JUS LUTOX DNARS - Kembalikan Tenaga Sepanjang Hari

by - Wednesday, July 05, 2017


Selama ni pernah dengar je tentang kebaikan dan khasiat Jus Lutox Dnars ni di ceritakan oleh rakan-rakan dan saudara mara yang pernah mendapat kebaikan darinya. Begitu juga menerusi pengiklanan di media massa semasa, teringin sangat nak mencuba nya sendiri. Bukan untuk ana seorang tetapi untuk suami yang sangat memerlukan tenaga tambahan. Kalau di fikirkan memang suami sangat perlu kepada supliment yang berkhasiat dan memberikan tenaga tambahan kerana setiap hari suami ke tempat kerja dengan pemanduan jarak jauh dari rumah.

Kesian sungguh melihatnya setiap hari, pergi balik dengan jarak lebih 60km menempuhi kesesakan lalu lintas, dan sebagainya. Sampai rumah kelihatan penat sangat dan bimbang fizikal yang penat ini boleh mendatangkan stress dan kesan tak elok pada kesihatan. Alhamdulillah, baru-baru ini ana diperkenalkan dengan minuman supliment Jus Lutox Dnars oleh seseorang. Dan ana hadiahkannya untuk suami mencuba sendiri dan selepas dua minggu menjadikannya rutin minuman harian, ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com, kesan yang sangat positif.





Jus Lutox Dnars 


Lebih teruja sangat kerana ketika suami ana mula minum Jus Lutox Dnars ni ketika pertengahan bulan Ramadan yang lalu. Minum sesudu Jus Lutox Dnars setiap waktu sahur dan biasanya suami ana akan terus berjaga hingga waktu Subuh dan terus bertolak ke tempat kerjanya di awal pagi. Lebih kurang dua minggu kami menjadikannya rutin dan testimoni dari suami sendiri,Alhamdulillah segar sepanjang pemanduan ke pejabat pergi dan balik. Hilang rasa mengantuk dan bertenaga sepanjang hari sehingga ke malam untuk sempurna kan solat Terawih sepanjang Ramadan yang lalu. Ana sendiri gembira melihat fizikal nya semakin bertenaga dan tidak letih lagi, jika tidak sampai sahaja ke rumah dalam jam 6:30 petang, terus tertidur di sofa sehingga hampir waktu iftar baru ana kejutkan. 




Tak habis kat situ, menjelang Hari Raya Aidil Fitri pula mengambil tempat, kami dah bersedia dari segi fizikal dan mental bahawa raya dan trafik jem berpisah tiada. Ana dan suami teruskan mengambil minuman organik Jus Lutox Dnars ni biarpun Ramadan telah berlalu. Ana juga perlukan tenaga berlebihan untuk berdiri tegap menyediakan makanan dan sambutan raya yang saban tahun tak pernah lekang dengan kunjungan tetamu hingga ke lewat malam di kampung halaman nanti. Bukan setakad masak, bab kemas rumah dan basuh pinggan paling lejen laa nak singsing lenggan di dapur tu, membantu mak dan adik. Bila minum Jus Lutox Dnars dari awal-awal ni, memang ringan sangat badan, mudahkan pergerakan di dapur.




Untuk suami, ana pastikan beliau minum Jus Lutox Dnarsnya sebelum memulakan perjalanan kami sepanjang musim raya yang lalu. Syukur sangat walaupun masih berpuasa ketika itu, perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Gopeng menempuhi jem yang ketat di lebuhraya PLUS laluan Slim River sehingga ke Gua Tempurung di utara, mengambil anak di Kolej terlebih dahulu sebelum kembali ke kampung halaman ana di Teluk Intan, suami masih boleh kekal bertenaga sehingga ke waktu Terawih. Dan selepas raya ke tiga, sekali lagi kami melalui perjalanan yang panjang sambil dijamu dengan jem teruk dari utara ke pantai timur pula, ziarah keluarga sebelah suami, masih kekal bertenaga walaupun beliau memandu secara solo.Alhamdulillah. Riang ria perjalanan balik kampung dengan Jus Lutox Dnars ana kongsikannya di bawah ni.. terima kasih Jus Lutox Dnars, menemani kami sepanjang raya kali ini.




Kesimpulannya, ana yakin sangat dengan keberkesanan Jus Lutox Dnars sebagai satu supliment untuk tenaga tambahan buat semua golongan. Bersesuailah dengan slogan mereka, 'Berdiri tegap dan bertenaga bersama Jus Lutox Dnars'. Jom ana kongsikan dengan pembaca semua serba sedikit info yang perlu diketahui tentang kebaikan Jus Lutox Dnars kepada kesihatan dalaman kita semua. Benda baik ini perlu di hebahkan kerana ia membawa manfaat buat insan-insan yang memerlukannya dan mudah-mudahan dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi selama ini, In Shaa Allah.




Kandungan Jus Lutox Dnars



Jus Lutox Dnars merupakan minuman botani campuran buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Minuman ini diformulasikan dengan 100% bahan-bahan segar berkhasiat dan kaya dengan nutrisi semula jadi, terdiri daripada air, kurma, madu, lemon, halia, pegaga, bayam, potassium sorbate, markisa, delima, garam bukit dan xanthan gum.  Ia juga mengandungi mineral penting lain seperti vitamin, tenaga, karbohidrat, lemak dan protein. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari, sesuai untuk seisi keluarga. Produk Minuman Jus Lutox Dnars tidak mengandungi kafein.

Produk Jus Lutox Dnars minuman makanan tambahan baik untuk tulang dan sendi, di samping meningkatkan kecergasan dan melancarkan darah dalam badan. Minuman tambahan ini tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan.  Pati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipilih mengandungi zat yang tinggi, baik untuk kesihatan badan.





Kebaikan Jus Lutox Dnars 

~ Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
~ Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
~ Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit.
~ Melancarkan peredaran darah.
~ Melancarkan proses penghadaman.
~ Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
~ Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
~ Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
~ Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
~ Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
~ Memelihara sistem saraf.
~ Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.



Seribu satu manfaat dalam sebotol Jus Lutox Dnars yang wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja yang memerlukannya. Kami sendiri telah pun mendapat khasiat dan manfaat darinya. Bukan sembang kosong tapi berkongsi dari pengalaman sebagai penggunanya. 

Cara penggunaan Jus Lutox Dnars 




Goncang sebelum digunakan.
Setelah dibuka, sila simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Minum 2 sudu besar semasa perut kosong sebelum makan pagi dan makan malam.


Jadi apa tunggu lagi, jom berikan minuman tenaga yang berkhasiat untuk tubuh badan anda. Jus Lutox Dnars mempunyai sijil HALAL dari JAKIM. Untuk keterangan lanjut dan testimoni hebat dari pengguna Jus Lutox Dnars, boleh sahaja layari ke mana-mana link yang ana berikan di bawah :

Laman web rasmi : http://www.lutox.com.my/

atau 


atau 

Whatsapp sahaja di : 

+6016 261 4435


 #JusLutoxDnars #JusLutox #Dnars #berdiritegapbertenaga

You May Also Like

6 comments

  1. Botol nmpak
    ringan . kalau kaca payah la nak bawak keluar . berat handbeg .

    hai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-

    Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .

    http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1

    ReplyDelete
  2. elok makan ni dah macam2 makan during raya heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sangat CT, kak ana dan suami dah rasa perbezaannya, Alhamdulillah

      Delete