Apa yang perlu dilakukan jika dicakar kucing

by - Sunday, August 13, 2017

Sebelum ini pernah ana kongsikan detik sedih bila Spenda mati di atas ribaan ana dan kisahnya di SINI .Sedang berusaha memberikannya vitamin ke mulut, Spenda meronta dan satu cakaran terkena pada lengan kanan ana.Bukan pertama kali dicakar kucing, dah banyak kali dah pun tapi tak jadi satu masalah pun pada ana, Alhamdulillah. Nak-nak lagi ketika memandikan anak-anak bulus yang ada di rumah ni, calar balar tu dah biasa dah pada ana dan anak-anak. 


Cuma kali ini, cakaran Spenda ketika dia sedang nazak,sakit dan lukanya agak dalam juga pada pergelangan tangan ana. Bimbang juga akan mendatangkan kesan sampingan dari sudut kesihatan pada ana nanti, mana lah tahu kan, mungkin ada kuman pada kukunya yang boleh menyebabkan ana dijangkiti kerana luka nya agak dalam. Kalau sebelum ini, ana cuma bersihkan kesan cakaran dengan sabun dan sapu minyak gamat, esoknya dah pulih je kesan cakaran. Kali ini, Kak Long terus mengajak ana ke klinik untuk dapatkan rawatan dari doktor.

Gambar dari Google Image

Selepas sahaja selesai menguruskan Spenda yang dah tak bernyawa, ana bersihkan terus luka dengan cucian Dettol Handwash yang kebetulan berada di bilik mandi. Cuci pada luka bersih-bersih dan keringkan. Kemudian ana ke klinik dan beritahu pada doktor ana terkena cakar kucing. Doktor memeriksa luka dan mengarahkan jururawat mencuci sekali lagi luka di lengan ana. Pedih juga rasa pada kulit, maklumlah luka tu dalam kan. 

Selepas dicuci, ana diberikan satu suntikan pada bahagian lengan. Sakit ooo, maklumlah dah lama tak kena injection bagai kan. Selesai, ana dibekalkan beberapa jenis ubat untuk di sapu, antibiotik untuk dihabiskan dan doktor turut membekalkan ubat tahan sakit dan berpesan sekiranya ana demam selepas ini segera kembali ke klinik untuk mendapat rawatan susulan. Doktor bimbang jika ada kesan dari jangkitan kuman pada tangan.

Dan Alhamdulillah, biarpun kesan parutnya masih ada di lengan ana,namun tiada yang serius pada kesihatan. Sebagai peringatan untuk kita semua yang sayangkan haiwan ni, walaupun tak lah teruk mana lukanya, apa yang perlu dilakukan bila dicakar kucing ialah, bersihkan dahulu bahagian yang terkena dan sebaik-baiknya dapatkan rawatan ke klinik untuk langkah pencegahan. Doktor biasanya akan memberikan kita suntikan antibiotik sahaja. 

You May Also Like

16 comments

  1. dulu pernah kena cakar sampai bengkak, bila pergi dekat doktor dia tak tahu pun nak buat apa :(

    p/s : Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kenapa doc tu tak bagi antibiotik, apapun tiada yang serius kan Farhana..terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  2. Namanya spenda? Hihi. Nanti kan sapu dengan krim herbal blend

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Haah CikKyra, tapi Spenda dah tak ada :(

      Delete
  3. Betul kak..langkah berjaga-jagakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PC, sebab dia sakit dan lukanya dalam juga, kalau biasa2 kak ana tak kisah sangat kan .

      Delete
  4. Masa kecil pernah kena gigit kucing di betis. Rasa sengal di urat terasa bertahun sampai meningkat remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Kak Mala, ye ke? bisa agaknya kan.

      Delete
  5. cik timm pun selalu jugak kena dgn anak2 bulus ni..huhu..main tu nk ksar jer..tapi blum pernah smpai ke klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Cik Timm, kak ana pun kalau cakar-cakar manja tu tak jadi hal sangat, berbalau dah kaki tangan tapi hat ni sebab dia sakit dan luka pun agak dalam jadi kak ana terpaksa ambil langkah berwaspada kan.

      Delete
  6. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis ana jingga

    Ana peluk kucing tu masa dia nazak ya

    Sayang sungguh pada haiwan ya

    Terima kasih atas tips tu

    Selama ni kena cakap kucing dah banyak kali

    Masih pakai minyak gamat

    Alhamdulillah

    ELok

    Tak pernah pergi klinik lagi. Tapi kalau dah dalam luka tu

    Elok pergi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, betul tu selalu sapu minyak gamat je, namun bila fikir keadaan dia tgh sakit dan luka yang agak dalam kena jugalah ke klinik takut ada jangkitan kan.

      Delete
  7. lama tak kena cakar kucing...cakar anak kucing paling best...dan gigitannya...

    tapi nak bela kucing yang agak malas. Nak uruskan bulu dan juga satu tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul arz, banyak perkara perlu kita ambil berat jika nak membela anak kucing ni.

      Delete
  8. Sha paling seram part nie.. Hehehe.. Memang tak berani sangat dengan kucing.. Setakat usap-usap je.. Risau kena cakar.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakar biasa2 tu okay je sha dah selalu kena dengan kak ana :)

      Delete