Cara tampal bunga printed paper pada tudung

by - Sunday, June 18, 2017


Semalam dah minggu terakhir untuk kita shopping raya kan. Awalnya cadang nak ke Jalan TAR, tapi sangkut kat jem, pastu suami pun malas nak jalan kaki jauh-jauh. Last-last kami teruskan ke Kenanga Wholesales je la di KWC ,Jalan Kenangan sana tuu. Jem juga lah nak masuk ke sana, sangkut kat depan Berjaya Times Square tu, tapi dah ada sana tu redah je lah kan. Sampai ke sana, memang seronok sangat nak shopping sebab tak la sesak dengan orang ramai dan shopping pun dalam aircond lega sikit kan.

Selain dari shopping baju, tudung dan rantai dokoh, Kak Long pula nak beli sekeping printed flower design untuk di lekatkan pada tudung bawal lamanya yang sebelum ni kosong. Serius kalau datang sini memang seronok beli barang diy. Ana tanya juga bulu ostrich yang viral kat trend tudung masa kini tu, semeter berharga RM18. Mula-mula nak beli jahit sendiri kat tudung tapi macam malas pulak, takut pakai sekali je pastu tak pakai dah kan. So, layan je lah Kak Long beli kertas printed flower, harga borong beli 6 keping jadi RM1.80 sehelai atau harga lain-lain ikut saiz bunga. Kalau beli sekeping harga dia RM3. 




Kak Long beli sehelai dengan tiga design bunga berbeza sebagai percubaan pertamanya. Kertas iron-on paper ni cuma berharga RM3 sebab ana beli sehelai je. Tapi ada tiga design yang cantik, kira okay la kan for try an error dulu.Malam tu juga Kak Long excited nak cuba. Ana sempat suruh dia ambil foto step by step sebelum nak lekatkan kertas ni pada tudungnya. Dapat juga ana kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com. 


Cara melekatkan bunga printed paper pada tudung


Bahan yang korang perlukan pastinya kertas bunga printed (iron-on paper), tudung (ikutlah nak shawl ke bawal ke), gunting dan seterika (iron).




Mula-mula korang kena gunting ikut design bunga tu sekelilingnya biar cantik-cantik tau.



Letakkan di atas tudung secara terbalik dengan permukaan kosong di atas. Bermakna yang bercorak tu di atas permukaan kain tudung yang hendak di lekatkan. Macam dalam gambar di bawah ni.




Pastu, panaskan seterika dan iron perlahan-lahan di atasnya. Pastikan bunga tak bergerak nanti design dia lari dan ter double hasilnya. Tekap dalam 2-3 minit. 




Dan tarik keluar kertas printed tu dan dah siap design melekat pada tudung korang. Nak cantik lagi, boleh la iron batu-batu kecil di atas bunga tu, lagi nampak lebih menarik hasilnya.







Okay, selamat mencuba semua kay. Tapi korang kena selaraskan kepanasan suhu iron tu dengan kain tudung yang korang nak lekatkan. Jangan terlalu panas, nanti terbakar pula kainnya. 

You May Also Like

13 comments

  1. Cantiklah ana..
    Pandai kak long pilih corak bunganya..

    Nanti nak cubalah..
    Tq share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah macam-macam design ada Yati, rambang mata nak pilih :)

      Delete
  2. waaah k.ana, jadi raya la tahun ni, cantik sgt
    tq share

    ReplyDelete
  3. wahhh...senang sangat kan..janji kena rajin...bukannya org tau bukan beli baru kan...ubah sikit je dah cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sally, makeover balik tak membazir dah kan :)

      Delete
  4. Cantik nyaaa.. boleh pilih design yang suka kat tudung yang matching

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Zaf, ikut kreativiti kita untuk mix and match kan design dengan warna tudung kan :)

      Delete
  5. CCL tak mahir bab tampal menampal ni .. takut rosak tudung

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat ni CCL, iron jeatas tudung, jangan panas sangat suhu dia dah nanti terburn pulak hihi :)

      Delete
  6. Lepas nie tudung lama nampak baru.. memang ohsemlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Sha, modal pun sikit je kan :)

      Delete
  7. assalamualaikum ana...wah ! jadi cantik nanti...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete