Brownie 1 Minit Dengan Microwave

by - Monday, August 07, 2017

Sebelum ini pun ana pernah terbitkan entri Kek Milo Microwave Tiga Minit yang pernah viral sekitar tahun 2015 yang lalu di SINI . Minggu lepas, terbaca di posting Facebook Blogger Masakan Tanahair Eny Yusnizar Abdullah , resepinya lebih kurang sama dengan yang pernah ana buat sebelum ni. Tapi ada sedikit olahan pada resepinya. Ana dah pun mencubanya dan rasa pun lebih kurang sama dengan yang sebelumnya. Jadi ana simpan kat sini ,lain kali nak cuba boleh cari semula kat sini kan mudah. 



Resepi Brownie microwave 1 minit

Bahan-bahan untuk satu adunan (1 mangkuk atau cawan )

1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek )
1/4 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
2 sudu besar serbuk koko
4-5 sudu minyak masak
8 sudu air atau sehingga adunan likat
Chocolate chip atau chocolate coin 


Cara membuat Brownie Microwave 1 minit

Campurkan dan adunkan adunan sehingga likat.
Taburkan chocolate chip atau chocolate coin.



Masakkan dalam microwave selama 1 minit pada tahap "high".



Siap untuk di makan... Kalau lapar-lapar buat je senang kan.


Kredit resepi dari Facebook Eny Yusnizar Abdullah. 

You May Also Like

8 comments

  1. macam senang je .. nti leh tiru hehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. jom CCL kita buat sekarang juga haha :)

      Delete
  3. ada tgk juga kat FB kekNy. Kalau xde microwave, guna pengukus/ oven agak-agak jadi x eh?


    Ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lak Zeleha, takut microwave ni suhu dia capai tinggi tu tak sama dengan teknik kukus atau bakar je. Tapi nak try semangkuk dulu boleh je kut :)

      Delete