Tiramisu, memang feveret sangat dan kalau ana ke mana-mana buffet di hotel atau coffee house mesti tiramisu lah yang di cari-cari. Sempena Ramadan ni, macam teringin sangat nak try homemade tiramisu di rumah. Pakat dengan Adik dan Kak Long, cari bahan dan kami mula lah meng Google resepi-resepi dan cara nak buat tiramisu ni. Last-last terhasillah our homemade tiramisu versi anajingga.com yang sempoi sangat. Macam selalu bahan-bahan yang ana gunakan ikut apa yang ada di pasaraya atau stok di rumah sahaja kan. Kita mix and match kan. Jom kita tengok hasil tiramisu dari kami tiga beranak ni.




Resepi Tiramisu 



Bahan-bahan untuk membuat tiramisu :


Whipping cream 
Cream Cheese
Esen Vanila
Gula Castor
Cheese cake atau Sponge kek pun boleh 
Segelas air dengan serbuk Nescafe (larutkan)
Serbuk koko

Cara-cara nak buat Tiramisu : 

1.Gunakan Whipping Cream dengan Cream Cheese dengan nisbah 1:1. Contohnya 200g Whipping Cream sama juga 200g Cream Cheese juga. Satukan kedua-dua bahan didalam mangkuk dan whisk kan sehingga sebati.Atau lebih mudah masukkan ke dalam blender dan blend sahaja.



2. Masukkan esen vanila dan gula, blend sebati.

3. Potong kek ikut saiz cawan. Rendamkan dalam bancuhan Nescafe tadi seketika dan masukkan ke dasar cawan atau gelas.




4. Tuangkan adunan Cream Cheese tadi ke atas lapisan kek berNescafe. 

5. Taburkan pula lapisan ke tiga dengan serbuk koko. Mudah gunakan ayak kecil supaya nampak sekata dan nipis. 

6. Ulangi proses ini sehingga ke permukaan atas cawan atau gelas. 





7. Dah siap tu,boleh lah sejukkan di dalam petisejuk. Tiramisu memang lah kena makan sejuk kan.




8. Dah sejuk, apa tunggu lagi ceduk dan makanlah tiramisu yang sedap dan enak di makan begitu sahaja. 






~Selamat mencuba~ 

10 Comments

  1. wow2 sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa. Banyaknya dalam peti ais tu. Nak satuuuuu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beratoq dalam peti ais,meh laa Lia hihi :)

      Delete
  3. wah kak ana...nak sikit hahaha

    buat sendiri memang puas..boleh makan banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memei puas ati, nanti ARZ lanjer cik puteri tiramisu tau..mesti dia suka sebab ada coklat hihi :)

      Delete
  4. Fuhhh sedapnya kak Ana. Buat sendiri lagi puas hati kan. Banyak pun iye jugak. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hari nak habiskannya nani, makan banyak jadi muak lak kan hihi :)

      Delete
  5. Pergh!! Mengancam betul tiramisunya..

    ReplyDelete