GARSA KITCHEN - SANDWICH HOMEMADE UNTUK DINIKMATI SEMUA

by - Friday, August 25, 2017

Dari kecil lagi, ana sememangnya penggemar sandwich. Ia antara menu bekalan yang akan ana bawa ke sekolah bila disediakan oleh mak. Tapi waktu tu, hanya ada dua pilihan sandwich sahaja lah, kalau tak sandwich telur, pasti sandwich sardin. Maklumlah anak kampung kan, tak banyak pilihan yang ada. Apapun syukur selalu dan dah sedap sangat lah tu, bila dapat menu moden sikit. Ironinya sekarang anak-anak ana pula penggemar sandwich. Cuma sekarang mereka dah banyak pilihan intinya. Diperbagaikan dan sedap-sedap pula tu.

Haa..dah bercerita pasal sandwich ni, ana nak share lah dengan korang pengalaman ana baru-baru ni menikmati sajian sandwich yang sedap, segar, homemade tapi bukan ana yang buat tau, ana cuma order dan dihantar ke rumah. Wahh!!! Jangan tak percaya, zaman sekarang ni, sandwich pun dah ada delivery korang... Dunia serba moden dan mudah masa kini kan, begitulah..semuanya cepat dan pantas, tak payah susah payah nak buat, order sahaja dan tungu penghantarannya. Kat mana nak order? Pastinya di GARSA KITCHEN SANDWICH.



GARSA KITCHEN SANDWICH



Cuba korang terjah ke www.garsakitchen.com , pasti rambang mata nak buat pilihan dari menu-menu sandwich yang ditawarkan. Macam-macam pilihan gabungan citarasa sandwich ada disini seperti BEEFTASTIC ( Smoked beef, cheese, onion, lettuce & tomato ), EGGSTACY ( Egg mayo, lettuce & tomato ), TUNA TURNER ( Tuna, mayo, shallots, lettuce & tomato ), CHICKSTER ( Chicken slice, cheese, onion, lettuce & tomato ) dan banyak lagi lah yang sedap-sedap. GARSA KITCHEN SANDWICH akan siapkan dan hantar ke depan pintu rumah atau pejabat korang. Kawasan liputan penghantaran adalah sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya. Korang juga boleh walk in atau pick up je kat mana-mana kawasan yang mereka boleh delivery. Kan senang tu...



Penghantaran oleh krew Garsa Kitchen adalah cermat dan ketika ana menerimanya masih dalam keadaan baik di dalam kotak yang tersusun elok. Tak adalah tunggang terbalik isinya bila diterima. Mereka juga mesra pelanggan dan sentiasa update ketika proses penghantaran sehinggalah selamat di terima.I like !!


Eh! Lupa pula nak cerita dengan korang sandwich yang ana makan ni. Cuba korang tengok gambar di bawah ni. Ana dah zoom besar-besar bagaimana isi sandwich yang disediakan oleh GARSA KITCHEN. Sandwich yang ana terima ni ialah EGG SALTED CHICKEN SANDWICH.


Amacam? Mengancam tak? Isi dia memang isi ayam tau, besar di potong dadu, digoreng garing dengan adunan ramuan rahsia mereka lah kan. Memang sedap ada gabungan rasa telur masin, ada rasa rempah ratusnya dan cukup ranggup bila di kunyah. Roti sebagai bahan asas sandwich ini juga adalah yang berkualiti dan segar. Ana boleh berikan gred A lah pada kualiti dan kesegaran homemade sandwich ni. Anak-anak dan suami pun kata sedap sangat dan ia sungguh mengenyangkan. Jangan kata makan sandwich tak kenyang tau!


Alhamdulillah ana sangat berpuas hati dapat menikmati sendiri sandwich dari GARSA KITCHEN. Yang penting kualitinya yang terbaik, bahan-bahan yang segar dan sedap, penghantaran yang memuaskan serta harga yang berpatutan setanding grednya dan ianya HALAL serta dibuat secara homemade. Dah korang tak yah tunggu lagi, pergi cepat hubungi dari mana-mana links yang ana serta di bawah ini dan buatlah tempahan. Boleh sahaja untuk lunch di pejabat atau untuk majlis-majlis tertentu di rumah dan sebagainya.




atau 

Hubungi terus :

011-3291 6119


Atau terus ke alamat : 

Garsa Kitchen
NO 27 JALAN 2/27E WANGSA MAJU SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
KUALA LUMPUR 

Waktu Perniagaan 
8.30AM – 10PM

Tel : 013-2424 808

EMAIL
garsa.kitchen@gmail.com


You May Also Like

8 comments

  1. Menu ni perlu dikekalkan sebab sedapppp sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA, sedap ranggup diluar dan isi ayamnya segar dan gabungan rasa telur masin tu yang unik sangat :)

      Delete
  2. Wah.. Mmg nmpk sedap tu. Yg best siap ada delivery tu.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, boleh delivery jika dalam coverage area dia Cik La :)

      Delete
  3. pagi-pagi tengok sandwich terus lapar...jauh pula dari tempat aRz ni...bila nak buka branch dekat penang pula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap arz, rasa unik isi ayam dengan telur asin tu yang unik dan rare

      Delete
  4. Wahh bestnyer.. lapar lapar terus oder samoai depan pintu hehehe..nampak sodapp ni kak ana..

    ReplyDelete