Apa Nak Buat Jika Talian TM Di Gantung Perkhidmatan

by - Saturday, July 15, 2017


Panik!! Pagi nak hantar advertorial links kepada client. bila on wifi ,tak boleh sambung dengan telifon. Modem semua okay kecuali button internet down. Macam selalulah angkat ganggang telifon talian tetap sekali ada robot bersuara ' talian TM anda di gantung perkhidmatan sementara, sila hubungi TM berdekatan' . Tu diaa!! kali pertama kena macam ni, dah lah minggu lepas kabel terbakar, ini talian pula di gantung. 

Dalam pada tu terus teringat bil TM, bil TM ana terima melalui email dan rasanya dah print dan suami dah ambil. Bila check balik...alamak!! Suami pi bayar bil Astro, terlupa bayar bil TM.Patut lah kena gantung. Makk aii sebulan je  lewat bayar dah kena gantung tau! Bukan banyak pun RM72 sahaja. Tak sampai beratus pun. Ermm kan main ko TM, berkira naa... Bukan tak nak bayar, selalunya dah bertahun tak pernah cuai tapi bulan ni kan bulan raya, bil pula kami terlambat nak print, jadi suami terlepas pandang nak bayar, jadi terlewat sikit.





Apa lagi, ana terus ke TM Point di Bandar Rawang dan bawa bil nak selesai kan nya. Bertanya pada adik manis kat kaunter TM.Dia pun check la kat sistem depa dan bagitau meminta kami membuat pembayaran segera minimun RM 104. Sebab dah terlebih tempuh katanya. Menurutnya lagi baki akan di tolak dalam bil akan datang sebagai rebate. Entah tak faham sangat maksudnya tu, yang pasti kami kena bayar jumlah yang dinyatakan walaupun yang terlewat bayar tu cuma RM72. 

Bayar je lah dulu, nanti kita tengok bil akan datang ada lebihan ke tidak, ye. Kami diminta membayarnya di mesin yang disediakan di tepi kaunter. Tak sempat nak ambil gambar mesin sebab ada orang tengah beratur nak bayar bil masing-masing. Sampai giliran ana, cubalah buat pertama kalinya menggunakan mesin TM bil ni. Jenuh juga nak cuba ni, rupanya kita cuma masukkan nombor telifon talian tetap kita, kemudian akan keluar arahan demi arahan sehingga selesai. Sekeping resit akan di keluarkan.

Bawa resit tu , pi balik kat adik manis TM di kaunter tadi. Dia pun key in sesuatu ke dalam sistem dan bagitau dalam masa 4 jam akan di sambungkan semula talian TM ke rumah kami. Dan Alhamdulillah, tak sampai 4 jam pun talian telah boleh digunakan semula. Moral of the story, jangan lewat bayar bil TM okay , nanti kena bayar minimum caj dan talian korang akan di gantung, bukan potong tau, depa gantung dulu. 

Bagi yang tercari-cari dimana lokasinya TM Point Rawang ni, ia terletak di hadapan Pejabat Pos Rawang, deretan RHB Bank berdekatan Mc Donald sana. Boleh nampak dari jalan utama tu. Alamat penuh dan waktu operasinya ana sertakan di bawah. 

TM Point Rawang
Lot 21, Jalan Maxwell 
48000 Rawang 
Fax No : 03-6091 8000

Business Hours :
Monday - Friday (9.00am - 5.30pm),
Saturday (9.00am - 1.00pm)
Sunday & Public Holidays (Closed)​

You May Also Like

4 comments

  1. Servis TM ni lihat kawasan

    Ada ok

    Ada juga tak ok

    Ana pun dah selesai pakai TM kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakad ni MA, banyak report juga yang pernah AJ buat dan Alhamdulillah tindakan segera mengatasinya.

      Delete
  2. part nak soh bayar depa memang laju jaaa Kak Ana.. yang lain2 huurm huuurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn , mana-mana pun sama jer :(

      Delete