Seni Jahitan Sulaman Bunga Riben di Kusyen Yang Sangat Cantik

by - Saturday, July 22, 2017

Teramatlah meminati melihat seni hiasan dekorasi ruang dengan kusyen jahitan bunga riben ni. Ada juga yang menjahitnya pada alas meja dan sebagainya. Mengidam sangat untuk memilikinya sendiri. Nak menjahit sendiri tu tak berani nak janji sangat lah kan. Dulu memang ana rajin melakukan hobi jahitan di pada kain alas meja atau di kampung kami panggil kain 'sepera'. Tapi kian lama kian pupus dah minat jahit menjahit ni. Selain itu, dulu ana juga peminat seni jahitan silang pangkah atau cross-stitch. Tapi itu pun dah tumpul skill dah dek di makan usia dan kemalasan yang melanda jiwa raga. 

Baru-baru ni, muncul di news feed FB satu perkongsian dari page Tasarim Emeklerim yang memaparkan beberapa keping foto corak design cantik-cantik hasil sulaman jahitan riben pada kusyen dan ana kongsikan semula di sini untuk tatapan semua. Mana tahu mungkin ada yang tercari-cari idea corak atau design untuk menghasilkan jahitan sulaman riben pada kusyen kan.. semoga bermanfaat..In Shaa Allah.


Corak Sulaman Jahitan Riben Pada Kusyen




















Amazing sangat kan... bila lah ana nak memiliki sendiri corak-corak jahitan sulaman kusyen yang secantik semua ni... Korang juga boleh lihat sendiri tutorial bagaimana cara menjahit sulaman riben pada kusyen ini di https://www.facebook.com/1850946538478690/videos/1870749839831693/ 


Credit photo to owner & FB Page Tasarim Emeklerim .

You May Also Like

2 comments

  1. uuish cantiknya. kena orang teliti and rajin ni nak buat..

    ReplyDelete