Payahnya Nak Makan Kerang Sekarang Ni

by - Wednesday, July 12, 2017


Kerang rebus, kerang bakar..walllaaaa sedappp sangat kan. Memang feveret ana sangat dari kecil lagi, suka sangat makan kerang. Kalau masukkan dalam kuewtiaw goreng, dalam kuah mee kari pun ya amatlah sedapnya. Tapi sekarang ni kalau mengidam nak makan kerang pun makin payah dah nak dapat makan dengan puas. Ada dua sebab, satunya harga kerang sekarang teramatlah mahal. Bukan tak mampu nak beli, tapi macam tak berbaloi nak makan ramai-ramai dalam kuantiti yang ramai. Sekarang ni kalau di kedai runcit di sekitar taman kediaman ana, sekilo kerang berharga antara RM10 hingga RM12. 

Kerang ni macam durian lah kan, bila jual mahal sekilo, yang beratnya kulit kerang tu sahaja dah 2/3 kilo, bukan isinya pun. Tambah kecewa pula bila kerang yang dijual tu bersaiz kecil-kecil. Lagilah tak berbaloi nak membelinya. Bila dah di kupas, alahai halus letus je rasa kerang pun tak dapat dinikmati sepenuhnya. Dilema kan, nak menikmati kelazatan kerang sekarang ni. Sekarang ni nak jumpa kerang dalam mee kari atau nasi lemakrendang kerang pun dah payah dah kan. 




Berbeza situasi nya dengan sepuluh tahun dahulu. Kerang murah sangat sekilo dalam RM1.50 atau RM2 sahaja masa tu.Dulu kalau suami sepupu ana yang datang dari Sarawak, pasti borong beli kerang sampai sepuluh kilo dari Semenanjung ni. Di rebusnya, kupas masuk dalam petisejuk dan di bawa balik ke Sarawak sana sebab menurut mak mertua sepupu ana, di Sarawak memang mahal kerang, susah nak dapat.Tapi sekarang di sini pun dah makin sukar nak makan kerang.


Baru-baru ni, ana ternampaklah kerang yang besar-besar, gemoks-gemoks di kedai runcit. Harganya RM10 sekilo, ana minta setengah kilo je lah. Bawa balik ana rebus je kerang gemoks tu. Rebus kerang nak sedap letakkan serai dan bawang merah sikit. Petua nak bagi kerang rebus tak kecut isinya, ana akan didihkan dahulu air dalam periuk. Dah didih, tutupkan api, baru masukkan kerang yang dah dibersihkan. Biar dalam 15 minit baru angkat dan bolehlah di makan.In Shaa Allah, isinya tak kecut mengecil. 

Kerang bakar atau kerang rebus ni sedap dimakan dengan air asam kicap. Tak pun kalau payah sangat cicah dengan Thai sos, memang win sangatlah. Alhamdulillah puas hati dapat makan kerang rebus tengahari tu. Isinya besar-besar.

You May Also Like

13 comments

  1. lamanya tak makan kerang...dulu2 selalu order kerang bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Suki, baru-baru ni order kerang bakar sepinggan rm10 tu :(

      Delete
  2. Yummy .CCL salah sorang feveret seafood jugak , kerang ni selalu bakar cicah bersama air asam pun dah sedap .kalau rajin sikit buat masak sambal kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy sambal kerang, kak ana suka rendang kerang gak CCL :)

      Delete
  3. memang mahal kan..! terkejut tengok harga kerang di pasar tani. :(

    dan setiap kali tengok kerang mesti teringat arwah mak mertua Ain. Semasa hayatnya setiap kali hari raya Aidilfitri atau Aidiladha, mesti arwah buat rendang kerang. Sedap yang amaaaatt..!! Makan ratah gitu je pun sedap. Teringat-ingat betul rendang kerang arwah.. huhuhuhuuu..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, memang sedap Ain rendang kerang, sekarang ni nak makan nasi lemak rendang kerang pun payah dah :(

      Delete
  4. Ohh gtu ke petuanya kana tak nak isi kerang kecut,, sempat masak ke.. jarang dah makan kerang ni huu rebus pun macam x ingat dah,., haa.. last buat kukus kerang tu..

    Bergantung atas faktor persekitaran kot kana.. habitat kerang pun camner dah sekarang.. zaman sekarang x macam zaman dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak wani, in shaa allah. kalau rebus sekali dengan air nanti isi dia kecuttak best dah hihi :)

      Delete
  5. Sekarang semuanya pun dah Mahal huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah keadaannya,nak merungut pun kena gak hadapinya kan.. :(

      Delete
  6. memang sukar nak dapat kerang sekarang ni. Tempat kak yang keliling laut ni pun ambil kerang luar juga. Baru2 ni buat kuteow kerang tapi terpaksa beli kerang isi saja sebab yang fresh tak ada.

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. terliur... MZ suka kerang.. semua jenis kerang lah.... walaupun kena air kerang rebus nanti jari gatal2, tak kisahhh.. janji sedap

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhh kerangggg....sedapnya...=)

    ReplyDelete