Gambar ini kiriman seorang kawan ana menerusi whatsapp group sekolah, yang tinggal di luar negara. Kawan sekelas suatu masa dahulu Peck Sar yang kini berhijrah ke Eropah. Menurutnya sekarang musim bunga di sana dan pelbagai kuntuman yang sedang berkembang mekar di halaman rumahnya. Salah satu yang menarik untuk ana kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com ialah kuntuman bunga putih ni. Menurut Peck Sar ianya ialah kuntuman bunga sepohon pokok epal di kediamannya.

Subhanallah..ini kali pertama ana melihat bunga pokok buah epal. Buah epal pernah ana lihat ketika kunjungan ke Mardi, Cameron Highland satu masa dahulu, tapi bunga inilah pertama kali. Maklumlah, ana belum pernah ke luar negara kan..teruja sungguh dapat melihat kuntuman bunga pokok epal dan ianya sungguh cantik...Maha Suci Allah.

14 Comments

  1. Replies
    1. ada NH, kak ana nak kan kepastian,kak ana google image dia dan memang inilah bunganya :)

      Delete
  2. Cantik juga kan bunga pokok buah epal ������ Sy pun excited tengok gambar ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, macam kak ana yang tak pernah ke luar negara ni, tengok gambar pun dah excited dah :)

      Delete
  3. TQ Kak Ana share gambar nie.. Sha first time tengok.. Cantik sangat..Kalau dapat tengok live mesti lagi best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Sha, In Shaa Allah mana tahu rezeki Sha,satu hari nanti dapat melihat sendiri pokok epal depan mata, Aamiin :)

      Delete
  4. besarnya bunga pokok epal. baru pertama kali tengok. cantik. hehhe. macam ada sesuatu yang baru dalam blog kak ana ni kan. tukar template ye?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Ejoy, baru try tukar template sendiri, Alhamdulillah menjadi, cuak gak sebenarnya mula-mula sebab kak ana takut coding hihi :)

      Delete
  5. Mrs. A pun pertama kali tengok bunga buah epal.

    Ini epal apa K. Ana merah ke hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalau a'lam Mrs A, gambar ni kiriman kawan kak ana dari Eropah sana, lupa lak nak tanya hijau ke merah hihi :)

      Delete
  6. cantik..nanti musim epal pulak la ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni musim bunga kata kawan kak ana tu D, lepas ni berbuah la agaknya kan :)

      Delete
  7. Cantik bunga epal...meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala tak cuba tanam epal ke Kak?Mana tahu menjadi kan

      Delete