MINYAK YU YEE CAP LIMAU HALAL DAN DIPERCAYAI TURUN TEMURUN

by - Friday, July 28, 2017

Sebut sahaja Minyak Yu Yee Cap Limau, ana pasti semua orang mengenali dan pernah memperakui keberkesanan khasiatnya dalam merawat masalah kembung perut bayi dan kanak-kanak. Tidak setakad itu sahaja, ia juga sebagai penawar sakit kepala, migrain, sakit perut dan berkaitan dengannya dan yang paling bagus sekali pada ana sekeluarga ialah ia dapat mengatasi masalah period pain atau senggugut.



Minyak Yu Yee Cap Limau Halal 

Tidak berapa lama dahulu kecoh netizen mempertikaikan sama ada Minyak Yu Yee Cap Limau ni Halal atau tidak ? Biasa lah berita tak sahih ni menjadi viral di laman-laman media sosial dan applikasi whatsapp. Hanya kerana satu tokeh  bercerita tanpa bukti, masing-masing berlumba nak jadi yang pertama meyampaikan berita dan menjatuhkan hukum tanpa bukti. Namun pihak pengeluar Minyak Yu Yee Cap Limau tidak cepat melatah malah mengambil langkah pro aktif dengan menghantar sample bahan untuk di uji oleh pihak berwajib. Dan hasilnya... ia mendapat sijil dan logo HALAL dari JAKIM



“Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman sesawang www.halal.gov.my,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.( Sumber: mynewshub). Lega kan , bila kita dah mendapatkan kesahihan dari pihak yang bertanggung-jawab dalam isu-isu sensetif seperti ini. Bukan apa, Minyak Yu Yee Cap Limau ni telah lama dipercayai sejak berpuluh tahun yang lalu,malah khasiatnya yang pelbagai tu memang telah terbukti. Ana ingat lagi arwah mak saudara ana sejak berpuluh tahun lalu telah menggunakannya untuk sapuan pada perut bayi selepas mandi.Dan bukan setakad itu, pelbagai kebaikannya yang terbukti dapat menjadi penawar untuk kegunaan luaran.

Khasiat Minyak Yu Yee Cap Limau 

Ana sendiri telah menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk pelbagai testimoni pada diri sendiri sebelum berani menulis review ini. Ini yang dinamakan review dari pengalaman sendiri. Ana senarai disini beberapa kebaikan dan khasiat Minyak Yu Yee Cap Limau sebagai rawatan tradisional persedian herba untuk kegunaan luaran. 

Melegakan sakit pinggan dan sendi badan :


Berkebun ni salah satu hobi ana di masa terluang bersama suami. Walaupun tak lah besar mana kebunnya, kami gemar menanam pelbagai pokok di belakang rumah dan juga di dalam pasu. Atas faktor usia, bila banyak bergerak, mencangkul, membaja, mengangkat pasu dan sebagainya sakit pinggang mula menyerang. Suami pula selalu terkena sakit sendi, kami menyapukan Minyak Yu Yee Cap Limau dan selang beberapa minit, Alhamdulillah meresap rasa panas dan lega sakit pinggang dan sendi yang di alami. 

Menyegarkan badan ketika cuaca hujan :



Ada ketikanya, cuaca di tempat kita ni tak menentu kan, tak macam dahulu cuaca bermusim, sekarang ni kalau hujan sepanjang hari hujan, kalau panas pula membahang sampai ke lewat malam. Bila hujan dan tidur pula dalam bilik berhawa dingin, mula lah sakit sengal-sengal pada tulang belakang. Ana cuba menyapukan Minyak Yu Yee Cap Limau sebelum tidur di bahagian tapak kaki dan pakai stokin. In Shaa Allah, tidur nyenyak sepanjang malam dan bangun pagi penuh kesegaran.

Menyegarkan diri ketika belajar :


Selain anak kucing kesayangan anak-anak si Spend, anak-anak ana mengulang-kaji pelajaran hingga lewat malam di temani Minyak Yu Yee Cap Limau. Malah yang menuntut di IPTA pun, ana bekalkan Minyak Yu Yee Cap Limau supaya dapat melegakan mereka ketika belajar. Ini kerana bauannya yang segar dapat menghilang rasa mengantuk dan sentiasa segar. 

Menyegarkan pemanduan sepanjang jalan :


Sekarang ni, ana pastikan membawa Minyak Yu Yee Cap Limau setiap kali kami memandu keluar bandar. Nak-nak lagi ketika perjalanan jarak-jauh. Seperti yang ana nyatakan di atas tadi, ia dapat menghilangkan rasa mengantuk sepanjang perjalanan yang panjang, menyegarkan diri dan jika tiba-tiba berasa sakit leher kerana terlalu fokus pada pemanduan, sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau di belakang lehar , In Shaa Allah akan berasa ringan sedikit. 

Sebagai penawar kembung perut pada bayi:


Bayi comel ini ialah Aqil, anak buah ana. Setiap kali selepas mandi, ibunya akan menyapukan Minyak Yu Yee Cap Limau pada perut dan tapak kakinya. Inilah antara amalan tradisional yang kami lakukan sejak dari dahulu lagi, boleh dikatakan amalan turun temurun dari genarasi ke genarasi. Ana yakin ramai ibu-ibu di luar sana pun akan melakukan perkara yang sama kerana ia terbukti berkesan untuk mengelakkan masalah kembung perut pada bayi dan kanak-kanak. 

Itulah antara beberapa kebaikan dari pengalaman ana sendiri menggunakan sendiri Minyak Yu Yee Cap Limau sejak berpuluh tahun yang lalu. Khasiatnya terbukti berkesan sebagai persediaan herba dan sesuai untuk kegunaan luaran. Pastikan setiap rumah memiliki sebotol Minyak Yu Yee Cap Limau dan bawa di dalam beg tangan ke mana sahaja. Manalah tahu, bila kita memerlukannya nanti kan.Jangan bawa alat solek sahaja, Minyak Yu Yee Cap Limau pun kena ada dalam handbag korang tau.

.

Jadi setelah kita sendiri meyakini khasiat Minyak Yu Yee Cap Limau ni, dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai ubat atau pasaraya di sekitar tanah air. Ana pasti mudah untuk mendapatkannya di pasaran. Minyak Yu Yee Cap Limau dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd dan harganya bermula serendah RM 9 dan terdapat dalam beberapa saiz.

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau


Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi :  

 peppermint oil..................36.0 % w/v
 Clove Oil............................2.6 % w/v
 Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v

Light Liquid Paraffin..........q.s 100%

Untuk keterangan lanjut boleh sahaja ke Facebook : www.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau

You May Also Like

8 comments

  1. elok minyak cap yu yee ni, cepat hilang kalu budak kembung perut

    ReplyDelete
  2. Sha memang suka minyak nie.. dahlah bau dia wangi je..

    ReplyDelete
  3. Minyak Yu Yee memang pilihan SA dan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah SA, memang dipercayai ramai kan sejak dahulu lagi :)

      Delete
  4. sampai sekarang masih gunakan minyak yu yee ni. ANak-anak pun suka baunya.

    ReplyDelete