Setiap kali tibanya Ramadan, menu yang paling diidamkan selepas solat Terawih ialah makan colek ayam. Pertama kali ana makan colek ayam ni dua tahun lepas, apabila jiran kami Man dan Ida ajak makan nun jauh ke Puchong sana.Bayangkan nak makan colek kami pergi lepas solat Terawih dalam pukul 10;30 malam dan sampai sana dalam masa sejam lebih. Pergi semata-mata nak makan colek ayam ni. Entrinya pernah ana kongsikan di SINI . Kalau korang tinggal di area Puchong sana nak makan colek boleh lah ke Warung Cikgu di sana.




Semalam, Adik Ika yang balik bercuti sempena Nuzul Al Quran ni, ayahnya dah janji nak bawa makan colek ayam.Sekarang ni kami tak perlu nak ke Puchong sana sebab selepas melihat di Facebook, Warung Kita di Sungai Buloh pun ada jual colek ni. Dekat juga lah dengan lokasi kami. Semalam lepas Terawih, dalam pukul 11:00 malam, kami pun sampai ke Warung Kita, Sungai Buloh ni dan menikmati colek yang sedap sangat tu. Warung Kita ni tempat makan popular dengan air kelapa baldi dan menu nasi Mmanggei nya selain bulan puasa.Pernah juga ana kongsikan kisahnya di SINI .




Makan Colek di Warung Kita, Sungai Buloh


Kalau korang nak ke sini, boleh sahaja ikut PLUS Hiway, keluar di exit Hospital Sungai Buloh dan trafik light depan hospital tu, belok kanan. Kemudian dalam beberapa meter di hadapan tu ada satu lagi trafik light depan sekolah tu, belok kanan sekali lagi dan jalan terus sahaja korang akan nampak Warung Kita ni di sebelah kanan jalan dekat simpang empat. Alaa susah sangat waze je Warung Kita, Sungai Buloh, sampai la..In Shaa Allah. 



Colek kat sini ada macam-macam pilihan, ada colek ayam, colek seafood macam sotong, udang, ketam, fishball, crab stick, paru, cucur tepung (depa panggil colek malas ) dan macam-macam lagi. Korang pilihlah nak makan yang mana, isi dalam pinggan dan nanti pekerjanya akan potong-potong dan isikan kuah colek,sayur dan keropok.Dapatkan bilnya dan pi bayar dan makannnn..







Bagi yang tak kenal makan colek ni, ia adalah bahan-bahan makanan seperti ayam, udang, sotong dan sebagainya yang di goreng garing dengan tepung, kemudian di satukan dalam sos colek yang manis. Ditaburkan keropok serta salad sebagai bahan sampingan. Bahan-bahan colek ni memang di goreng panas-panas di sini. Lebih kurang rojak juga la cuma sos nya yang unik dan ada pedas manis disitu. Cuba lah.





Ana sempat bertanya pada pekerjanya, sampai pukul berapa di buka untuk makan colek di bulan Ramadan ni? Dan menurut pekerjanya sehingga jam 1;30 atau 2 pagi mengikut jumlah pengunjung kedai. Jadi korang boleh je datang lepas solat Terawih nanti. 


16 Comments

  1. Replies
    1. hihi memei sedakk di makan panas-panas LZ :)

      Delete
  2. Sedapnyaaa!! Dekat je dengan rumah. Nanti siqah nak terjah sana gak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dah tu Siqah nak pii tapi colek ni ada bulan puasa je, lepas raya tak dak dah :)

      Delete
  3. Aduh...rasa sedap saja. Belum pernah jumpa kat tempat kak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak Mala, di goreng dan di makan panas-panas, yang win kuah colek dia tu :)

      Delete
  4. ooo nilah colek ayam ea.. Ingat Ayam kena culik.. Nampak sedap nanti nak cuba jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mummy, ejaan pun lain dah tuu hihi :)

      Delete
  5. macam kat kelantan dah. macam2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menu pantai timur selepas terawih kan Raihanah :)

      Delete
  6. Dekat dengan rumah SA tp x pernah singgah pun makan kat sini...sebab asal pergi je pnuh betul gerai ni

    ReplyDelete
  7. Tetibe meleleh air liur.. hehehe..
    Menarik nie..

    ReplyDelete
  8. Oh, ni macam kat kelantan. Sedap juga, makan ramai-ramai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Yati memang menu kelantan ni kan, kak ana pun diperkenalkan oleh jiran ore kelate' gak asalnya :)

      Delete