Ini sebenarnya permintaan suami baru-baru ni untuk iftar dengan macaroi goreng simple ni. Suami sebelum ni makan macaroni goreng ni di satu event di pejabatnya. Pastu balik rumah tak puas makan katanya. Semasa sibuk buat persiapan Adik nak masuk kolej pun masih minta Adik masakkan macaroni goreng untuknya iftar.Dan kami beli bahan-bahannya di pasaraya dan terhidanglah menu simple macaroni goreng.

Resepi Macaroni Goreng Simple


Bahan-bahan :

Pasta Macaroni - rebus dalam air mendidih sehingga lembut.
Daging ayam cincang (mince chicken) - ikut suka tak ada pun okay jer
Sosej ayam
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling
Sawi - asingkan batang dan daunnya
Kobis - potong 
Cili potong
Minyak masak untuk menumis
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara masak macaroni goreng :


~ Tumiskan bawang merah dan bawang putih.Masukkan cili giling, biar masak seketika.
~ Masukkan daging ayam cincang, gaul sebati.
~ Masukkan sosej yang di potong nipis.
~ Masukkan batang sawi terlebih dahulu,kemudian diikuti daun sawi dan kobis.
~ Masukkan garam.
~ Pecahkan telur dan gaul sebati.
~ Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul sebati kesemua bahan.
~ Siap dah satu menu ringkas yang sesuai untuk sarapan dan apa juga sajian yang bersesuaian.


~ Selamat Mencuba ~



6 Comments

  1. Replies
    1. alaa Sha senang je ni, nanti buat kut2 Zaryth suka lak kan :)

      Delete
  2. Alamak.. Salah timing lak.. Tertengok gambar makan pula.. Hehehe..
    Nanti Sha nak cuba jugalah.. Save dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kay Sha, anak-anak suka la menu camni kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. boleh lah ANTYNID, menu kesukaan kanak-kanak kan :)

      Delete