Apabila anak stress dalam pelajaran ...

by - Tuesday, August 08, 2017

Bila mempunyai anak-anak yang sedang menuntut ilmu , tak kiralah di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah,dalam tahun peperiksaan awam UPSR, PT3, SPM,malahan di IPTA sekalipun pasti akan mengadu berada dalam keadaan stress dengan pembelajaran mereka. Ana sendiri dah mengalami semua ni dan kini kedua-dua anak ana sedang menuntut di IPTA. Silibus pelajaran masa kini bukannya mudah. Kian hari kian payah dan sukar dengan pelbagai perubahan yang dilakukan yang mana ana rasa adalah untuk memberi penambahbaikan dalam sistem pelajaran. Cuma bukan semua pihak boleh menerima perubahan dan nak-nak lagi secara drastik dan mengejut. 

Pendidikan awal kanak-kanak bermula di rumah


Jujur ana hendak berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Ana di kurnia dengan dua orang cahaya mata yang telah pun meningkat dewasa. Dulu ana pernah bekerjaya namun setelah anak-anak mula melangkah masuk ke alam tadika, suami meminta ana untuk berhenti kerja dan menguruskan persekolahan anak-anak. Dan dikesempatan ruang yang ada, ana gunakan sepenuhnya dalam mendidik anak-anak dari seawal usia 4 tahun lagi dengan asas membaca, menulis dan mengira. Nak tak nak perlu ada ketegasan dan konsisten sebelum ana menghantar anak-anak ke Tadika, 3 asas ini perlu ada bekalkan kepada mereka. 

Image result for children reading book
Credit photo : NZ Booklovers

Alhamdulillah dengan konsisten mengajar mereka di rumah, sebaik sahaja mereka melangkah ke Tadika dan alam sekolah rendah, segalanya mudah untuk mereka kerana asas dah ada dalam diri masing-masing. Ya, memang perlu tegas dalam mendidik, kadang-kadang 'hanger' baju menjadi mangsa, bukan pukul anak tapi pukul meja supaya mereka faham dan serius dalam belajar. Anak-anak kecil lah katakan bukan senang nak fokus, lebih-lebih lagi kepada sesuatu yang membosankan, keterpaksaan namun ibu kena cekalkan hati demi masa hadapan mereka juga akhirnya.

Dan ketika melangkah ke alam sekolah rendah, mereka mula terdedah pada persekitaran yang lebih mencabar. Waktu ini, ana dah berubah menjadi pembimbing sahaja dari pengajar. Pelajaran mereka dapat dari sekolah, balik rumah, perkara pertama yang harus ana lakukan sebagai pembimbing ialah mempastikan mereka mengasingkan kerja sekolah atau homework yang dibekalkan cikgu. Kena jadikan rutin, balik sekolah letak beg, asingkan homework atas meja. Lepas tu mereka bebas berehat dan aktiviti lain. Malam lepas Maghrib dan makan malam, duduk bersama anak-anak siapkan homework. Ini mungkin nampak mudah tetapi ada implikasinya pada ana.

Image result for children writing book
Credit photo :Quest Garden

Bila anak kita tak siap kerja sekolah, mereka akan di marah guru di dalam kelas. Anak-anak akan berasa malu dan rendah diri, ana pasti semua kita ibu bapa pernah mengalami situasi sebegini ketika kita masih belajar dahulu. Jadi pasti kita faham kan.Bila mereka malu, mereka berasa rendah diri dan akhirnya inilah antara punca berlakunya gejala ponteng kelas bila ia berterusan sehingga ke alam sekolah menegah nanti. Semoga dijauhkanlah... 

Dan ketika anak-anak ana berada di sekolah menengah pula, ketika ini ana mengambil alih peranan sebagai kawan pula. Ana tidak berpelajaran tinggi dan secara peribadinya subjek yang anak-anak kita tempohi di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ana sendiri tidak memahaninya dan jauh berbeza dengan sistem zaman ana dahulu walaupun ana pernah mengambil subjek yang sama. Sebagai kawan, ana, dekati masalah mereka, belikan rujukan, hantar ke pusat tusyen dan sentiasa fahami situasi mereka dengan mendengar. Alhamdulillah kedua-dua puteri berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan kini sedang menyambung pengajian di IPTA. 

Credit photo owner
Dan kini, anak-anak sudahpun berjauhan dari dampingan kita. Mereka kini perlu berdikari, mereka tidak lagi punyai kita sebagai pengajar, pembimbing namun masih sebagai 'kawan'. Dan anak-anak ketika ini akan tetap mengadu keluh kesah, 'ibu stressnya ...' susahnya...' nak-nak lagi Adik yang sedang mengikuti matrikulasi yang sememangnya satu tahap pembelajaran yang amat mencabar. Hari-hari anak-anak akan 'whatsapp' dan mengadu itu dan ini. Ana layan setiap permasaalahan mereka.Berikan kata-kata semangat dan yang penting sentiasalah doakan anak-anak kita. Ibu ayah, doa kita amatlah perlu sebagai peneman mereka. 

Bila anak-anak mengadu stress dalam pelajaran, ingatkan mereka untuk sentiasa Istighfar, solat hajat, dan jaga solat dan pemakanan. Dan jangan sekadar menyuruh mereka sahaja melakukannya, kita juga ibu ayah kena turut sama lakukan semua itu sebagai iringan. In shaa Allah dengan izinNya dan dengan istiqomah mereka akan dapat merasa hikmah dan nikmat dari doa yang kita panjangkan ini sebagai peneman mereka dikala sukarnya dalam menempuh pembelajan. 

Doa-doa untuk anak yang sedang belajar :

Image result for doa untuk anak-anak belajar
kredit/sumber  : Open Minda 

Image result for doa untuk anak-anak belajar
Kredit sumber : sistem guru online
Ana bukanlah sesiapa di atas muka bumi ini, bukan pendidik, bukan ustazah dan jauh sekali seorang kaunselor. Ana sekadar berkongsi pengalaman dari apa yang pernah ana lalui dan ana rasa ia perlu dikongsikan bersama.Rujuklah mana-mana laman web dan blog mereka yang lebih cerdik pandai dalam ilmu pendidikan untuk lebih banyak perkongsian ilmu.  Waalahu a'lam..

You May Also Like

6 comments

  1. betul tu kak ana, kesian budak2 belajar skrg ni, kena sentiasa doakan diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Raihanah, kita sebagai ibu bapa kena faham bukan mudah untuk mereka menenpuhinya sendirian kan, perlu kita sebagai pembimbing dan iringkan dengan doa,In SHaa Allah

      Delete
  2. harap sha pun dpt jd pembimbing Zaryth & fathia...

    ReplyDelete
  3. Semoga Sha juga akan berjaya membimbing anak-anak Sha.. Seram tengok pelajaran mereka.. Nice tips kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa doakan anak-anak ye Sha, cabaran untuk mereka membesar tak sama dengan apa yang pernah kita lalui dahulu

      Delete