Ikan Kembung Berhalia Legakan Angin Dalam Badan

by - Wednesday, August 09, 2017


Dua tiga hari ni, badan rasa berat sangat. Sakit pinggang menyucuk-nyucuk dan kadang-kadang terasa perut mengeras semacam je. Macam selalulah ana, ni mudah masuk angin dalam badan, faktor usia agaknya. Nak-nak lagi dah lama tak berurut tradisonal seluruh badan. Lemau je rasa sekarang ni. Dalam istilah orang-orang kampung, badan berangin kata depa.

Selalunya badan berangin ni dikaitkan dengan salah makan. Ana ni memang jaga jugalah bab makan-makan ni kerana sering kali terjadi semput bila termakan makanan yang di katakan ber'angin' tu. Contohnya kalau badan sakit angin ni, mak ana pesan sangat jangan makan sayur labu, kacang panjang, nangka, sayur kangkung dan sebagainya. Sejuk badan kata mak. Tapi agak ketara juga bila ana langgar pantang ni, mula lah sakit-sakit satu badan menyucuk-nyucuk rasanya.

Pernah juga dapatkan rawatan di klinik dan selalunya doktor akan berikan ubat charcoal tu, ubat arang yang warna hitam, lega sikit lepas memakannya. Doktor juga bekalkan dengan cream 'Flanil' untuk di sapukan pada bahagian badan yang sakit. Lega sikit. Tapi kan, ana juga pernah gunakan Krim Ajaib AZN, dan ia juga mujarab dan serasi dengan ana. Ana pernah review nya di SINI . Bolehlah korang mencubanya juga mana tahu serasi kan.

Berbalik pada sakit angin dua tiga hari yang lepas ni, suami mengajak ana makan masakan berhalia di kedai tomyam. Teringat pula menu dalam berpantang kan bila terpaksa makan maskan berhalia ni. Suami memesan ikan kembung masak berhalia. First time ana nak cuba ni. Dan bila sampai hidangan memang nampak banyak halia di hiris bertaburan di atasnya. Suami kata kena kunyah sekali halia-halia tu baru mujarab.

Huwaaaa!! Kunyah halia tu.. Ana pun gagahkan jugalah, makan dengan nasi putih panas. Ermm...serius sedap la menu ikan kembung masak berhalia ni. Halia yang digunakan pun, halia muda, jadi tak lah pedas sangat. Alhamdulillah, ana berjaya juga habiskannya seekor dengan halia-halianya sekali. 

Dan selepas sahaja makan tu, Subhanallah sedawa tak henti. Leganya rasa perut yang mengeras sejak dua menjak tu. Bukan setakad sedawa, sekali kentut juga tambah melegakan. Alhamdulillah..ringan rasa badan. Jadi kalau korang rasa sakit angin satu badan ni, bolehlah cuba makan ikan atau ayam masak berhalia ni. Ana belum pernah cuba masaknya sendiri. Sebab pernah cuba tapi jadi ikan singgang. In Shaa Allah, ada kelapangan ana akan cuba pula masak sendiri resepi berkhasiat ini. Nak sedap order sahajalah di kedai tomyam kan. 

You May Also Like

8 comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi rabu & apa khabar ana jingga

    kebetulan baru minggu lepas balik kampung

    Mak maznee masakkan ikan merah masak sup

    halia memang banyak lah

    Memang betul halia ni bagus untuk buang angin dan juga bahan toksin dalam badan

    Badan pun rasa ringan je

    Sendawa pun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm sedap gak tu Mazni, betul lah kan, halia ni bagus untuk kesihatan dalaman badan kita, In Shaa Allah

      Delete
  2. Hai kaka ana..terima kasih berkongsi tips legakan angin dalam badan...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang muda kurang la masalah angin dalam badan ni ARZ, kak ana ni macam-macam dah rasa badan ni, apapun syukur Alhamdulillah bila fikirkan ada insan yang lagi teruk diujiNya, bersyukurlah sentiasa kan

      Delete
  3. Memang halia cukup bagus untuk buang angin. Ingat arwah bapa suka sangat minum teh halia masa bulan posa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Mala, lepas ni nak cuba pula teh halia tu, suami kata bagus juga untuk buang angin dalam badan ni :)

      Delete
  4. Alamak.. Nak kena kunyah sekali ke halianya.. Berhuhuhu lah kalau Sha.. Memang jenuh baru habis tu.. Tapi memang legakan kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha, berhuhu juga nak mnegunyahnya tapi lepas tu Alhamdulillah ringan badan hihi :)

      Delete