Lama juga dah tak menonton lakonan terbaharu dari hero kesukaan ana ni, siapa lagi Adi Putra la kan.Jadi beberapa hari lepas ternampak status di Fb ADP tentang drama siri terkini lakonannya. Semalam laju je tukar ke TV9, maka bermulalah ana bakal melayani drama siri My Sweet Lavender ini nanti. Tambah best pula tu, sekali lagi Adi Putra digandingkan dengan Zara Zya. Mesti best kan. Jom ana kongsikan sedikit tentang drama My Sweet Lavender ini untuk pembaca dan penhunjung setia di www.anajingga.com.


Drama My Sweet Lavender 



My Sweet Lavender merupakan drama terbaru terbitan Orangetree Production Sdn Bhd yang membariskan pelakon popular tanah air seperti Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, dan Haliza Misbun. Drama bersiri sebanyak 20 episod itu diarahkan oleh Bahri Uma bersama Azmi Hatta. Akan mula ditayangkan pada 2 Jun ini, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9.

Pelakon Drama My Sweet Lavender 

Adi Putra sebagai Amirul
Zara Zya sebagai Laila / Leha
Aeril Zafrel sebagai Danish
Nadia Brian sebagai Sara
Haliza Misbun sebagai Kalsom
Ramona Zamzam sebagai Zai
Amanda Misbun sebagai Nora
Arel Azimi sebagai Mohd
Alis Mariya sebagai Aisyah
Amir Nafis sebagai Johari
Fana Azizan sebagai Amy
Afifah Nasir sebagai Lynn
Taib Zamannuri sebagai Rosli



Sinopsis Drama My Sweet Lavender 


Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal.

Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.




Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.

Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila?


kredit info dan foto : http://www.myinfotaip.com/2017/05/my-sweet-lavender.html

4 Comments

  1. Patutlah macam pelik je cerita ini..
    TQ Kak share sinopsis dia.. Sha baru tahu.. Sebab tertengok sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan, memula kak ana pun macam pelik je dengan watak Zya Zarra tu :)

      Delete