline Fieza,lagi pun kak ana ambil yg shipping free dan cepat punya produk kebetulan dua hari sampai dah :)

      Delete
  2. wah advance juga ni bayar di 7e je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah bagi mereka yang nak shopping online tapi tak ada internet banking kan Raihanah :)

      Delete
  3. Jarang beli barang on9 sebab kena ambik di pos office 😂 Takda penghantaran barang ke rumah

    ReplyDelete
  4. wah..makin maju Lazada sekarang. thanks for sharing kak ana. Memang convenient.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup convenient untuk mereka yang tak ada internet banking dan kredit kad kan Sal :)

      Delete
  5. Wah.. Mcm best je
    . 7 eleven Ada dekat umah ni.. Hee.. Bqyar cash kan kak Ana Jingga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah 7 E bayar dengan cash je TB :)

      Delete
  6. semua 7-11 ke ade molpay dah sekarang ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok sama ada logo Molpay di kaunter cashier , rasanya kebanyakan 7E ada Molpay ni :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Klau byar kt situ.. time dia scan tu dia akan tau ke barang ape yg kita naj beli..?

    ReplyDelete
  9. Klau byar kt situ.. time dia scan tu dia akan tau ke barang ape yg kita naj beli..?

    ReplyDelete
  10. Klau byar kt 7e time dia scan tu dia tau akan tau ke barang apa yang kita nak beli...?

    ReplyDelete