APA ISTIMEWANYA PERSONALIZED GIFT DARI PRINTCIOUS.COM ?

by - Friday, August 04, 2017

Printcious lagii?? Mesti korang pelik kan, kenapa lah ana ni suka sangat bercerita tentang PRINTCIOUS.COM ni ?Apa yang best sangat asyik-asyik nak share pasal PRINTCIOUS.COM dengan pembaca www.anajingga.com ? Senang je jawapan dia, benda yang baik, benda yang bagus mesti kita nak share bersama kan.. Supaya bukan kita seorang sahaja yang boleh memperolehi kebaikannya tetapi ramai lagi orang di luar sana boleh dapat manfaatnya. Seperti kata pepatah lah kan 'Sharing is caring'..

Korang ingat tak beberapa hari lepas, ana ada kongsikan tentang di mana nak beli hadiah yang special custom made atau personalized gift dari rekaan korang sendiri untuk insan-insan yang tersayang sempena hari istimewa mereka ? Kalau lupa korang boleh baca semula di SINI . Ana bukan sahaja cerita kosong tau, tapi kali ini, ana nak kongsi sekali lagi dengan korang pengalaman ana kali ke empat dah membeli hadiah di PRINTCIOUS.COM . Kali ini, ana order personalized gift untuk Adik Ika kerana dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke IPTA. Dan... tadaaaa!!! Hadiah yang ditempah khas ni dah pun sampai ke tangan ana. 



Sangat Puas Hati Dengan Tempahan Hadiah di Printcious.com

Mesti korang nak tahu kan apakah personalized gift yang ana tempah khas untuk Adik Ika ni?Ia nya ialah sebuah Tote Bag dan Button Badge yang tercetak hasil lukisan kesayangan Adik Ika. Tote Bag ni nanti bolehlah digunakannya untuk ke kelas dan dilekatkan Button Badge sebagai penambah aksesori pada beg tu. Menarik kan? Korang juga boleh sahaja cetakkan gambar potret insan tersayang dan buatkan coretan untuknya.


Sweet tak?Ini idea ana untuk Adik Ika, korang boleh sahaja buat apa sahaja mengikut idea kreatif masing-masing. Bukan setakad Tote Bag, Button Badge sahaja, malahan ada pelbagai lagi pilihan produk yang ada di PRINTCIOUS.COM .Sampai berjam nak buat pilihan tapi tak lah susah pun, online sahaja kan, sambil lepak atas katil pun korang boleh design dan order.




Ini pula coretan di bahagian belakang Tote Bag tu, khas buat Adik Ika. Tote Bag ni kita boleh design di kedua-dua belah depan dan belakang mengikut kreativiti masing. Button Badge tu pun besar tau saiz nya. Ana jadikannya sebagai koleksi peribadi Adik Ika, ini kerana pada hari lahirnya tahun lepas, ana menghadiahkannya sebuah kusyen yang juga ana tempah di PRINTCIOUS.COM . Kusyen ini juga dicetakkan gambar lukisan yang sama. Jadi bertambah lah koleksi lukisannya dan Adik Ika sangat suka dengan koleksi hadiahnya ini. 




Kenapa Personalized Gift dari Printcious.com harus jadi pilihan ramai?

Oleh kerana ana sangat berpuas hati dengan servis dari tempahan Personalized Gift dari PRINTCIOUS.COM ,ana nak berikan kredit dalam bentuk testimoni dari pengalaman ana sendiri.  

Pertamanya, kualiti produk yang kita dapat dari PRINTCIOUS.COM amatlah berkualiti tinggi. Sebelum ini ana pernah membeli custom made kusyen dan mug sebagai hadiah, kedua-dua produk ini mempunyai kualiti yang baik. Kusyen sampai hari ini masih elok jahitannya, masih gebu dan kualiti cetakannya juga masih cantik. Begitu juga dengan mug, cetakan gambarnya masih jelas dan tidak pudar biarpun telah di basuh beberapa kali. Untuk Tote Bag dan Button Badge ni, kualiti kainnya juga tebal dan cantik cetakannya. I like !!!


Kedua, tempahan dan penghantaran yang efisyen dan cepat. Sebagai buktinya ana, sertakan disini kiriman email tempahan yang ana buat pada 30hb July 2017, pada hari cuti iaitu hari Ahad. Dan korang tengok pula bila ana menerima parcel kiriman dari PRINTCIOUS.COM  .


Dan..tu diaaa!! Pada 1hb Ogos 2017 ana menerima email di atas dan selang beberapa jam, krew Ninja Van sampai di depan rumah menghantar parcel. Haha..siap bukti lagi tu untuk menyakinkan korang bahawa tempahan hadiah di PRINTCIOUS.COM  adalah berkuali dan pantas. Dalam masa dua ke tiga hari sahaja dah sampai ke tangan dan korang bolehlah berikan kepada yang tersayang dengan segera kan. Dan mereka juga akan update kita setiap masa sehingga lah produk sampai ke tangan. Sangat efisyen. 



Dan yang ketiga, kiriman dari PRINTCIOUS.COM ni didatangkan dalam kotak siap-siap. Korang tak perlu nak cari kotak nak balut semua tu, nak cun lagi ikat je dengan riben dah boleh dijadikan hadiah terus. Malahan korang boleh sahaja kirimkan terus ke alamat si penerima ketika mengisi alamat ketika membuat tempahan tu,kan senang. 

Ermm..best kan dan ana pasti ia satu idea yang menarik ana kongsikan dengan korang dari pengalaman ana sendiri membuat tempahan Personalized Gift di PRINTCIOUS.COM . Bagaimana cara untuk menempah dan berapa harga, apakah produk yang ditawarkan dan pelbagai infomasi korang boleh sahaja layari terus ke www.printcious.com/my .



Sesuai dengan motto mereka PRINTCIOUS ~ PRECIOUS GIFTS FROM HEART



Twitter : @printcious

Instagram : @printcious


Youtube : printcious-gifts

Email : ask@printcious.com

Alamat : 
No. 30, Ground Floor, Jalan Tiara 4,
Bandar Baru Klang, 41150 Klang,
Selangor D.E, Malaysia.

You May Also Like

6 comments

  1. bestnyaaa Kak Ana.. bila ada orang nak buat cenggini untuk CT plak huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi buat sendiri je CT murah-murah di printcious.com/my ni :)

      Delete
  2. Bagusnya... Byk pilihan dan blh buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Fara, boleh letak gambar Aimi comel tu :)

      Delete