Bulan Ramadan ni penuh kenikmatan, nikmat dalam menjalani ibadah sepanjang hari, ganjaran pahala yang berlipat ganda ditawarkan, nikmat makan minum dengan rezeki yang ada dan segala bentuk nikmat dan kesyukuran harus kita panjatkan di setiap detik masa. Sebagai ibu dan isteri, menyediakan juadah untuk iftar ada kalanya juga satu nikmat yang istimewa bila melihat keluarga menjamah hidangan dengan penuh syukur dan berselera. Namun cabarannya ialah untuk menukar ke menu-menu yang berbeza dalam masa sebulan Ramadan Kareem yang mulia ini membuatkan kadang kala jadi buntu juga. 

Hari ini ana nak berkongsi dengan ibu-ibu dan para isteri satu menu mudah dan ringkas untuk disediakan iaitu bihun goreng siam berkuah. Menu ini ana pelajari dari kakak angkat kesayangan ana, Along Aisyah ketika berkunjung ke rumahnya bulan lepas. Sedap dan ini kali pertama ana mencubanya. Menu ni adalah bihun goreng biasa yang kita sajikan untuk keluarga dan tetamu dan yang istimewanya ialah ia dimakan dengan kuah. Dan menurut Along inilah dia bihun goreng siam. Rasanya selepas Ramadan dan menjelmanya Syawal nanti, In Shaa Allah menu ini sesuai sebagai hidangan untuk majlis open house. Paling tidak pun untuk dijamu tetamu yang bakal berkunjung. Jom ana share kan di www.anajingga.com, resepi dan cara nak masak Bihun Goreng Siam atau Bihun Siam.



Resepi Bihun Goreng Siam Berkuah 



Menu utamanya ialah Bihun Goreng dan di makan bersama kuah taucu pedas. 

Bahan-bahan untuk Bihun Goreng (boleh juga ikut cara masing-masing)


Bihun ( direndam sehingga lembut terlebih dahulu)
Udang atau udang kering 
Tauhu ( digoreng dan di dadu )
Kucai
Taugeh
Bawang merah (blend)
Bawang putih (blend)
Cili Giling 
Garam dan minyak untuk menumis.


Caranya:

Tumis bahan blend iaitu bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili giling ikut kepedasan masing-masing.
Masukkan udang atau udang kering.Rasakan dengan garam.
Masukkan bihun dan gaul sebati.
Masukkan taugeh dan juga daun kucai dan akhir sekali masukkan tauhu dadu yang telah siap digoreng. Siap satu menu bihun goreng.

Bahan untuk kuah Bihun Goreng Siam



Cili giling
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 peket taucu 
Air asam jawa
Gula pasir/Garam

Cara masak kuah bihun / mi Siam


Bawang besar dan bawang putih di kisar atau di tumbuk. Tumiskan.
Masukkan cili giling dan biar masak pecah minyak.
Masukkan taucu (tak perlu di basuh ).
Masukkan air asam jawa jangan terlalu pekat untuk mengelakkan terlalu masam.
Rasakan dengan sedikit gula dan garam jangan terlalu banyak kerana taucu sudah pun masin.
Siap dan hidangkan bersama telur dadar atau pun telur rebus.




Selamat mencuba :)


14 Comments

  1. Replies
    1. Sedap, Alhamdulillah..terasa basah sikit mihun goreng kita bila berkuah macam ni CB :)

      Delete
  2. Wow menarik ni Kak Ana.. Nanti mummy nak cubalahh... Thanks for sharing ..

    ReplyDelete
  3. Wahh sedapnya..nak try buat jgk la nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom cuba Faizzahamir :) mudah-mudahan kena dengan selera sekeluarga :)

      Delete
  4. sedap juga tu. boleh cubalah

    ReplyDelete
  5. Hurmmm... baca resipi nih! pastu tengok pulak gambar mereciks!
    Otw balik rumahni nak beli bihunlah hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jadi tak mihun goreng siam by Mrs A ni :)

      Delete
  6. errr....xpernah tengok,,,ni sha baru tauu...nnti leh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun first time rasa Sha, sedap pulak, kak ana try semula dan share resepinya disini :)

      Delete