Kali pertama makan menu yang agak exotic

by - Thursday, August 24, 2017

Malam Ahad lepas, jiran ana..Man dan Ida ajak pi main bowling di Selayang Mall. Suami pun setuju jer sebab dah lama juga dia tak hayun bola bowling. Kami gerak lepas Maghrib dalam jam 8 malam macam tu dan sampai Selayang Mall hampir jam 9. Yang main malam tu cuma Man,Ida dan suami, ana sejak mengalami slip disc tahun lepas langsung tak berani dah nak main bowling. Risau juga kan, kut-kut ada kesan sampingan, minta dijauhkanNya. Kak Long pula memang tak pandai main, asyik ke longkang lah jawabnya. Mereka main dua games sahaja dan sejam lebih dah habis. 

Ana sebelum nak keluar tadi dah makan nasi lemak kerang siap-siap. Kenyang dah. Lepas main bowling tu, Man ajak makan malam di Joe Seafood Restoran katanya. Nak ajak kami makan makanan pelik-pelik. Ermmm... sounds interesting.. ana ni kan food hunter, suka lah kalau dapat mencuba menu yang baru ni. Dan percaya tak, menu yang Man pesan malam tu memang agak exotic. Nak tahu apa yang kami makan?...




Tak lah exotic sangat menunya cuma ada yang buat pertama kali kami mencubanya. Antara yang Man order malam tu ialah paprik belut, sup perut muda dan kerabu kaki ayam.Lain-lain menu biasa yang kita selalu makan di mana-mana kedai tomyam macam nasi goreng USA dan kuewtiaw latna. Tapi untuk ana, suami dan kak long tiga menu dia atas tu agak exotic juga sebab tak pernah merasainya.


Paprik belut 



Belut, inilah pertama kali nak makan dan rasa bagaimanakah rasa belut. Kalau nampak dari pandangan fizikal belut ni agaknya memang tak lalu nak telan kut, pasti terbayang haiwan yang satu lagi tu kan, tapi bila siap di masak dan dipotong kecil-kecil keberanian datang untuk mencubanya sendiri.

Pada selera ana, agak sedap juga daging belut ni, nak-nak lagi di masak paprik. Kesedapan masakan paprik tu menghilangkan gambaran pelik pada rasa belut tu. Sedap juga, kena dengan selera ana. Rasa belut ni macam makan ikan sardin tin lebih kurang, tulang nya agak lembut. Tak ada pun bau yang pelik atau hanyir, mungkin tukang masak ni pandai membersihkannya sebaik mungkin. Ana suka dengan menu ini. Dan mungkin boleh mencubanya semula di lain kali.Salah satu masakan yang sesuai untuk masak belut pastinya di buat paprik sebegini selain dari pada sup.

Sup Perut Muda 



Perut muda ni pada ana dipanggil usus kecil. Selalunya perut kami sebut untuk yang satu lagi yang macam towel tu, hat tu memang feveret ana juga. Sedap di masak lemak cili api dan kalau ke satay kajang Haji Samuri pula ana akan memilih satay perut dia, memang maveles. Tapi perut muda atau usus kecil ni jarang ana makan.

Bila dijadikan menu sup sebegini agak sedap juga pada selera ana. Ada rasa masam-masam dan pedas sedikit. Isi dia pun lembut dan mudah dimakan bila di potong kecil-kecil macam tu. Ana rasa kalau tengah demam atau tak selera makan boleh lah cuba menu ni di Joe Seafood, sebab masakan sup dia yang agak unik dan berbeza dengan sup ayam atau sup daging biasa yang kita makan.

Kerabu kaki ayam :



Haha..serius menu ni memang ana tak sentuh. Tak mampu nak makan bila nampak seketul seketul kaki ayam dengan jari-jemarinya disajikan. Mungkin bagi sesetengah orang dan khasnya orang pantai timur gemar makan menu kerabu kaki ayam ni. Pernah juga abang ipar ana, buat kerabu kaki ayam tapi di carik-carikkan halus-halus. Tapi jangan tak merasa, ana ambil bawang dan salad pada menu ni dan adunan kerabu nya memang sedap. Ada rasa masam dan pedas.

Apa yang boleh ana katakan, pelbagai menu exotic Thai ada disajikan di Joe Seafood ni. Cuba korang tengok pada paparan menu yang tergantung sebelah meja kami makan ni, macam-macam kan. Mungkin satu hari nanti ana nak cabar diri mencuba menu-menu lain, In shaa Allah.


Lain-lain menu yang kami makan ialah nasi goreng USA untuk suami ana dan Kak Long makan Kuewtiaw latna.Ana pula dah kenyang sebab dah makan nasi lemak sebelumnya, cuma minum air laici kang sahaja sambil menjamah menu-menu exotic yang tersaji. Alhamdulillah. Semuanya sedap-sedap.





Apapun ana berterima kasih sangat pada Man dan Ida dah banyak kali belanja kami makan di tempat yang unik dan sedap-sedap. Kepada yang nak mencuba kesedapan menu di Joe Seafood ni boleh lah Google lokasi nya di sekitar Selayang ni. Ana difahamkan ia juga ada beberapa cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni.



You May Also Like

12 comments

  1. Yang kaki ayam tu kalau dia hidang sekali ngn kaki ada lagi memang tak makanlah.. Ngeri.. Hehehe.. Sha suka belut goreng.. Yang masak paprik ni tak pernah lagi cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Sha, tak mampu gak kak ana mencubanya hihi, sedap Sha masak paprik belut tu :)

      Delete
  2. Ada lidah goreng jugak. Memang exotic!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi tak order pun Nur Sabrina :)

      Delete
  3. belut sedap ka kak ana...tak pernah cuba lagi...

    memang menu yang lain dari yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun first time cuba ni, rasa dia sedap juga ala-ala sardin daam tin tu arz :)

      Delete
  4. SA makan semuanya..sedap..kaki ayam memang fav...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hat lain berani gak kak ana cuba SA, kaki ayam tu kalau tak ada roman kaki e' makan juga kut :)

      Delete
  5. Huhuhu kita tak makan belut kak ana huhuhu .. mcm kak ana cakap laa tgk belut cam binatang tuuuuu...kaki ayam.lya suka .. sup perut lagi laaa suka..mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..tapi semua ikut selera masing-masing kan Lya :)

      Delete
  6. tak pernah lagi rasa paprik belut tu hahaa

    ReplyDelete