Kerlipan Lampu Di Illumination Flowers Show Eco Sky

by - Wednesday, July 19, 2017

Dah beberapa minggu berlangsungnya Illumination Flowers Show di Eco Sky, Taman Wahyu, Jalan Ipoh ni. Memandangkan event ni hanya akan di adakan di setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja, dan kami pun masih dalam mood beraya, hanya pada hari terakhir pertunjukan Pesta Lampu Illumination Flowers Show kami berkesempatan ke sana. Itu pun kerana Kak Long yang beriya sangat pujuk ayahnya ke sana. Tak lah jauh sangat dari kediaman kami ni, cumanya malas nak meredah kesesakan trafik musim-musim raya ni kan.

Sebelum ini, kami sekadar melihat foto-foto kemeriahan Illumination Flowers Show ni di Instagram dan FB, itupun kerana dahulunya lokasi pameran di Eco Majestic Semenyih, (entrinya di SINI )yang sempat juga kami lawati beberapa bulan yang lalu, tapi di waktu siang sahaja sedangkan pesta lampu led berwarna warni ni lebih meriah di waktu malam. Bila ada dibuat di lokasi yang tak jauh dari tempat tinggal, ayahnya tunaikan juga lah ajakan Kak Long untuk ke sana. Pameran ini telah pun berakhir namun ana ingin kongsikan juga kemeriahannya buat tatapan pembaca www.anajingga.com. Jom !!




 Illumination Flowers Show Di Eco Sky 



Kalau korang nak tahu kat mana lokasi Eco Sky ni, ia terletak di Taman Wahyu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Atau alamat tepatnya di  Lot 3972 & 4189, Jalan Ipoh, Batu 6 1/2, Wilayah Persekutuan, Taman Wahyu, 68100 Kuala Lumpur. Kalau nak landmark yang senang, betul-betul bersebelahan Tesco, Selayang sana tu..kan senang nak bayangkan lokasinya. 

Memang cantik lah dekorasi taman di hiasi lampu led berwarna warni dengan tema taman romantis gitu. Kalau guna kamera mahal lagi lah dapat hasil gambar yang lebih cantik kan. Sakan juga Kak Long bergambar disini walaupun agak mencabar kerana memang ramai orang di sekitar untuk bergambar juga tanpa mengira bangsa dan usia. Ana kongsikan disini beberapa foto yang sempat ana rakamkan untuk korang semua. Layannnn!!














Okay lah, nanti kalau ada lagi pameran Illumination Flowers Show di mana-mana lokasi anjuran Eco ni korang boleh lah kunjungi dan berswafoto sakan. Event ini PERCUMA sahaja dan parkir pun free cuma agak sukar lah kerana memang ramai pengunjungnya. Kami pun malam tu parkir di Tesco dan berjalan kaki sedikit untuk ke lokasi di Eco Sky ni. Memang meriah dan cantik-cantik dekorasi lampu led nya.Ana belanja lah sekeping foto ana di sini malam itu khas buat pengunjung setia www.anajingga.com tersayang.



You May Also Like

4 comments