Wanita masa kini amat mementingkan penjagaan kesihatan,bersifat aktif dan lasak dalam pelbagai aktiviti sukan dan senaman. Bagus kan..bukan sekadar menjaga kecantikan, namun kesihatan dan kecerdasan juga harus seimbang untuk mendapatkan bentuk badan idaman, sihat dan mempunyai stamina yang luar biasa. Badan yang aktif dan sihat boleh sahaja menjana kebahagiaan rumahtangga serta kesihatan fizikal yang baik. 


Banyak aktiviti lasak yang diceburi oleh ramai kaum hawa pada masa kini. Sahabat baik ana sendiri, amat ana kagumi di seusia ana, seorang pramugari yang gemar aktiviti lasak seperti hiking sehingga telah pun mendaki ke puncak Gunung Kinabalu. Bangga sungguh dengan stamina beliau. Bukan itu sahaja ada juga sahabat kejiranan ana yang gemar bersukan seperti badminton dan juga cycling. 

Walaupun mereka aktif, namun mereka tetap menjaga aurat dengan sempurna. Kadang-kadang wanita agak sukar menjaga aurat ketika melakukan aktiviti lasak dan bersukan. Banyak faktor yang perlu di ambil kira dalam memilih tudung yang sesuai. Bila bersukan ni pasti berpeluh, jadi kita perlukan fabrik yang sesuai, fabrik yang sesuai supaya tidak bergerak atau terselak ketika sedang aktif bersukan ni. Jadi khas buat wanita aktif di luar sana, korang kena baca entri ini hingga habis kerana ana nak kongsikan dengan korang satu jenama tudung yang paling sesuai untuk mu wanita aktif di luar sana. ELYSIUM By JACQUELINE K ...



ELYSIUM By JACQUELINE K - Tudung untuk wanita aktif




Bila kita bersukan atau melakukan aktiviti lasak ni, pemilihan tudung yang sesuai amatlah penting untuk mempastikan aurat kekal terjaga dan selesa di pakai kerana bila berada di luar dengan outdoor activities ni, pasti berpeluh dan kurang selesa dengan hijab yang tidak sesuai. Pergerakan yang banyak juga ada kala boleh membuatkan terbukanya aurat tanpa sengaja. Kan tak best jadi macam tu. Tapi dengan memakai tudung Elysium By Jacqueline K keluaran PTT Outdoor ni, korang tak perlu risau lagi kerana ia sememangnya di reka atau design khas buat hijab wanita aktif. 

Apakah keistimewaan tudung Elysium By Jacqueline K ni berbanding hijab yang biasa ?



~ Selesa dan fit 

Bila kita memakai Elysium By Jacqueline K  untuk bersukan atau riadah, ia sangat selesa dan betul betul fit pada wajah dengan sempurna. Maksudnya, bila korang melompat, bergerak bebas ia tidak bergerak atau dalam kata harian kita, dia tak senget benget dan bergerak laa kan. Ia kekal pada wajah dan korang tak perlu risau ia bergerak sana-sini. Kan selesa tu.


~ Ringan bagaikan lapisan kulit kedua pada wanita

Ringan ni maksudnya Elysium By Jacqueline K  ni bukan lah fabrik yang tebal, namun bukan juga terlalu nipis. Dan yang paling penting ia tidak jarang. Korang boleh bergerak bebas tanpa perlu bimbang terdedahnya aurat tanpa sengaja kerana ia bagaikan lapisan kulit kedua pada hijab kita. So don't worry enjoy your active day.

~ Fabrik yang tidak panas



Elysium By Jacqueline K dihasilkan dari fabrik yang tidak serap panas. Jadi bila kita berpeluh sakan setelah melakukan akiviti lasak atau bersukan, pastilah berpeluh. Tapi dengan memakai hijab Elysium By Jacqueline K  tak akan berasa panas kerana fabriknya tidak menyerap haba. Selesa sangat di pakai. walaupun sedang berpeluh dengan kegiatan outdoor seharian. Ana sendiri telah mencubanya dan sangat selesa. 

Fabriknya juga jenis stretchable, bermaksud ia mudah mengikut bentuk wajah wanita yang berbeza. Ia melingkupi wajah dan labuh yang sesuai untuk semua wanita di luar sana. Tak perlu risau bentuk tudung sukar di bentuk bagi yang nak nampak cantik walaupun sedang lasak di luar sana. Jahitannya juga amat kemas jadi korang tak perlu risau ia akan merkah atau terkoyak apabila sedang aktif bersukan di luar sana. 

~ Cepat Kering 

Apa yang ana maksudkan cepat kering ni ialah fabriknya cepat kering apabila dibasuh. Ini sesuai sangat buat wanita yang meminati aktiviti hiking yang perlu  mencuci tudung di waktu malam setelah seharian berpeluh  mendaki, korang boleh membasuhnya di sebelah malam dan keesokan pagi sudah kering dan boleh digunakan semula. Wanita lasak kan, pasti semuanya nak ringkas dan cepat sepantas pergerakan mereka juga. Elysium By Jacqueline K  pilihan yang sesuai tanpa keraguan lagi.

Lagi satu, ia tidak perlu di gosok. Haa ni paling penting, nak cepat bersukan dan beriadah, sarung sahaja Elysium By Jacqueline K  tak payah nak gosok tapi tetap kemas di pakai. 

~ Harga yang amat berbaloi

Dengan serendah RM55 sehelai, ia mampu milik sangat kan. Kalau tudung seharian berharga ratusan ringgit lagi kita sanggup beli, apatah lagi dengan serendah RM55 korang boleh dapatkan tudung yang sangat sesuai untuk kegiatan lasak dan bersukan yang menyelesakan sepanjang outdoor activities kita di luar sana. Ia bagaikan satu keperluan dalam check-list korang kena ada sebelum memulakan segala aktiviti lasak di mana juga. 

Review ana bila memakai Elysium By Jacqueline K 




Di usia ana ni, perlu juga melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Walaupun ana tidaklah lasak di luar, namun sering kali juga menemani suami bermain badminton dan paing tidak pun jogging di hujung minggu. Bila ana memakai Elysium By Jacqueline K , ia selesa sangat dan yang penting fabrik nya tidak panas walaupun berpeluh. Cukup labuh menutup dada dan tuu yang penting walaupun tanpa awning ia tetap maintain pada wajah, tak lah muka membulat kan. 

Apabila kita bergerak aktif pun, ia tidak terselak dan terangkat. Ini kerana fabriknya yang ringan namun fleksible gitu. Memang ana sangat recommended dengan korang yang aktif di luar sana untuk memiliki sehelai tudung Elysium By Jacqueline K sebelum korang keluar bersukan dan sebagainya.

Di mana nak membeli Elysium By Jacqueline K


Pasti dah teruja kan nak memiliki sendiri Elysium By Jacqueline K  khasnya wanita lasak seperti anda. Korang boleh sahaja ke http://pttoutdoor.com/ dan membeli tudung Elysium By Jacqueline K . Bukan itu sahaja PTT Outdoor juga merupakan gedung membeli belah online untuk pelbagai outdoor gear, peralatan perkhemahan dan sebagainya.

PTT Outdoor 




Gedung beli belah online yang khusus buat peminat sukan lasak Malaysia yang menjual secara online peralatan aktiviti sukan, riadah dan perkhemahan yang wajib korang kunjungi. Ia merupakan gedung online outdoor gear, hiking dan perkhemahan yang menawarkan pelbagai produk yang berkualiti. Dan salah satunya ialah  Elysium By Jacqueline K yang ana perkenalkan di awal entri ini. Jadi bagi mereka yang tercari-cari dimana untuk mendapatkan outdoor gear serta peralatan perkhemahan atau camping gear, singgah sahaja ke www.pttoutdoor.com .





10 Comments

  1. Replies
    1. betul tu, selesa untuk aktiviti lasak muslimah

      Delete
  2. Nampak selesa sangat tudung ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selesa sangat nani, kak ana dah pakai, tak bergerak sana sini ketika kita beriadah :)

      Delete
  3. nampak selesa ni ... nti leh risik2.. sbb lisa suka joging

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat lisa, jom shopping kay untuk aktiviti riadah kita sambil menjaga aurat dengan sempurna :)

      Delete
  4. bagus ada tudung macam ni...meudahkan untuk aktiviti lasak seperti bersenam bersukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ARZ, tak yah risau tudung terselak atau terangkat sebab material fabrik dia memang tak bergerak dengan mudah < in shaa allah

      Delete