Kudapan Sedap Kacang Kuda

by - Monday, July 24, 2017

Kenal tak kacang kuda ? Kacang kuda ni ada yang goreng salut dengan garam dan paling sedap sebagai kudapan kalau ana lah kan, kacang kuda rebus. Bila dah start makan payah nak stop. Sedap..lemak manis je rasa nya. Kalau di Teluk Intan, kacang rebus biasanya kacang tanah yang gemoks gemoks tu, tapi yang ini kacang rebus juga cuma ia dari kacang kuda. Dua-dua pun feveret ana sangat. 



Cara merebus kacang kuda 

Kacang kuda ni agak lambat juga untuk empuk bila kita merebusnya. Bagi yang ada pressure cooker tak jadi masalah sangat. Walau bagaimana kacang kuda ni perlu di rendam semalaman terlebih dahulu sebelum merebusnya. Masukkan garam untuk menambah rasa.

Bagi yang menggemari rasa pedas, boleh sahaja hiriskan bawang dan cili kering. Tumis daun kari dan masukkan potongan cili kering dan bawang sebagai penambah perisa. Toskan minyaknya dan gaul kan bersama kacang kuda yang telah direbus dan rasakan dengan garam. Tapi ana pula suka makan kacang kuda rebus yang plain sahaja. Ikutlah citarasa masing-masing kan.

Dan kalau malas nak cepat di makan beli je kat pasar malam, sebungkus RM2 bawa balik hadap. Kan senang... 

You May Also Like

16 comments

  1. suka juga ni kalau makan ralit jadinya.. yang plain pun sodap yang pedas pun sodap hihi semuapun sodap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar puan AJ. Salam pagi isnin yang indah

    Masak kacang kuda pakai pressure cooker baru cepat masak ya?

    Maznee dapat tips masak pakai rice cooker saja

    Sebab daging pun boleh lembut dengan mudah pakai rice cooker tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Oo boleh ye guna rice cooker..good tips juga ni Mazni :)

      Delete
  3. duduk depan tv sambil makan kacang kuda ni, memang layan. hehehehhe

    ReplyDelete
  4. Sukaa jugak makan kacang ni. Sedaap!

    ReplyDelete
  5. Sedap maoan kacang kuda yang dah direbus ni . Kadang kalau rajin buatkan sambal merah salut dengan kacang kuda

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo sedap gak ye CCL disambalkan :) baru tahu

      Delete
  6. ralit ni kalau nyembang...tgk tv kunyah2 nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunyah tak boleh stop kan Sha hihi :)

      Delete
  7. assalamualaikum ana...wah !! sedap kacang rebus ni...mkn sambil menonton tv syoknya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, kann memang sedap sebagai kudapan :)

      Delete