Alhamdulillah , beberapa hari lepas Kak Long telahpun mendapat keputusan permohonan UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di IPTA. Dia bakal meneruskan pengajian ke peringkat degree di UiTM sekali lagi, kali ini tak jauh dari rumah hanya di Kampus Induk Shah Alam sahaja. Lega juga dalam hati ni, takperlu berjauhan dengan anak-anak dan mudahlah urusan nya nanti, In Shaa Allah.Macam sebelumni, kami memerlukan pinjaman PTPTN untuk membiayai pengajiannya kali ini juga. Bermakna Kak Long perlu memohon sekali lagi untuk pinjaman kali kedua selepas Diploma dahulu.



Bermakna sekali lagi dia perlu melalui proses permohonan online PTPTN.Jika dahulu ketika memohon diperingkat Diploma semuanya lebih mudah bila pihak PTPTN datang ke kampus UiTM di Kuala Pilah dan mereka cuma perlu mengisi dan melengkapkan butiran yang diperlukan,kini di peringkat Degree perlu membuat permohonan secara online sahaja.Dan ana kongsikan proses dan cara untuk  memohon pinjaman PTPTN secara online di sini sebagai rujukan di masa hadapan dan moga dapat membantu anak-anak di luar sana yang mungkin sedang keliru bagaimana untuk membuat permohonan. Semoga dapat membantu korang semua.

Cara Memohon Pinjaman PTPTN Secara Online

Mula-mula pastikan semasa mengisi permohonan UPU sebelum itu, korang klik pada kotak, menerima bayaran pendahuluan. Dan jika layak, korang akan menerima waran cek wang pendahuluan secara untuk ditunaikan dua minggu selepas tarikh tawaran kemasukan belajar. Bolehlah korang cashkan waran di bank untuk digunakan untuk membeli barang keperluan atau membayar yuran pengajian untuk sem satu nanti. 

Sebelum mendaftar masuk ke IPTA, korang kena siapkan permohonan secara online dahulu suapaya memudahkan urusan korang di kampus nanti.Bukan apa,banyak dokumentasi yang perlu korag lengkapkan, jika dah isi siap-siap dirumah kan senang untuk dapatkan butiran peribadi lengkap. Apa yang korang perlu ada ialah pin nombor. So,korang kena beli pin nombor PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM5 sahaja. Korang boleh beli di kaunter atau menerusi mesin ATM sahaja.


Untuk pendaftaran kali pertama,korang kena daftar dahulu di muka depan laman web PTPTN dan bagi yang telah pun mempunyai akaun PTPTN korang perlu log in masuk sahaja di sana. Laman web yang korang perlu masuk ialah di http://www.ptptn.gov.my .


Disini lah korang boleh mengisi permohonan dengan melengkapkan butiran yang diminta. Pautannya pada gambar dibawah.Klik pada ' Permohonan Secara Online' tu, dan lengkapkan butiran yang di minta dengan tepat kay. Pastikan korang mengisi setiap butiran dengan tepat dan betul supaya semua proses permohonan berjalan lancar. Contohnya tidak perlu memasukkan tanda /, - , ( ) dan sebagainya ketika mengisi atau permohonan tidak sah. Alamat surat menyurat, no kad pengenalan dan email korang juga perlu tepat dan betul. Selesai semua bolehlah korang cetak borang sebagai bukti dan simpan sebagai rujukan nanti. Status permohanan korang boleh semak semula di laman web selepas tempoh tarikh tutup permohanan nanti, In Shaa Allah. All the best !!


Sekiranya korang ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan hubungi terus ke 
Careline PTPTN di talian : 03-2193 3000 

4 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah buat kak long. Semoga terus berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi nnt. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah Kak long Semoga terus sukses..

    ReplyDelete