Amacam nampak gambar ayam percik ana tu? Nampak sedap tak? Memang sedap , I tell you.. Puas hati sangat dah boleh masak ayam percik sendiri kat rumah. Sebelum ni beli je kat pasar malam atau bazar Ramadan. Tapi sejak BFF ana, Ida Megat shared resepi dia buat ayam percik sendiri di rumahnya, memang tak beli dah lepas ni. Kita masak sendiri je di rumah..In Shaa Allah. Tak susah mana, cuma kita kena kreatifkan mengikut kesesuaian yang ada di rumah. 

Maksud ana, resepi yang sama, tapi kaedah memasaknya berbeza mengikut apa yang ada di rumah. Contohnya, ana bakar ayam percik ni di dalam oven sahaja, kerana ana tak ada pembakar arang tu. Tapi jangan la korang percik juga kat ayam tu dalam oven, mercik habis la oven korang, so kita tukar kan angkat dan celup. Kan mudah tu.. tak faham eh? Tak pe sat lagi ana cerita penuh, teknik ana masak ayam percik di dalam oven. Jom kita salin resepinya dahulu.

Resepi Ayam Percik


Bahan-bahan:

Ayam ( kalau nak sekor-sekor pun boleh, ana potong-potongkan dahulu supaya cepat masak )

Bahan blender 

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai

Gula
Cili blender/cili boh
Cili sos
Santan pekat 
Garam

Cara masak ayam percik :


~ Satukan bahan blender dengan cili giling, cili sos, gula dan santan di dalam periuk serta rasakan dengan garam.
~ Kacau di dalam periuk sehingga sebati dan mendidih.
~ Masukkan ayam.
~ Masakkan seketika sehingga ayam separuh masak.




~ Lebih kurang masak rendang juga lah kan. Kemudian bila dah separuh masak, asingkan ayam-ayam ke dalam bekas lain. 
~ Kuah percik, teruskan kacau sehingga pekat dan boleh dijadikan sos untuk makan bersama ayam yang di bakar.




~ Panaskan oven dan susun di dalam dulang serta bakarkannya pada suhu 200' dengan api atas bawah. Jika yang menggunakan pembakar arang, bakar seperti biasa di atas besi jaringan di atas bara. 





~ Bagi yang masak di dalam oven, bila dah separuh masa masak tu, angkat satu-satu dan celupkan semula ke dalam kuah percik dan sambung bakar semula. Kalau bakar di atas arang tu, percikkan sahaja kuah percik sambil membalik-balikkan ayam tadi.




~ Bolehlah jiruskan sos percik ke atas ayam bakar atau jadikan sos pencicah untuk di makan bersama.

~ Dan, siaplah sajian ayam percik versi www.anajingga.com. Kredit resepi dari Ida Megat, SZ Beauty Care, Bandar Baru Teluk Intan,Perak. 



6 Comments

  1. Yummy! Bulan puasa bulan masak makanan sedap2 =)

    ReplyDelete
  2. Bulan-bulan puasa nie, masak sendiri lagi puas makan kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha, kak ana ALHAMDULILLAH Ramadan kali ni 95% masak di rumah dari beli di bazar :)

      Delete
  3. Masak sendiri memang puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA, sedap dan kena dengan selera keluarga kita, Alhamdulillah :)

      Delete