Isteri.. Seorang Perempuan Gundik

by - Thursday, July 20, 2017


Image result for silhouette women picture

Perkahwinan adalah satu penyatuan cinta antara lelaki yang menggalas amanah menjadi imam membawa makmunnya seorang wanita yang menjadi suri istana impian insan. 
Kebahagiaan adalah anugerah dari sebuah pernikahan. Isteri tempatnya disisi suami, menjadi teman hidupnya sepanjang perjalanan riwayat kehidupan, 
menjadi kekuatan ketika ujian datang menyapa, menjadi teman gelak tawa disamping zuriat yang menjadi pengikat kasih sayang....

Namun wanita...
Bahagiakah dirimu jika statusmu sebagai seorang permaisuri hati sang suami dinafikan haknya.
Engkau dinikahi namun bukan untuk di iktiraf kedudukanmu di mata khalayak.
 Inilah yang dikatakan isteri....umpama seorang gundik. 
Gundik..satu nama yang dulunya di kalangan bangsawan, kini dalam dunia moden  masih wujud isteri dengan taraf gundik.

Kerana apa kau di gelar gundik...
kerana kau bukanlah yang pertama, kau bukan isteri 'official' di mata khalayak dunia suamimu. 
Pada suamimu, ada nama baik yang perlu dijaga,
ada hati yang perlu lebih diutamakannya,
ada prestij yang lebih di jaga,bimbang tercalar kerana adanya kamu wahai wanita kedua,ketiga dalam sebuah perkahwinan. 

Image result for silhouette women picture

Bahagiakah dikau wahai isteri, seorang gundik? 
Tak bisa untuk kau pamerkan kebahagiaanmu di mata umum. Ya, kau memang bahagia disisinya, segala keperluanmu di penuhi, segala kemewahan kau nikmati, kehidupan mu bagai dalam sangkar emas, mungkin inilah istilah bahagia padamu yang kau idamkan. 

Dan..kembali berbicara soal jodoh pertemuan, telah tertulis dia jodoh kamu..terima lah dengan hati yang redho. 
Namun karma tetap ada...kebahagiaanmu atas airmata wanita lain,bukanlah hakiki. Tak ramai yang berjaya hingga ke syurga idaman, ramai yang tewas di pertengahan jalan. 
Bertahan selagi termampu dan bila keegoaan, keangkuhan mu kian pudar atas nama bahagia yang dicari, kau akhirnya menyerah pada takdir yang juga telah tertulis...
berakhirnya sebuah ikatan...

Dari wanita buatmu wanita.. sekali seorang lelaki pernah mencurangi, mendustai cintanya, tak mustahil ia adalah percaturannya. 
Apa bezanya kau dengan yang pertama, sama-sama seorang wanita yang punyai kelebihan dan kekurangan yang sama. Hanya kerana kau masih baru padanya, kau dikagumi, kau di belai, dipamerkan sepenuh cinta kasih sayang.

Dan hidup ini, ibarat putaran roda, tak selamanya kau di atas, tak selamanya kau dipuja..pasti satu masa nanti, kedudukanmu akan jatuh ke bawah jua. Buat isteri yang bergelar gundik, bahagialah kau dengan istana ciptaanmu...


Image result for silhouette love picture

You May Also Like

4 comments

  1. T.T.......wanita bukan sekadar hiasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiasan dunia yang mana jika mendahulukan syariat boleh menjadi teman syurga kan Sha .

      Delete