Raya Bersama Sahabat Kesayangan

by - Sunday, July 16, 2017

Terima whatsapp dari salah seorang bff ana tengahari tu, nak datang beraya ke rumah. Happy bukan main, Tuhan je yang tahu. Ana ni memang ramai sangat sahabat kesayangan. Tapi biasalah dalam ramai tu mesti ada yang paling best friend kan, dan yang bestnya sebab kami ni berkawan dari darjah satu lagi. Lama tuu dah hampir 30 tahun lebih, walaupun terpisah dek aliran waktu, namun kini bertaut semula ukhuwah antara kami. Syukur Alhamdulillah...masih diizinkanNya untuk kami meneruskan silaturrahim ini.


Sebelum ini, pernah ana kongsikan kebahagiaan sangat bila salah seorang bff datang singgah ke rumah ana di SINI dan kami ni bertiga memang rapat sangat dari zaman sekolah rendah lagi. Ana, Nie dan Ida. Masing-masing dah ada komitmen hidup sendiri tapi jalinan persahabatan masih cuba kami kekalkan hingga ke akhir hayat, In Shaa Allah. Dan Sabtu lepas, masih dalam mood raya, Ida pula singgah beraya ke teratak kami. 





Inilah dia seorang lagi bff ana,Ida Megat . Cantik sangat kan..kami ni nama penuh dua-dua pun Siti. Dari sekolah lagi memang kawan-kawan panggil Siti dah macam kembar je. Disebabkan Ida, whatsapp tengahari tu dan nak datang lepas Asar katanya, yang sempat ana sajikan sebagai juadah buat tetamu istimewa ni sekadar kuew teow goreng. Nak mem baking kek pun tak dan kata orang Perak. 


Dan budak Ida ni kalau korang nak tahu memang antu makan cili api. Jadi awal-awal ana dah siapkan cili api potong untuk kudapannya. Dia kalau makan tak sah tak ada cili api, boleh di kunyah je cili api tu, gerammmmm je tau..



Ida datang bersama anak-anaknya Hanis dan Amin serta kakak dan abang iparnya. Ana tahu sangat memang jem sesak nak datang ke BCH ni time-time raya macam ni. Depa sampai betul-betul dah masuk waktu Maghrib jadi kami naik solat dahulu pastu baru makan dan berbual sakan. Seronok layan Amin dan Hanis makan juadah yang ada, kelakar anak-anak soleh solehah ni melayan geng mak-maknya berswafoto bagai. 



Apapun terima kasih sahabat kesayangan sudi singgah ke teratak kami. Maaf atas segala kekurangan dan semoga ukhuwah dan kasih sayang antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat..Aamiin. Dapat juga melepas rindu bila bersua mesra sebegini. Syukur sangat di atas kesempatan yang diberikanNya. Sayang ko Ida 💓💓


You May Also Like

2 comments

  1. dapnye kuey teow goreng.. kalo kita singgah lepas raya dapat tak kuey teow goreng ? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Ct ,zoom kat kuey teow je ye :)

      Delete